Ipta dan ipts

Assalamualaikum, terima kasih terima confession saya.

Tajuk saya ipta dan ipts.
Saya bukan pelajar ipta dan ye bukan uia. Saya belajar di sebuah kolej swasta di Malaysia ni. Saya kadang-kadang rasa sedih kenapa pemikiran beberapa manusia di atas bumi ni berfikir bahawa study di ipts ialah second choice. Dan siapa study ipts tu means "tak berapa pandai" ((saya dah mention beberapa manusia yg berfikiran sebegini, tak semua)) .

Okay, so ramai yang berfikiran begitu dan siapa dapat study ipta semua yang bagus. Even kadang2 bila ditanya study mana dn bila jawab di ipts. Mesti ditanya balik, "tak dapat masuk ipta ke?". Untuk pengetahuan beberapa manusia, ipts ni bukan second choice, Allah's plan. Dan bukan result teruk ke apa. Alhamdulillah result saya tak la cemerlang tapi, Alhamdulillah baik. Saya pilih masuk ipts bukan sebab tak dpt masuk ipta tetapi saya yang pilih. Dan paling saya bersyukur, ipts yang saya belajar sekarang environment dia ya Allah sangat la baik. Dunia dan akhirat diimbangkan, tidak hanya akademik semata-mata. Students semua diajar untuk mematuhi syariat islam dan bukan blh buat apa sahaja. Maksud saya mmg ipts saya fokus bab agama sepenuhnya. Alhamdulillah saya suka belajar di sini. Dan bila saya tgk kawan-kawan yang belajar di ipta atau di mana2 uni, persekitaran dia sangat berbeza. Okay saya bukan nak puji tmpt belajar saya atau kutuk ipta. Di mana kita belajar, tak kisah asalkan niat untuk menuntut ilmu kerana Allah.

So jangan pandang rendah dekat siapa yang belajar di ipts, kami bukan "bodoh" dan awak pun bukan "pandai". You need to be open minded. Mungkin beberapa manusia yg belajar di ipts faham apa yg saya nak sampai kan.

Selamat hari raya maaf zahir dan batin.

– Mrs N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Aku pulak masuk ipta biasa-biasa ni terasa bagai langit dan bumi dgn ipta yang top-top macam ukm, um, usm hahaha. So sebenarnya benda tu takde hal pun. Ko je yg overthinking ni

  2. Sebenarnya x kisah lah org nak kata apa, mmg manusia camtu. Masuk top ipta pun kena kata juga kalau ambik course yg biasa2. Dapat course hebat pun ada je org nak cari benda nak komen. Kalau nak letak kebahagiaan kat mulut orang, sampai bila pun x happy. So teruskan usaha, belajar dgn rajin nanti dah grad boleh cari kerja yg sesuai. Jgn jadi lemah, mudah kalah dgn mulut orang. Good luck and best wishes to you.

  3. That’s true. Kadang manusia ni sibuk mencari dan memandang siapa yang lebih pandai, lebih bagus dan sebagainya. Sedang dia tak tahu, bahawa manusia boleh berjaya dimana-mana tempat yang diingininya, mengikut telunjuk dari Allah semestinya! We choose to being a successful person but we absolutely no ideas where and when it could be. So come on, buanglah sikap prejudis tu. Makin ‘sampah’ jadinya! Kita pergilah ke mana-mana sekalipun, as long tujuan kita baik, baiklah pengakhirannya, In Shaa Allah! ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *