sebab aku kain buruk mak – final part

Salam, readers. Ini shuya. Terima kasih di atas nasihat dan sokongan semua tu. Menangis aku baca komen korang yg baik2 tu. Kpd yg senasib, tabahkan hati ye. Ada yg siap offer carikan kerja lg. Sumpah terharu. Tp janganlah sumpah seranah mak. Semua manusia buat silap kan. Silap dia cuma satu, dia terlepas pandang psl hati dan perasaan aku. Maybe aku kebal dgn kerenah adik beradik y lain so dia assume aku ni sentiasa okay je. Silap aku jugak sbb aku lemah tak membantah atau melawan sbb aku sayang mak. Sayaaaang sgt. Mmg normal lah bila jd anak tengah kan.

Ini last post drp aku memandangkan ramai nak tahu sambungannya. Tapi mana ada endingnya kan melainkan aku mati. Aku pun taktau dugaan apa lg nk dtg. So aku pilih apa yg terbaik je tuk masa sekarang ni.

Semalam lepas maghrib aku balik rumah. Tu pun sbb taktau nak kemana. Kalau ada kawan boleh jugak menumpang. Sampai je kt rumah semua tak berani tegur aku. aku terus masuk bilik pikir nak blah ke tak. Minggu depan sume dh start kerja balik, nanti sapa nk jaga bapak.. bawak dia pergi hospital. Lagipun hal rawatan dia tu sume aku je yg tau. Selalunya bila aku kt uia, nurse kt klinik yg berdekatan akan dtg kerumah check apa yg patut. Nasib baik dulu tergerak hati nk tanya kt klinik ada tak bantuan klinik bergerak camni and yes nasib baik ada. Kalau aku cuti ke balik ke, aku yg kena bawak bapak gi hospital tuk further check up. So any perkembangan drp klinik aku kena inform kt hospital plak. Hari tu adik bawak bapak gi hospital sbb aku dmam. abih sume date tuk temujanji clash ngan tarikh temujanji kt unit lain. Aku suh tukar ubat dia kata malas nk menunggu sbb org ramai sgt. The hell ubat2 dia buat main camtu??? Satu apa pun tak boleh diharap. Aku jgk yg kena tebalkan muka gi settle semua tu. Kena marah ngan nurse plak . Allah..nak lari rumah pun kena amik kira semua ni jugak. Bukan senang tau nak jaga orang tua. Tapi aku ikhlas jaga bapak. Dapat peluang potong kuku dia pun aku rasa happy weh. Tidur kt sebelah dia pun boleh rasa tenang. Tah kenapa. Peluang buat pahala katakan. Kalaulah bapak sihat mcm dulu . Takpelah. Lepas bapak sakit lah aku betul2 belajar berdikari. Itulah hikmahnya kut.

Tengah dok termenung tu, anak2 sedara masuk bilik tanya kenapa aku keluar lama sgt? Diorang tak suka cara sedara2 aku tu layan diorang. Kasar tak bertempat. Diorang request nk makan nasi goreng pun kena marah. Amboi. Tinggal kejap dh besar kepala plak setan2 tu. Aku cakap aku gi jumpa kawan jap. Diorang peluk aku, suh aku janji jgn keluar lama sgt lg dah. Alahai manja sungguh. aku layan je kerenah diorang. Budak2 biasalah. Sampai dua2 tertidur kt tepi aku.

Tengah malam baru aku ke dapur nk masak sbb aku tak makan langsung semalam. Then kakak dtg kt aku. Dia tak marah aku. Dia cuma kata tindakan aku tu betul tp mak bapak mmg terkejut. Ye lah selama 20 tahun lebih tak pernah memberontak tup2 mengamuk abih keluar semua yg terpendam sapa tak terkejut kan. Tapi kakak tak bagi aku balik gombak. Dia suh aku keja kt mana2 and akan carikan bilik sewa tuk aku tp dgn syarat aku kena selalu balik jenguk mak bapak. Kakak jgk janji akan tlg aku buat rawatan. Hal ubat ke apa kakak akan ikhtiarkan. Kakak aku ni baik sgt tp dia ni jenis workaholic so dia taktau cerita psl aku. Biarlah aku pun taknak kacau dia. Bila mak mengadu kt dia baru dia tahu aku ni happy kt dpn dia je tp hati rentung terbakar dgn sikap pilih kasih mak. Aku tak pikir panjang pun. Aku terus counter- offer ckp boleh tp syaratnya, aku taknak sesiapa pandai2 atur urusan hidup aku lagi dah. Pasal tunang tu, aku mintak kakak je pegi rumah lelaki tu pagi ni and mintak putus elok2. Nak kawin apenye, mcm bertunang ngan tunggul kayu. Tak pernah tanya khabar psl aku. Tapi pelik. Mak dia sayang gila kt aku. Mak je baik tp anak hati dingin tak guna gak. Tah2 lepas kawen. Aku jd kain buruk dia plak. Eh tolong lah. Aku pun nak upgrade diri jd kain baru plak. Kain chiffon ke, sutera ke.. Haha.. Mesti dia stress kan kena bertunang ngan aku. Dahlah tak cantik. Tak moden plak tuh. Muslimah sejati jauhhhhh sekali. Hahaha

Adik beradik lelaki semua tak kata apa. Nasib baik jugak. Kalau tak haru biru jadinya. Tapi aku harap bila aku keluar dr rumah ni nanti diorang tak buat mak mcm kuli. Kesian mak nanti. Pagi ni pun aku tak ke dapur. Aku dgr suara mak bising itu belum buat ini belum buat tp aku tawar hati nk masuk ke dapur. Lepas mandikan bapak, bagi dia makan ubat tu sume aku terus keluar pusing2 kampung, bali sarapan then ke pantai plak. Hari ni nak baca novel kt tepi pantai je. Hehe.. Dah lama tak rehat camni. Rasa kekok plak sbb tak kalut ngan kerja rumah. Mesti kesian mak. Tapi ada baiknya aku ajar sikit family aku tu. Mak still taknak bercakap dgn aku. Ego tinggi lagi. Tiga ekor setan tu pun belum tunjuk tanda2 nak berambus lagi. Berbulu bijik mata betul aku tgk kerenah diorang. Ikutkan hati nak je tabur serbuk lada kt tempat tido diorang tp sia2 je. Tak pasal plak mak sumpah aku mcm2.

Aku dh buat keputusan nanti aku nk mintak maaf ngan mak elok2 tp aku nk tunggu bila semua dh takde so nanti takde iblis penyibuk yg jd pihak ketiga antara kami. Aku nak luah semua yg terbuku tp aku kalau boleh nk elakkan drp salahkan mak sepenuhnya. Paling penting, aku nak tau kenapa dia buat aku camtu? Kenapa aku sorang je yg dia layan teruk? Kenapa dia tak pernah peluk aku mcm dia buat kt yg lain? Lastly, aku nk dia izinkan aku ikut haluan sendiri and dia tak boleh harapkan aku sepenuhnya. Lambat laun aku mmg tinggalkan rumah jgk kn. Semoga Allah lembutkan hati mak. Sayang mak. Shuya takkan derhaka ngan mak. Cuma shuya nk mak tau shuya juga ada hati dan perasaan. :')

Sekian.

– shuya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

248 Comments

  1. Smga Ade harapan mak shuya berubah…Sy doakan mak awk buka Mata…smga Allah sentiasa lindungi awk….mata Sy berhabuk bile bace cerita awk ni…

  2. Alhamdulillah, In shaa Allah mak awak pun tunggu saat berdua je dgn awak. Kami doakan kalian berbaik dan menjadi lebih baik. Aminnn, be happy dear. Jgn sesedih lagi. Kami kat sini sentiasa sokong saudari.

  3. Ambiklah masa untk tenangkan jiwa..you are strong..mula2 baca confession yg first aku ingtkan lelaki..sebab semua yg diceritakn buat kerja yg cukup lasak.Allah bless u forever..

  4. Tak tau nk komen ape..tp cerita awak buat saya berfikir pasal orang keliling yg gelak sama sama tp hidup sebenar tk tau mcm mne. Kemana pon awak pergi, semoga dlm keredaan allah, insya allah ☺

  5. Untuk Shuya

    KENAPA AKU DIUJI ?
    “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah beriman’, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
    (Surah Al-Ankabut: 2-3)

    AKU TAK MAMPU TANGGUNG SEMUA NI!
    “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
    (Surah Al-Baqarah: 286)

    KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU MAHU?
    “Bolah jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
    (Surah Al-Baqarah: 216)

    APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
    “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.”
    (Surah At-Taubah: 111)

    AKU DAH TAK TAHAN DAH!
    “…dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
    (Surah Yusuf: 12)

    BAGAIMANA NAK HADAPI UJIAN NI?
    “Dan mintalah pertolongan(kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”
    (Surah Al-Baqarah: 45)

    KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
    “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.”
    (Surah At-Taubah: 129)

  6. Tau x napa ramai yg nk tau smbungan ceta shuya.. bukan smata2 ceta hidup shuya yg menyedihkn je tp cara shuya smpikn tu bt org tertarik. Mgkin adik shuya da ada prncgn sdri. So, gud luck with ur life. Smoga kita smua tabah dgn hidup kta masing2..

  7. Sesungguhnya janji Allah itu benar..yakinlah dik

    فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
    Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
    [QS. Al-Insyirah: Ayat 5]

    إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
    (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
    [QS. Al-Insyirah: Ayat 6]

  8. All the Best shuyaaa. Jgn mengalah pada hidup. Kita ni perempuan bila2 nak cantik pon boley. Tp pengalaman uruskan rumah tu, kalau dh pro untung kot. Apa pon, jgn bg mereka buat awk mcm kain buruk lg okayy. Good luck

  9. Ingat.. La tahzan innallaha ma’ana..
    Innallaha maas sobirin ye shuya.. Allah xpernah leka dr perhatian Nya.. Sy doakn smg shuya dberikan kehidupan yg lebih baik selepas ni demi niat ikhlas shuya pd ayah.. Jgn lupa mtk ampun maaf pd ayah n luah kn apa yv terpendam dlm hati awk selama ni pd dia jg.. Wlpun dia mgkin xmampu hulurkan bantuan secara fizikal, tp mtak dia doakan yg baik2 utk hidup n masa depan awk… Insha Allah doa org tua ni maqbul…

  10. Nanti…awk tggu saat brdua dgn mak awk..awk peluk dia erat2 n ckp kt dia,,awk sygkn dia sgt2…nangis pn xpe awk…mak awk tu mgkin tekanan,ayh awk sakit jdi dia kena wt smua kje dan awk satu2nya ank dia yg plg boleh diharapkan..dia bkn benci awk,dia cuma brgantung hdup dgn awk skng..jdi…awk cubalah peluk dia sllu..mmg dia ego,mgkin dia akn tepis pelukan awk..tp percayalah dgn kelembutan pelukan awk yg ikhlas,dia pn psti lembut hati…moga awk tabah :) sekeras2 kerak nasi,bila direndam air akn lembut juga kan..mcmtu la hati perempuan..mak awk pn pmpn…lama2 awk akn pahami dia knpa dia jdi cmtu…

  11. Pasal tunang shuya tu,

    Mgkin dia nak jaga diri,lepas halal nnti InsyaAllah,shuya kena ingat,pertunangan bukan tiket untuk kita seringkali berkomunikasi tnpa keperluan,masing2 menjaga diri,mgkin nak dekat tarikh perkahwinan bru dia akan berbincang dgn shuya

  12. Alhamdulillah… dpt gak tau khabar shuya… ada hikmah nye semua ni jadi shuya.. be strong sister.. n take care, kalau nk jaga ayah shuya kena kuat..jd jaga diri ye .. Assalamualaikum shuya

  13. Suka baca kisah shuya sbb nampak shuya dah berani bangkit, berani berkata tidak. You are amazing girl. Suka dengar yg kakak, abah dan anak saudara ambil berat pasal shuya. Semoga kebahagiaan dan kejayaan menjadi milik adik soon. We love you shuya. Muahhs.

  14. Semoge shuya di bwh lindungan rahmat & kebaikan Allah selalu. Semoga dgn iZin Allah, mak shuya terbuka pintu hati & mata lihat setiap pengorbanan shuya. Amin ya robbal alamin.

  15. Please nk taw next yg pasal sedara 3 ekor nih . Shuya ni jnis lembut hati . Sensitive sgt . Tpi acah kuat tpi ak suke dia . Plesss bt next story !!!

  16. Kak shuya, cuba baca ayat qursi, tiga qul dgn surah alfatihah. Selawat banyak2 pastu tiup2 sket.

    Ustaz saya ajar ni cara nak halau iblis dan syaiton serta jin2 jahat. Tak pun pasang bacaan quran kuat-kuat. Kot laa yg tiga iblis tu hilang terus lepas tu.

    Selamat hari raya kak

  17. oi shuya…kes ko ni rare nk mmpus…ko nk buat cite pon agak2 arrr…ni aku nk tanya….ko ckp mak ko pilih kasih kn??….oi ko tu kakak xkn dia nk pluk ko….pstu aku nk tanya..yg ko ckp setan 3 ekor tu pompuan ke?…dan adik beradik ko berapa org mcm ramai jerr

    • Kan? Suka baca sbb cara shuya bercerita bersahaja, dlm sedih ada lucu. Shuya ni ada bakat bercerita. Tulis novel boleh bestseller punya.

  18. Mungkin elok juga putus tunang tu..nanti jadi cam kes yaya plak.kawen, jap lagi laki berkenan kt org lain plak.kawen semata2 nk puaskn hati mak bapak. All the best shuya..be strong!

  19. Even seteruk mana situasi awak, awk still berfikiran waras. Segala tindakan mst awk pikir rasionalnya. Baik buruknya, langsung xberemosi. Allahh. Blh nmpk matang and positif sngt awk nih. Komen2 pon bnyk syorkn tindakan yg lbh pd emosi. Even sy pon komen cmtu. Huuu. Apape pon awk lg tahu situasi awk. Pilih la mne yg trbaik. All the best ye shuya!!

    Sy blajar sesuatu dr awk

  20. kesiannye, bertabah lah syuhaa, bahu yg Allah cipta hanya untuk kadar bebanan yg dh ditentukan jika tiada bahu untuk menangis maka masih ada lantai untuk bersujud, jika tiada suara untuk meluah rasa masih ada hati untuk berdoa.. bertabahlah, hakikatnya setiap masalah dan dugaan itu tidak lama akan tetapi sukar dan debarnya yg menyiksa, percayalah dgn usaha dan doa serta sabar tidakkan pernah sia-sia… kita semua sentiasa mendoakan agar Allah memberi mu petunjuk dan diberi kekuatan serta di lapangkan jalan

  21. Walau apa pun yg terjadi,harap shuya tabah ,kuat dan jgn putus utk berdoa pada Allah ,ada hikmah disebalik semua yg terjadi pada mu dek..

  22. keep strong shuyaa..u are the best..u have the great heart..susah nk carik someone yg mcm shuya skrg..ur heart so strong smpaikn shuya bole sabar n bertahan all this years..walaupun perit still.lg fikirkn ur parent..ur heart make me wanna marry u if i know who u are..hehehe..all the best n remember god..Dia tmpat terbaik utk.kita mgadu..

    • Betul2 ikhlas ke nk jg syuyaa…susah nk jumpa perempuan yg bertanggungjawab pada ibu ayah….sy klu ada adik laki mmg nk sgt syuyaa jd adik ipar sy…skrg byk pompuan asyik pegang hp..selpie sana sini..nk carik anak dara yg minat duk kt ceruk dapuq payah dh la…

    • tahu takpe..tu la.pasal..ramai sgt pompuan.mcm tu skrg..n till now sy mmg xcarik.lg jodoh..risau tersalah pilih..n mak pon pena pesan..nak carik tu xkesah la mcm mana pon..cuma jgn la yg buat my parent as a maid..sy org kg..n ramai da sy nmpk masa raya ni bila beraya mak2 n mertua yg kat dapur..smpai kurus..anak2 n menantu melawa kat depan..

    • Takpa dik..dgq cakap mak…semua mak2 mentua klu bole nk dpt menantu yg bole jg anak mereka dgn baik…klu bole yg bole take over masak di dapur ganti mak mertua..tp skrg percent nk carik mcm tu susah…cuma bole praktikan mcm dlm drama p.ramlee yg tajuk musang berjanggut…bawak bahan2 nk memasak campur semua…gi letak kt umah yg ada anak dara…agak2 dorang leh pisah tk bahan2 pastu masak dr bahan yg di bawak…hehe…semoga di permudahkan urusan adik mencarik isteri…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *