Aku mulai rasa

Assalamualaikum kepada admin dan semua pembaca tegar iium confessions..

At first sy nak ucapkan terima kasih kepada admin yang sudi approve confession sy.

Mutakhir ini, sy rasa sesuatu kehilangan yg sy sendiri tak pasti. Sering kali tgk rancangan TV yg byk memaparkan umat islam berpusu2 menunaikan umrah dan haji..

Tahun lepas sy juga ada terlintas dlm hati meminta kpd Pencipta utk lahirkan rasa kasih,rindu dan keinginan utk ke sana.. Kini, sy mulai rasa perasaan itu berputik sedikit sebanyak.. Kadang terfikir juga adakah nama sy n family tersenarai dlm hamba2Nya yg menunaikan Ibadah di sana.. Rasa seperti..Ya Allah.. Layakkah aku.. Layak kah aku utk melihat kaabah di depan mataku sendiri.. Layakkah akuu utk menziarah makam Nabi Muhammad SAW..

Tulus sy katakan kami tidak punya apa2 yg mampu dtinggalkan kpd siapa drumah..

Sy juga ingin rasa bagaimana perasaan sy ketika melangkah masuk ke sana.. Ya, hal ini kerana sy sering melihat mereka yg terpilih mereka berasa amat bersyukur dkurniakan nikmat itu..serta mengalirkan air mata yg tidak juga diundang..

Allahu Rabbi.. Aku minta padaMu sesiapa pembaca confessions ini yg terdetik dlm hatinya utk ke tanah suci kau lahirkanlah perasaan seperti apa yg telah kau lahirkan utk diri yg hina ini.. Berilkanlah kami cahaya petunjuk dan jalan keampunan mengikut jalan yang kau redhai Ya Rabb..

Sungguh aku katakan kau berikanlah keizinan utk melayakkan kami melangkahkan diri ke sana serta permudahkanlah urusan harian kami utk terus niat beribadat kpd Mu

Moga kau membuka jalan utk kami..

Dengan pembacaan doa ramai2 sy berharap kita sama2 doakan utk sesama sendiri. Semoga doa kalian yg baik kembali kpd kalian juga.

Moga Allah Merahmatimu wahai hamba2 Allah :)

– Pencinta Kaabah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Assalammualaikum… Meh aku cerita pengalaman aku… Bapak kau kerja jual makanan dekat kedai makan. Dia akan jalan dari meja ke meja.. Bukan ade kedai makan tau… Kitaorang ni boleh kira kais pagi makan pagi, kais petang makan petang la… Dan 1 hari, kakak kepada mak aku nak sponser half bayaran pergi umrah untuk mak aku. Selebihnyanguna duit simpanan mak aku.Mak aku pulak kerja mengurut orang. Tapi bukan hari-hari la ada orang..sebab dia banyak kepada orang bersalin… Bukan orang beranak hari-hari yedak..? Bapak aku tahu je mak aku dapat rezeki nak pegi umrah,sedih dia sebab tak kecapaian lagi cita – cita dia nak ikot. Ye lah.. Kerja macam ayah aku tu kalau orang beli ade la duit. Tak beli takde la duit masuk. Bapak aku pun tak berapa sihat. Kencing manis. Dan waktu tu kita orang 7beradik belajar lagi.. Tapi masa mak aku sibuk beli kain nak buat bju,buat telekung tu, dalam masa 3minggu jgk la, aku selalu nampak bapak aku buat tahajud dengan dhuha. Aku sebagai anak sulung sedih tengok dia mcm tu..sebab aku tahu dalam hati dia mesti ada rasa nak ikot jugak… Dan kau tahu ape kelebihan orang sembahyang tahajud,dhuha tak tinggal ni….? Lagi seminggu mak aku nak kesana, bapak aku dapat duit padi yang selama ni padi kita orang selalu kena penyakit, xsubur,xcukup vitamin,baja dan lain-lain. Dan nenek belah ayah aku ade bagi sikit duit untuk cukupkan duit pegi sana. Tiket mahal sikit la sbb ambik tak sama dengan mak aku… So bapak dengan mak aku dapat la pergi umrah sama2… Samapi sekarang bapak aku sellau ingatkan …dia kata rezeki benda yang tak boleh jangka… Tapi kalau kita nak, mintak elok2 dengan dia… Sekarang bapak aku masih lagi kerja yang sama macam sekarang. Padi pun bermasalah lagi dengan air takde. Tapi ringan sikit kot beban sebab anak dia 2orang dah kerja.. Hehehe.. Aku pun tengah doa mintak rezeki ni.. Tapi bukan untuk ke Mekah lagi… Tapi untuk settle kan cepat2 hutang ptptn aku… Huhuhu

  2. Doa dan azam kena kuat..insyaAllah Allah prmudahkn..nk jadi tetamuNya kena tunggu undangan..klau dh dpt jemputan insyaAllah segalanya akan berjalan lancar..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *