Hye assalamualaikum . selamat hari raya guys . terima kasih admin approve.
Aku seorang anak perempuan berusia lingkungan 20an Dan alhamdulillah telah berjaya menghabiskan pengajian diploma di salah sebuah ipt Dan inshaallah bulan 10 akan konvo. Sekarang aku da kerja. Alhamdulilah rezeki aku dapat kerja walaupun belum konvo lagi Dan walaupun gaji tak seberapa aku bersyukur sangat . sekurang-kurangnya tidaklah menganggur . Ada juga duit untuk aku berikan kepada kedua orang tua aku.
Aku cuma ingin pendapat apa yang perlu aku lakukan untuk hidup aku Dan masa depan aku Dan orang tua Ku. Begini cerita hidupku;
Aku membesar dalam keluarga yang cukup sederhana tapi alhamdulillah setidaknya aku tidak pernah tidak makan . ayah kerja biasa2 je . dulu ayah kerja projek . panjat bangunan semua tu . gaji cecah jugak la ribu .tapi Sekarang ni ayah tak kerja. Ayah da tua. Tak larat da nak buat kerja berat-berat. mak pulak kerja cleaner.
Dalam keluarga, akulah harapan kedua org tua aku disebabkan setakat ni akulah yang belajar tinggi. Adik beradik atas aku belajar takat sekolah menengah sahaja Dan semua da kawin dan Ada tanggugjawab sendiri. Takperlu la aku cerita kenapa. Adik bawah aku sedang belajar . aku harap sangat agar dia pun mampu berjaya supaya dia pun mampu menyara kedua org tuaku.
Aku sedih tengok kehidupan kedua org tuaku . mak masih dengan kerja cleaner . nampak sangat raut wajah mak sangat penat . ayah pula Ada la bantu sikit-sikit buat kerja kampung. Dapat juga la upah.
Sebenarnya aku Ada hasrat nak sambung belajar sbb aku nak jadi pensyarah . Itu impian aku . tapi aku Ada lagi tanggugjawab yg lebih besar iaitu menyara kedua org tua aku. Aku da tak sanggup nak tengok mak dan ayah kerja keras. Kalau aku sambung degree , mesti mak Dan ayah kena kerja .
Aku Ada suarakan hasrat aku dekat mak , aku cakap " mak, saya rasa saya nak sambung degree" Dan mak balas " kerjala dulu .beli rumah Dan bla bla……" Tapi Dari apa yang mak cakap dia macam nak suruh aku kerja. Mungkin dia da penat .
Lepastu balik raya baru ni aku suarakan lagi hasrat aku "mak kalau bole saya nak sambung belajar bulan 9 thn depan. Takpe saya belajar sambil kerja part time" Dan mak macam izinkan . alhamdulillah .
Kadang-kadang bila aku stress bila aku penat, aku rasa aku tak mampu nak galas tanggugjawab ni . sebab aku Ada impian tapi aku terpaksa ketepikan demi org tua aku . aku tak salahkan adik beradik aku yg lain sebab tak nak galas tanggugjawab ni sebab masing2 da kawin.banyak perkara yang mereka kena fikirkan. Dan aku yang belum Ada tanggungjawab ni yang patut ambil tanggugjawab beri kesenangan pada org tua aku.
Tipula bila tengok kawan-kawan da nak sambung degree bulan 9 ni . Da banyak Kali aku menangis sebab ni . jiwa aku meronta untuk sambung degree juga cuma aku pujuk hati aku dengan mengingat orang tua aku . semua untuk orang tua aku.
Kalau bole dalam masa setahun ni, aku nak kerja sungguh-sungguh , kalau bole nak buat kerja part time belah malam supaya Ada simpanan masa aku sambung degree tahun depan. Kalau Ada rezeki Dan panjang umur. Amin.
Cuma aku nak minta pendapat, betul ke apa yang aku lakukan untuk sambung degree ? Apa yang aku perlu lakukan supaya time aku sambung degree aku tetap mampu bagi duit Kat mak ayah aku. Kalau bole aku da tak nak dorang kerja lagi .
Sekian, tq bagi yang bagi pendapat
-anak mak Dan ayah-
– anak mak Dan ayah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
x cuba pjj?
Awk…korban tuk mak ayah lagi penting… Sy pun keje dlu..crik duit.. Sy pun bru sambung degree…walaupun umo dh 28 bru smbung… Xpe awk… Berkat kalo awk bantu family… In syaa Allah…doa ibu tue mustajab… Biar korban kan sket masa tuk downg… Sbb nnti downg dh xde.. Kita nyesal… Berbakti selagi kita mampu… Sy bkn baik sgt pun… Just xnk awk jdi cm sy… Jdi… Bantu family dlu… Semoga berjaya…
keja pastu samb wat degree pjj
Pjj sis :)
Sambung bljr d usia 36… Ok jerk
.xdsr hal lah
Tryla pjj sis. Allah is the great planner. Buat istikarah ya sis ?
Sy stop diploma walaupun mulut selalu kata nak sambung belajar (degree) tp disebbkan sy dah ada komitment kereta pinjaman peribadi 2 2 ni dah mencecah rm700 sebulan menyebbkan sy stop dan lupakan hasrat nak sambung belajar dgn komitmen kerja yg tak leh cuti sabtu ahad tp hanya boleh pilih salah satu ajer….
Nasihat sy sambung lah belajar selagi belum ada komitment tetap kalau ada hasrat yg memerlukan sijil tu…bila dah ada komiment mcm sy..nak sambung belajar dok fikir siapa nak bayar hutang2 ni…tak bayar nama blacklist akan datang susah nak wat pinjaman…nak jual balik benda dah jadi keperluan.
Saya pensyarah ipts di umur 23 tahun. All the while bekerja sambil belajar. Dari Diploma, Degree sampaila habis Master pd umur 27 tahun. Sy berkongsi pengalaman sy sebab nak tolong sis capai cita2 sambil tolong mak ayah.
Mase Diploma dulu kerja part time, gaji rm600 shj, nak hulur mak ayah memang x dapat, tapi sekurang2nye x mintak duit daripada diorang. Tapi yuran ipts masih mak ayah yg tanggung.
Sambung degree, sambil buka kelas tuisyen untuk budak2 upsr. Siang belajar, malam mengajar. Kul 11 malam baru dapat rehat, kelas Degree start kul 8 pagi. Ade la seribu lebih income, mase ni amik pinjaman untuk bayar yuran. Alhamdulillah, dapat bantu beli barang dapur dan keperluan rumah.
Habis degree, kerja sbgai pensyarah di sebuah ipts (cita2 writer confession diatas), tahun kedua sebagai pensyarah baru beli kereta, tahun pertama masih naik bas awam pergi kerja (kdg2 duduk sebelah2 dgan student sendiri dalam bas). Dapat beri belanja dapur untk mak ayah, sambil bayarkan bil2 rumah. Sambil kerja, amik kelas hujung minggu, smbung Master, dah x amik pinjaman, tapi guna simpanan akaun 2 kwsp sendiri.
Umur 27 tahun, habis Master, gaji 5k. Pinjaman pendidikan untuk sambung Degree yang sebelum ni dah langsai. Selain belanja dapur, dapat bayarkan loan rumah mak ayah yang masih berbaki (lagi 10 tahun), dapat hulur duit belanja tiap2 bulan.
Kesimpulannya, kalau stop belajar tapi cuma fokus bekerja, cita2 sendiri akan terkandas. Lagipun nak gaji tinggi (my reality and experience), kne ade paper qualification, baru company akan bayar gaji ribu riban.
Kerja sambil belajar.. memang penat.. Tapi kalau nak capai cita2 cepat, sambil dapat support mak ayah sebelum usia cecah 3 series, ni la caranya. Proven sebab sy dah laluinya.
Sekian, maaf komen panjang2.
Satu lagi yg penting lepas dapat kerja beli rumah dari beli kereta mahal2. Sbb kereta harga jatuh.. Rumah harga naik kalau turun pon sikit sgt..
Betol tu.. beli kereta sekadar memudahkan ke sana sini, dapatkn rumah dulu, baru fikir nak upgrade kereta yg lebih besar.
Sekarang kebanyakan company akan priority experience . Pendapat saya better sis kerja dahulu , dalam masa yang sama buat degree sambil kerja . Cuma penat sikit tapi as long as sis ada income monthly then degree in progress . Ada rezeki lagi sambg master kalau tak silap saya master mostly ada biasiswa . Master akan directly bawah Sv maybe boleh kawtim dengan Sv . Tapi kerja dulu then belajar okay jugak tapi kalau rasa nak support family sikit kerja sambil belajar . Kena berkorban sikit
Hanya education boleh break poverty. Belajar dulu,dapatkan kerja yang bagus. Sambil tu boleh keje part time