Hi semua. Banyaknya cerita pasal raya, tanggungjawab, kemas rumah, dan masalah keluarga ek. Aku bersyukur jumpa page ni sebab aku tak rasa keseorangan. Terima kasih kepada yang confess dan para commenters yang baik hati semua.
Tapi soalan aku ni takde kaitan dengan masalah ni.. soalan aku simple je. Haha.. tadi tu melalut je. Sorry. Hikhik.
Persoalan pertama:
Aku tak tahu nama penyakit ni apa mula2.. dulu aku suspek maybe athlete's foot kot.. tapi bila tanya doktor dia kata bukan.. ni allergy ni.. aku pun google punya google.. nah, fingertip eczema! Aku rasa betulla kot.. sebab ghomannye dan simptomnye sama aje macam kat medical websites.. huhu.. aku mula dapat penyakit ni dulu.. masa duk plkn.. lanrai dia konkrit.. 64 hari duk plkn, hujung2 tu tapak kaki aku mengelupas.. dia bukan mengelupas macam salin kulit tu.. ni dia berkuping2 dan tebal2.. lepas aku balik rumah.. dia ok.. tapi lepas setahun centu, masa aku belajar asasi.. dia datang balik.. aduhh.. sampai luka2 beb. Sakit beb. Kulit menipis gila2 sampai luka jadinya. Lepas tu, bila cuti sem aku duk rumah, dia elok semula.. tapi malangnya bila naik sem, dia datang balik.. kali ni dia tak sembuh2.. cuma berkurang je.. la ni dah 5 tahun aku ngidap penyakit ni.. paling teruk, dia naik sampai ke jari tangan pulak.. habis hilang cap kari aku semua.. bila dah naik ke tangan ni, aku na buat kerja pun susah.. kulit jadi nipis, jadi kalau aku mengelap, mengangkat perabot2 semua. Tangan aku akan jadi sakit sangat weii.. tapi aku tahan je jugak.. aku dah try u-closone, econazine, sebamed.. tapi tak berapa berkesan.. sampailah aku jumpa betnesone-g cream.. terkawal jugak lah eczema aku ni.. dah mula dapat balik cap jari tanga semua.. cuma dia tak sembuh sepenuhnya.. bila tinggal, dia jadi teruk balik… hmm… lagi satu.. dia ni adik beradik steroid jugak macam u-closone.. nanti kulit aku menipis jugak lama2.. so nak mintak pendapat korang kalau ada cara lain nak sembuhkan terus fingertip eczema ni.. aku dah tak tahann.. T.T
Persoalan ke-2:
Oke ini pasal feeling la. Hahaha.. memandangkan background family aku banyak pakcik2 n bapak aku sendiri yang berDNA gatal.. rumahtangga diganggu orang ke-3.. aku hilang kepercayaan terhadap institusi perkahwinan.. details nya tak perlu cerita lah, kang aku tangkap leleh pulak pagi2 buta ni tak pasal2 org ingat bukan manusia kang.. haha.. tapi aku kadang2 teringin jugak nak kahwin.. cuma bila feelings tu datang, aku tepis jauh2. Sebab takut benda sama jadi kat aku. Yelah, wanita dah tua2 mestilah nak bersama ngan suami menikmati sisa usia yang berbaku selepas berpenat lelah membesarkan anak puluhan tahun.. tup2, bapak2 ni menggatal pulak ngan betina lain, pastu buang isteri anak2 macam sampah. Soalan aku, macam mana nak tahu kaau lelaki tu betul2 sukakan kita?Aku ada la macam sikit feeling kat sorang mamat ni.. aku pulak niat kalau aku jumpa someone yang aku rasa ada visi yang sama dalam mendidik anak and ngam ngan aku, aku sendiri nak pinang lelaki tu.. tapi tulah, aku tak bersedia lagi.. sebelum aku buat apa2, aku nak tahu gak cemana ek perangai lelaki ni kalau dia sukakan seseorang perempuan? Mamat ni kawan aku, dia baik la, pandai ngaji, cuma kadang2 tu subuh dia terlajak la bila dia iman tgh futur. Diani budak biasa je.. takdelah terlibat ngan tabligh ke.. dakwah tarbiyah ke apa.. Cumanya yang aku suka pasal mamat ni, dia ni selalu risau pasal iman dia.. aku pulak jadi ustazah kadang2 pot pet pot pet kat dia. Aku rasa sebab dia ingat aku ni muslimah sangat kot. Haha.. kadang2 tu adala dia gurau2 kenen2kan aku ngan mamat lain.. tapi aku terang2 je cakap taknak! Hahah.. adala sekali tu aku gurau2 cakap aku lagi rela ngan dia.. pastu dia gurau2 gak kata dia femes nak cari pompuan arab je hahah.. sengal.. so aku nak tanya pendapat korang la apa petanda kalau abam2 ni jatuh cinta.. mak aku pesan, nak kahwin cari lelaki yang sangat sayangkan kita, bukan kita yang terlebih sayang dia.. haa.. centulah..
Simple tak soalan aku? Hahah.. kau korang nak lebih info boleh tanya kat komen.. nanti aku kumpul and buat sambunga ke-2 plak. Hahah..
So sebelum aku tidur, ni nak recap nih. Soalan aku:
1. Ada tak cara nak sembuhkan fingertip eczema?
2. Cemana nak tahu kalau lelaki tu sukakan kita?
Simple tak soalan aku? Simple kan.. hahaha.. oke gudnight korang semua.. harapnya soaan aku ni terjawab la ya.. huhu…mekacih.. chioww~~
– Archer
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit