Tergerak tangan nak berkongsi di sini. :-) first time. Debor pulak. Haha…
IIUM confession ni aku tahu dari kawan aku. Serius aku cakap, baca page ni macam ketagih, setiap hari balik kelas mesti aku bukak. Asal ada masa lapang je aku bukak. Addicted.. Kira page wajib yang aku bukak setiap hari. Aku suka baca. Dan kadang-kadang, selepas aku baca setiap cerita yang dinukilkan di sini, akan terbit rasa syukur. Syukur dengan apa yang aku ada walaupun sebagai manusia biasa kita sentiasa rasa tak pernah cukup dengan apa yang Allah bagi.
Syukur aku ada ayah yang bertanggungjawab. Syukur mak aku tak buang aku. Syukur aku bukan dari family yang bermasalah. Dan isu terkini dalam iium confession ni, syukur aku ada abang-abang yang ringan tulang bantu kami-kami yang perempuan ni buat kerja rumah.
Tentang isu tak pandai buat kerja rumah ni, pada pendapat aku semuanya bergantung pada didikan mak ayah. Mak aku seriusly garang weh. Tapi segarang-garang mak aku, selama 24 tahun aku hidup dia tak pernah cubit aku dan sekali je pernah kena rotan dengan hanger. Tu pun sebab aku kacau mak aku tengah buat kerja masa tu. Haha. Kami adik beradik dah di latih setiap orang ada tanggungjawab dalam rumah. Basic, pinggan dan gelas sendiri basuh dan terus tiarap di rak pinggan. Bila nak makan, kami perempuan tolong mak masak. Yang lelaki kemas meja dan setting meja untuk makan. Bila hari raya, yang perempuan kemas dalam rumah contoh buang sawang, mop lantai etc. Yang lelaki kemas luar rumah contoh basuh porch kereta, sapu daun kering, lap tingkap etc.
Bilik masing-masing. Masing-masing kemas. Cadar basuh sendiri. Baju basuh sendiri. Seawal kami darjah 1, dah ada bakul baju sendiri. Dan kena uruskan sendiri baju tu. Dannnnn… Mak aku akan bila-bila masa saja datang spot check dalam bilik. Kalau baju lipat tak betul, senget ke, atau macam abang aku ke main pakai sumbat je dalam laci baju tu, siaplah…mak aku akan tarik bawa keluar semua baju. Kau lipatlah semula sambil berlinangan air mata. Hahaha… Dan kami kena iron baju sekolah sendiri dari darjah 2 lagi. Sepanjang hidup aku, aku tak pernah pun iron baju abang ke, kakak ke. Cuma bila dah besar ni, kadang-kadang aku mintak lah jugak baju mak dan ayah nak tolong gosokkan.
Dalam rumah aku, akan susah korang nak tengok kitorang tengok tv sambil goyang kaki. Dalam kamus mak aku takde istilah takde keje. Dia kata Korang je yang tak pandai nak cari keje. Kalau nak tengok tv tu pandai-pandai la korang cover. Contohnga tengok tv sambil baca buku ke lipat baju ke mop lantai ke buang habuk kat ukiran kayu sofa ke.
Disebabkan kami semua dah ada tugas masing-masing dalam rumah ni, seriusly sampai sekarang aku tak pandai buat air. Sebab tugas buat air dalam rumah tu tugas abang aku, haha… Kalau aku buat mesti ada je masalah. Kurang manis lah, tak pekat lah, tak umphh lah..haha
Tentang mak aku. Mak aku boleh dikatakan seorang yang mementingkan kesempurnaan. Bagus sifat tu. Tapi kadang-kadang sifat mak aku ni selalu jugak buat anak-anak dia ni rasa low confident dan stress… Haha… Sampai sekarang, dari aku yang paling bongsu sampai kakak aku yang paling sulung umur 40 tahun apa-apa yang kami buat mak aku akan check balik. Contohnya kalau aku sapu sampah, mak aku akan check semula, cara aku sapu tu ikot tak macam yang dia nak. Dia akan tengok balik pintu, ada tak habuk. Dia akan tunduk tengok bawah sofa ada tak lagi habuk. Kadang-kadang aku rasa, makkk… Please la…orang dah besar kot. Takkan tak reti sapu sampah lagi. Basuh pinggan cenggitu jugak. Dia akan check one by one pinggan yang aku basuh. Even sekarang aku dah besar gajah dah ni pun. Oh ya… Mak aku ni pun jenis pengumpul barang jugak segala mak nenek majalah, plastik kain baju dll. Aku rasa yang dahsyatnya, korang bayangkanlah, cawan cupcake yang aku makan tu, di tak bagi aku koyakkan. Dia ambik, basuh then keringkan elok2 and simpan. Bila2 dia nak buat cupcake dia akan guna semula. Tapi mak aku sangat pentingkan logistik dan kebersihan dan juga kekemasan. Aku sangat tabik dengan mak aku bab ni. Barang yang dia simpan, suma disusun dengan penuh tersusun dan sistematik. Tapi selalunya setiap hujung tahun dia akan buat clearance. Contohnya plastik dia akan lipat cantik-cantik dan sedekahkan pada pak cik jual sayur. Buku-buku, surat khabar dan majalah akan pi recycle. Bunga-bunga telur dia akan touch up sikit, letak gula-gula and bagi pada rumah sape-sape yang nak kenduri pada masa terdekat.
Tentang ayah aku… Ayah aku ni cool je. Tapi sekali dia naik angin sakit jugak la..huhu… Ayah aku pernah jadi lelaki idaman aku. Kalau boleh aku nak ada suami macam ayah aku. Seingat aku dulu, sebelum kitorang umur 8 tahun, waktu tu kan dah kena iron baju sekolah sendiri. So sebelum tu, ayah yang akan iron baju kami. Setiap pagi ayah yang akan uruskan kitorang tentang hal-hal sebelum gi sekolah. Mak pulak masak sarapan. Kalau bulan puasa, ayah akan bangun, panaskan lauk then barulah kejut mak dan kami semua. Kecuali lah kalau takde makanan nak sahur. Baru ayah kejut mak untuk bangun masak.
Kalau kitorang tak buat macam yang mak nak, dia punya membebel tu 10 tahun dia boleh ungkit lagi. Dia kata kalau anak perempuan, dia tak nak nanti bakal bisan dia cakap dia tak ajar anak perempuan dia buat keje rumah. Anak laki pulak dia kata korang kena belajar, macam mana korang nak survive bila bini korang tengah dalam pantang. Mana boleh harap sume benda bini buat.
Tapi biasalah. Sebagai anak, ada banyak perkara kita tak puas hati dengan mak ayah. Tapi setiap kali aku rasa benci mak ayah contohnya apa yang diorang buat dah seiring dengan keinginan aku, aku selalu ingatkan diri aku, mak ayah pun mungkin banyak jugak makan hati dan bersabar dengan karenah aku. Biarlah apa yang aku tulis ni yang baik-baik saje.
And mak aku selalu pesan. Mak dah cuba jadi mak yang terbaik. Apa yang baik nanti apply pada anak-anak. Mana yang kurang, ubah dan buat cara lain yang dirasakan baik untuk anak-anak kami.
Thanks sebab sudi baca post yang panjang lebar dan merapu ni…huhu
– cik mawar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Siti Hanisah Sh Omar
Sis.walaupun mak awak check every keje mcm kem askar dah,tp xpela. Kdg2,rase mcm rimas (hehe ), tp at least,ibu awak sama adil dgn semua anak2.bestnye awak abg awak tlg bwt keje, kemas meja,setting meja utk mkn ayah awak tlg pnskn lauk,grkkn utk sahur. Ya Allah. Bestnye case srg2 anak perempuan, selalunya keje a-z semua ibu and anak ppuan tu yg bwt. Bkn setakat time ary raya, tp sepanjang tahun. (Read:setiap hari.pg.ptg.siang.mlm.tgh mlm lg ) Tp itulah. Semua org lain2 care didikan ibu bapanya kan. Dan dr confession awak, mmg nmpk mak awak cuma nak yg terbaik utk anak2nya. Esok lusa sis dah kawen, mesti terigt pesan2 and apa mak sis bwt semua tu,utk kebaikan kita sendiri. Slmt berbakti semula kpd ibu bapa nnt :)
Bersyukurla..masih punya ibu yang didik anak camni..agak sukar sebenarnya bila kehilangan ibu, dah xde orang nk berleter, nak mengajar buat kerja2 rumah dsbg..semua kena decide sendiri, adik beradik membesar tanpa perhatian seorang ibu kandung, jadilah apa nak jadi..sepatutnya aku bersyukur masih punya keluarga dan sebagai pengganti aku lah yang berleter bising2 kt rumah suruh sama2 buat kerja..ahaha
#rindu_arwah_ibu
Terasa…..
Terbaikla.boleh apply kat anak nanti.kecuali simpan cawan cupcake.hee