Salam semua warga iiumc.
Pertama sekali aku nak mintak maaf sebab aku tumpang confession iium. Aku bukan dari iium tapi bila aku baca post kat iium ni kadang-kadang aku rasa kesedihan aku terubat. Entahlah.aku datang dari keluarga sederhana. Nak kata kaya sangat tu taklah. Takdelah sampai pakai iphone 6. Tapi Alhamdulillah aku masih mampu bawa kereta pergi university. Cukup lah kalau aku kata aku sederhana.
Kadang-kadang aku rasa keluarga aku lagi dahsyat dari keluarga orang lain yang bercerai berai. Memang la keluarga aku complete, ada mak ayah semua. Tapi somehow banyak kekurangan kat sini sana.
Ceritanya macam ni. Adik beradik aku ramai. Alhamdulillah semua kerja yang best-best. Bila orang Tanya adik beradik aku kerja apa aku tanpa segan silu boleh bagitahu kerja diorang. Ada engineer, doctor, manager, akauntan etc. boleh bayang tak berapa ramai adik-beradik aku? Ya, memang ramai. Abang aku sorang tu kerja engineer. Gaji memang banyak sebab dia kerja dekat UAE. Bila convert duit Malaysia memang tiap-tiap bulan boleh beli kereta cash. Macam tu la ceritanya. Tapi abang aku ni dah macam kena cucuk hidung dengan bini. Tak tau la kalau memang dia kena cucuk hidung atau dia memang bangang. Dengan mak ayah aku ni, jangan harap la dia nak bagi duit. Bagi pun kalau setakat setahun sekali. Tu pun masa raya. baik tak payah. Tahun ni dia kata taknak balik raya sebab ada hal pastu katanya nak beraya dekat rumah baru. Tup-tup dia tukar plan nak balik raya pulak.
Tapi kadang-kadang aku terfikir, dia ni takde hati perut ke? Takde ke rasa nak belanja mak ayah aku? Takde ke rasa nak bawak mak ayah aku jalan-jalan? Dengan duit yang dia ada tuu, apa la salahnnya kalau dia bagi sikit duit belanja bulan-bulan kat mak ayah aku… dengan gaji dia yang berpuluh rib utu, kalau setakat bagi seribu sebulan kat mak ayah aku, tak luak pun… tapi tak… dia tak bagi pon…. Mak aku ada sebut jugak dekat aku, seronoknya kalau la abang aku tu hulurkan jugak duit belanja kat mak ayah aku tiap-tiap bulan… mesti mak dan ayah aku suka…. Tapi tak… dia tak bagi… tapi aku tengok bini dia gelang asyik bertukar baru je. Aku perasan bini dia pakai cincin mas putih baru tahun ni.. kalau tak silap aku harga dalam rm13k kat poh kong. Aku pernah la jeling-jeling harga kat cermin display tu.. nak beli tak mampu… kat mak aku takde pun abang aku nak beli macam-macam…
Sampai bila dia nak jadi macam tu? Mak ayah aku dan 60 lebih tahun ni… tak tahu berapa lama lagi hidup.. aku harap sangat mak ayah aku panjang umur dan sihat. Aku nak sangat kerja best-best dan belanja mak ayah aku. Kakak abang aku kerja best-best pun harammmm nak belanja mak ayah aku. Balik raya ni pun ayah aku yang beli ayam daging semua nak raikan dia kononnya.
Aku malas dah nak piker. Aku nak tunggu dia balik je ni hah.. buat sakit hati aku je tengok dia dalam rumah ni. Baik tak payah balik. Korang yang baca ni tolong doakan aku dapat biasiswa untuk tanggung aku nak sambung belajar nanti. Aku taknak susahkan mak ayah aku. Aku tahu buat master mmg pakai banyak duit..
– ASDFGHJKL
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Semoga niat mulia adik dimakbulkan Allah. Abg dan kakak yg buat perangai camtu, hidup x berkat. Takkan senang hidup dorang walau duit bertimbun.
Yup betul,saya dh pernah lihat situasi mcm ni,walaupun gaji beribu2 tapi still x cukup,sebab apa,sebab x berkat,kedekut sgt dgn org tua and berkira sgt,apalah sgt bagi 10% gaji kita or kita asingkan utk parents kita,lagipun dulu parents yang besarkan ko dri kecik hingga ko dewasa,then diorg skrg dh x kerja,so ko ingat diorg ada duit ke??
Anak-anak tolonglah fikir,
Kesian ibu bapa,
Nnt dia blk raya..adik slowtalk la nga dia..atau sound direct je..haishhh akk plak yg rs nak pijak dia ngan kren nin..hilaang kemachoan akak..huhu
Pewiittt
Sehebat mana pun Abang ko tu kalau dia tak cara mak ko tak hebat lah dia. Esok esok meranalah hidup tu buat kat mak.
Ya Allah x tau nk kta lah hati perut cam mn..yg aku nie laki aku susah cam mn skali pon aku ttp usaha nk belikan sesuatu kt mak husband sbgai tnda ank dia yg bg kt mak dia sendiri.. Asalkan aku dpt tunaikan kewajiban suami aku sbgi ank lelaki pd mak dia walaupon x lah smewah stakat yg mampu ja..pya lah sll bdoa ajr suamibku dlimpahi rezeki agr dpt mewahkan mak dia sendiri.hhhmmm hidup ptt berayukur ats apa Allah nk bg..kerna tiap apa yg Dia bg Dia nk tgk kita salur d mn n apa yg wajib dlu…jgn bila skali Dia tarik cam tu skelip mata baru tau langit tinggi rendah
Kadang2 diorang ni xsedar betapa pentingnya bagi duit kat parent.parent yg susah payah besarkan diorang bergolok gadai semuala.
Parent ni atleast dpt merasa duit anak sikit pon jadila.anak yang aku bela ni kenang budi aku.
Mungkin abang awak xsedar.awak kne slow talk dgn dia ckp elok2 sebagai anak lelaki dia kne utamakan ibu bapa.
Jangan nanti diorang dah xada dia menyesal sbb xdpt bahagiakan diorang.
Bertindak sebelum terlambat.gaji banyak xluak pon awak.
xda mak dan ayah kw xmuncul d dunia ne..gaji kw bjuta-juta berbilion-bilion pn smpai mati kw xdpt blas jasa ayah dan mak kw .ingt tu bosku. ..
Guys, jangan buat dosa kering je. Kita tak tau pun apa yang abang dia hadapi. Mungkin adik dia pun tak tahu. Mana tahu dia tengah kumpul duit beli something untuk parents dia, tertelan balik air ludah kau dik.
Bagi rm10 sebulan, tak luak pun hasil simpanan untuk tolong mak ayah yg konon2 tu. Macam nak belikan apa je sampai tak boleh nak hulur tiap bulan. Mengarut la.
Aku benci nau bila baca kes si anak terutamanya anak laki, ada duit tp x bg duit kt mak pak. Dok perabis kt bini. Si bini lak pangai mcm jilake
kasih syg seorang mak ayah.tetap meraikan anak2 yg nak balik ke kampung.walaupun dalam hati ade rase kecik hati tp tak penah tunjuk dpn anak2.buat anak2,ape yg kite buat skrang mcm tu la anak2 akan buat kat kite bile dah tua nanti
nak tanya….dulu2 abg awak ni dimanja ke mcm cerita confessor….or dia dulu baik dan bagus dan bertggjawab dgn famili….tp berubah lps kawen…hehe
Takde hal la.hidup ni macam roda.nnti anak dia wat camtu pulak kat dia.ko cakap je terus kat abang ko. Kalau dia faham,dia berubah la nnti.
Nafkah kepada Ibu bapa ni sebenarnya wajib ke? Setahu saya, ia cuma ihsan Dari seorang anak kepada Ibu bapa
Wajibul waladu nafaqatul walidayn wa’in alau bisyarti faqrihim
= Wajib ke atas seorang anak memberi nafkah kepada kedua-dua ibu bapa, kecuali ditimpa ke atas nya kefakiran.