Assalam, thanks sebab approve story aku.. Lelaki? Aku banyak baca pasal lelaki. Meh aku nak story..

Beselah kan, time raya camni mmg berkumpul ramai2.. Sepupu aku lelaki, semua lelaki rajin2. Kami xdek la nak asing2 kau lelaki duduk je. Kadang2 yg lelaki pn duk mencangkung kt tepi paip luar tu basuh sentap pinggan periuk belanga.. Yg perempuan pn rajin2..

Cuma ada soranglah perempuan, yg duduk je mengangkang pemalas nak mampus. Mak dia asyik bela dia, cakap dia lah paling lawa antara semua sepupu. Sumpah aku geli kah3.

Korang bayangkan, kami tertonggeng2 masak nasik lauk pauk nak berbuka, dia bantai tido depan tv kt ruang tamu, dengan alasan sbb jaga adik die. Padahal adik dia darjah 4 kot time tu, nak jaga kejadah die bukannye umur 4bulan. Pastu time berbuka ehh pandai pulak bersila depan makanan. Pastu siap dapat pakej mak die tu tlg simpankan ayam seketul besar lagi, padahal kami yg tertonggeng2 masak td pun ayam seketul kongsi 3orang. Kah3 beselahh masing2 buat muka. Tu sepupu PEREMPUAN taw..

Haa cakap pasal lelaki, aku memang puji lelaki sekeliling aku memang rajin2. Sepupu ke abg ipar ke.

Sepupu2 aku angkat air berus bilik air, tlg sembelih ayam buang bulu smua tu. Nak raya kan, daging2 tu semua lelaki yg uruskan. Kami yg perempuan ni just sediakan bawang2 ape smua tu, dorg yg jaga dan masak. Lemang , rendang smua dodol semua LELAKI yang jaga.

Plg aku puji sepupu lelaki aku , mmg rajin gila. Cakap je suruh buat apa, mmg dorang akan buat.. Alhamdulillah sampai sekarang dah kawen masing2 pn aku tengok masih rajin. (Sape nak calon suami camni boleh la aku recommend, hahahahahahaahha ade lah 3 4 orang yg masih single)

Abg ipar aku, kami semua terbongkang tido sebab penat, termasuk kakak aku(bini dia) dia laaah yg bangun berjaga tgh malam buat susu kalau anak melalak. Beselah bebudak kan.. Akak aku mmg tak terjaga kah3, abg ipar aku lah yg buat semua.. Dah tentu2 lah abang ipar aku tu LELAKI kan?

Bekas bf aku, walaupun dh putus , aku mmg puji dia.. Aku rasa dia lagi rajin dari aku.. Mak dia dh takdek, so kalau raya camni dia lah anyam ketupat masak itu ini. Kemas umah.. Kalau dulu waktu tgh bercintooooo , kalau aku mesej je tanya watpe, tgh kemas umah, tgh sidai kain. Tp kalau dia menipu ke hape mmg xdapekk aku nak tolong. Time aku dtg aku rumah die mmg bersih walaupun rumah die takdek PEREMPUAN.

So kat sini aku nak tegaskan, kau LELAKI ke PEREMPUAN ke, kalau dah pemalas, bukan masalah GENDER , equality kejadah apa.. Tu masalah atittude fan didikan mak ayah ko.

Takdeknye kalau perempuan mesti rajin, Lelaki mesti pemalas. Tu sebab kau memang PEMALAS dan BAJET CANTIK sebab takkk KEEERRRRLAAAAASSSS LAAAH RAYA2 cantik2 MAKEUP tebal 3inchi tapi duduk sental pinggan kan?

– S

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

24 Comments

  1. Betul. Rajin malas bukan ikut gender. Ada je perempuan yg sangat malas. Nak masak malas, kemas rumah malas. Semua bergantung pd didikan mak ayah. Tp kalau dari kecil tak terdidik utk jd rajin, bila dah besar cuba ambil initiatif utk berubah. Takkan nak tunggu umur 50 baru nk berubahm. Masa tu dah ada anak menantu. Tolong la ada sikit rasa malu bila org kata kita pemalas

  2. btw nak tanya nape ko putus dgn ex ko?

    hebat bf ko sidai baju sambil pegang henfon kan boleh jwb mesej kahkahkah

    ok ini gurau2 je ni… jgn amik hati naaaaaa

  3. X payah lh nk tgu didikan..kita ada otak pndai pk mana baik mana buruk..mak abah dh bagi pelajaran d sbbkn sifat malas diri sndiri nk salah didikan mak abah plak,adil ke mcm tu?..x da sapa pun pesan x leh mkn roti tarikh luput, tapi tahu plak kita x mkn takut sakit perut…atas diri kita je suma tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *