Pelik juga lelaki malaysia ni. Bila ramai perempuan buat luahan tak puas hati yg diorg kena buat kerja rumah scr berlebihan hanya krn diorg perempuan, lelaki2 yg insecure ni fikir kita ni nak hak samarata plak. Kalau ye pon nak hak samarata pon apasalahnya kan, tapi itu bukan isu. Yg jadi isu bila budaya melayu ataupon budaya asia terlalu sgt bergantung pada perempuan bila berkaitan hal kerja rumah, means apa2 yg kt rumah tu dh jadi kerja diorg. Alasan? Sbb diorg dah cari nafkah. Wahai orang lelaki yg claim diri mereka lebih rasional dari perempuan yg konon lebeh emotional, take note skrang.
Walaupun anda semua scr keseluruhannya breadwinner dlm family, itu tak boleh dijadikan alasan utk bermalas-malasan dirumah. bukanlah nak suruh korang buat kerja rumah smua skali, bini plak pegi cari nafkah. Tapi cuba tlong kaum perempuan yg ditakdirkn jd surirumah ni dgn kemampuan anda. Tlong tu bukan tlong semua skali tapi skadar meringankan beban, sebab kalo semua skali..sapa plak nak jadi pencari nafkah..kan? kalau anda seorg anak, tlonglah ringankan beban mak. Kalau seorg adik, tlonglah kakak..kalau seorg suami, tolong si isteri. Utk yg bujang, kalau reti basuh dan gosok baju sendiri, apasalahnya buat sendiri kan. Kalau rasa tak mampu sgt buat kerja rumah mcm org perempuan, buat yg sndiri pon cukup. At least, takdelah nampak mcm baby sgt. Yg dah berbini, kalau tak mampu nak buat semua, sikit2 pon okay. Kalau bini dah buat semua kerja rumah sepanjang hari, balik tu si suami hanya complete kan benda yg tak sudah lagi je. Mudah kan? Itu orang panggil kerjasama.
Mende ni kena ada common sense je. Lagipon aku penat tengok perbahasan orang2 barat tuduh orang Islam ni macam2 hanya kerana muslim ni terikat dgn budaya dan adat bangsa diorg, jadikan perempuan sbg hamba rumahtangga. Walhal, nabi kita adalah penolong terbaik utk isteri2 baginda. Kenapa kita ikut budaya sedangkn yg sunnah ada.
Perempuan malas? Bila tengok banyak sgt confession pasal lelaki dalam rumah diorg malas nak buat keje…lelaki2 insecure ni timbulkan plak soal perempuan pon malas. Okay let me clear this one thing, sebab nak fokus masalah sebenar. Skarang ni, malas tak kenal gender. Memang ramai perempuan malas. Tak nafikan. Sy pon memang ada hari sy malas, sy taknak buat keje lansung. Tapi perempuan kalau diorg malas buat kerja rumah, ianya perkara yg memalukan dan mengaibka dlm masyarakat, siapa saja yg tak mengata. Tapi kalau lelaki yg tak pernah buat kerja rumah, adalah sesuatu yang NORMAL dalam masyarakat kita.
Mende ni yg kita nak ubah dalam masyarakat. Biar jadi satu perkara normal lelaki tolong kaum perempuan buat kerja rumah. And both lelaki dan perempuan perlu tahu buat kerja rumah sebab ianya asas kehidupan. Jangan nanti bila takde orang perempuan baru tahu nak buat kerja rumah. Bila duk rumah bujang sensorang, baru nak pandai. Ditujukan juga pada perempuan yg malas. Bila dah kawen baru nak belajar. Walhal itu adalah asas kehidupan.
Harapnya masyarakat tak berpersepsi yg perempuan perlu buat itu dan ini hanya kerana dia dilahirkan sbg perempuan. Perempuan juga manusia, ada hak ke atas dirinya.
– Im not a feminist
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Malas ni bukan salah GENDER, tapi salah DIDIKAN. kalau wanita sekalipun, tetapi tidak dididik dari kecil untuk buat kerja rumah, dia akan jadi malas jugak. sebelum ni ramai ja perempuan kat sini dok confess housemate masing masing kemain pemalas. itu tandanya perempuan juga ada yang pemalas buat kerja rumah.