study abroad

Assalamualaikum. First of all, thanks admin kerana sudi post kan my confession.

di sini saya ingin minta pendapat anda semua. saya seorang perempuan yang baru tamat pengajian degree. dan saya berhajat untuk sambung belajar (Master) di luar negara. secara spesifiknya, di Australia. tapi saya tidak tahu bagaimana hendak mula untuk cara permohonan tersebut. kena apply universiti dulu atau biasiswa? dan saya juga ada soalan, biasiswa apa je yang masih dibuka sekarang dan sesuai untuk student Master? tolong lah saya ye. jika ada student yang study abroad, share la bersama saya ye. terima kasih. Selamat Hari Raya. :)

the F

– the F

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Dik.. mulakan dgn cari uni dulu. Try apply memana uni yg agak top dan masuk ranking. Sebabnya, lepas tu senang sikit nak apply scholarship. Bila dah dpt conditional offer letter br try apply scholarship. Kebanyakan funder ni dia akan bg priority pada sesiapa yg dah dpt offer. Kalau tak sempat dpt scholarship before tarikh masuk uni, ask to defer tarikh masuk uni tu.

    Itu yg akak buat dulu la.

    Akak dulu scholarship MARA n study kat Unimelb. Purposely cr course yg tak byk available (nanoelectronics) kat Msia at that time sbb nak increase chances to get the scholarship. Senang nak menjawab time interview. Kena ada strategi dik..

    For scholarship, rajin2 la surf kat internet. Ada bykkkk kalau pandai cari. Companies pun byk offer, ada yg bwh kerajaan negara kita nak pegi tu pun ada (australia not sure, tp jepun ada yee)..commonwealth scholarship pun ada. kena rajin check apa requirement, bila tarikh tutup etc. Put effort and be independent.

    Good luck! Semoga dipermudahkan, insya Allah. :)

    • good luck ye! btw, pandai pandai bajet timing masa nak apply for uni n scholarship, sbb selalunya apply for uni kena ada result IELTS. Dan result IELTS ni pulak valid utk 2 years je, kalau terlepas 2 tahun kena ambil balik exam IELTS tu..

  2. 1. survey dan mohon univ. usahakan utk dpt surat tawaran (biasanya univ bagi tawaran bersyarat)

    2. apply biasiswa. biasanya peluang lebih cerah kalau dah ada tawaran dari univ

    3. boleh jugak try survey negara2 yg mana pendidikan tinggi mereka adalah percuma. misalnya germany, finland.

    4. sumber utk mohon biasiswa: mara, yayasan pelajaran negeri, jpa (check web http://www.jpa.gov.my – selalunya ada diiklankan jugak utk tawaran biasiswa bukan penjawat awam), syarikat multinasional (petronas, shell etc)

    semoga berjaya ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *