Insecure si chubby

Ramai pulak yg confess mcm2 masa hari raya kn. Aku tetiba rasa nk confess. Harap admin approve.

Aku ni sejak sek rendah tak pernah kurus. Macam2 aku cuba buat. Diet carbo, diet atkin, jog, dan mcm2 kecuali amik pil kurus. Menjadi sekejap.. Tak lama lepas tu back to normal…Baju kurung aku masa form 4 dulu pun muat lagi. Dan ak buat baju kurung ak sekarang ikot saiz masa form 4 dlu.Nak katanya badan aku tetap maintain.. Tak pernah kurus.. Sampai satu tahap ak putus harapan dah nk diet..

Ak ni selalu jadi teman mendengar luahan kwn2 laki ak yg pendiam ni. Sebab aku ni tak ramai kawan laki. Kecuali classmates ak. Ak akn bercakap dngn laki kalau ada urusan je. Disbbkan kwn2 laki ak tak ramai, ak selalu la terpikir, sapelah jodoh ak.. Macam mana la jodoh ak. Yelah, kita bukannye comey mane kn. Tak de sapa nk tengok kita..sampai satu masa ak x nk pikir pasal jodoh ni walaupun kwn2 baya ak dah beranak dua, tiga…

Sekarang ak 25 thn. Alhamdulillah, jodoh ak dh sampai. Tapi, rasa insecure aku ni tak dapat nk buang. Ak dan fiance ni hasil susunan famili. Jadi kami tak lah kenal sngat. Dan ak selalu terfikir, apa yg buat dia terima ak. Sebab dalam otak ak ni fikir, laki memang akan pandang rupa. Ak ni dh la x cantik mne, gempal lagi tu, muka pun tak flawless mana. Perangai pun tak solehah mana.. Ak selalu tak yakin kat dia. Ak selalu rasa dia patutnya cari yg lebih sesuai utk dia dari dia pilih aku. Sebab ak rasa dia terlalu baik utk aku.

Aku bukan seorang perempuan gempal yg full confident utk berhadapan dgn org. Ak memang menjadi diri ak sendiri. Tapi, tipula kan dalam ak menjadi diri sendiri ak tak rasa insecure. Mesti ada. Dan ak tak pernah terfikir jodoh ak datang seawal ini. Ak cuba amik hati bakal pak ngan mak mertua dgn perangai ak sbb ak tahu ak ni x dak rupa mana kalau nak dinilai dari rupa paras. Dan ak berjumpa dgn bakal pak ngn mk mertua ak seleps setengah tahun aku dirisik. Alhamdulillah, diorang mcm boleh terima ak. Dahla first time ak jumpa diorang without my parents. Huhu. Berjaya la aku kirenyee.. Hehe..

Apa yg ak nk sampaikan kat sini, utk mereka yg comel2, chubby2, gempal2 mcm aku ni, usaha utk berubah menjadi lebih baik dari segi dalaman dan luaran walaupan kita tetap rasa insecure tu. Walaupun ada je org2 yg suke dok kritik kita, kias2 kat kitaa knnn… Yang penting, setiap kali doa, jangan lupa mintak dengan Allah permudahkan urusan jodoh kita. Yela, bila ak baca coment2 kat confession ni ckp, ramai yg cantik, kurus, bergaya, single, apa lagi eh,, mencari jdoh, jodoh belum sampai.. Klu kita yg chubby ni Allah izin jodoh dh sampai, bersyukurlah kita.. Yg penting jaga hubungan dengan Allah. Mksd ak, buat apa yg Allah suruh, jgn buat apa yg Allah larang. Allah kn pemilik hati2 semua manusia kat atas muka bumi ni..
Rasa bahagia, sedih, bercinta, frust, semua tu Allah yg bagi.
Sayangilah diri kita sendiri.
Hargailah diri kita sendiri.
Kerana mengharapkan manusia, takut kita yg merana.

– Cik mek chubby

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *