Adik saya berkahwin dengan orang yang tua daripadanya, 14 tahun macam tu.
Kami fikir, Insya Allah, bolehlah suaminya membimbing dia kerana kematangan umur dan adik ketika itu masih muda serta perlu belajar banyak benda, terutamanya melayari kehidupan berumah tangga dan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Selesai sahaja majlis nikah dan bersanding pada sebelah malam, adik dan suami pulang ke rumah suami esok paginya selepas bersarapan.
Mak dan Ayah terkejut sebab menyangkakan mereka akan tinggal lama sedikit sebelum adik dibawa pergi.
Alasan yang diberi suami adik, kena jaga Nenek dia yang sakit dan ibunya yang tidak kuat kaki.
Suaminya pula tiada adik-beradik yang lain.
Mak dan Ayah terpaksa melepaskan adik pergi.
Walaupun rumah suaminya lebih kurang 30 minit perjalanan, adik dan suaminya langsung tidak datang menziarah kami selepas itu.
Bayangkan, kami jumpa mereka waktu Raya sahaja, itupun untuk beberapa jam.
Alasan, Nenek dia sakit dan ibu tak kuat kaki.
Ok, takpe.
Kami cuba memahami situasi adik kerana mereka bertugas memandikan dan memberikan Nenek makan sebab dia betul-betul uzur.
Ibu kepada suaminya pula memang sakit kaki dan tak boleh berjalan.
Alhamdulillah, 2 tahun selepas berkahwin dan selepas 2 kali keguguran, adik dikurniakan seorang anak.
Mak meminta izin suaminya untuk menjaga adik ketika dalam pantang dan bagi cukup 44 hari.
Malangnya, baru seminggu adik di sini, suaminya sudah bertanya bila nak balik dan ibu suaminya juga mula buka mulut, cakap "Mana ada orang pantang lama-lama dan tinggalkan suami lama-lama. Tak sayang kat suami ke?"
Allah. Sedih betul dengar.
Mak nangis kerana suami adik minta adik pulang.
Sekali lagi, Mak dan Ayah terpaksa melepaskan adik pulang ke pangkuan suaminya.
Kalau adik pulang, memang dia akan kena buat kerja rumah dan memasak, sambil belajar untuk menjaga anak yang baru lahir.
Beberapa bulan kemudian, kami dapat tahu suaminya tidak bekerja.
Suaminya mula mesej adik-beradik kami untuk meminta wang.
Alasan diberi, nak belikan susu dan lampin untuk anak.
Kami cuba beri mana yang mampu.
Mak menghulurkan duit selama mana suaminya minta dan tidak bekerja dan bila dikira semula, jumlahnya turut mencapai RMxx xxx!!!!
Kami adik-beradik tidak pernah pinjam duit Mak.
Tidak!
Tetapi adik ipar saya ni boleh pula pinjam duit dengan selamba tanpa membayar balik pun.
Ok, takpe, kami masih lagi bersangka baik.
Yalah, rezeki masing-masing dan kita tidak tahu masa depan kita macam mana.
Selama adik ipar saya tidak bekerja, ibu mertua adik sering menuduh adik membawa malang kepada keluarganya, sebab adik gugur 2 kali dan suaminya tidak dapat cari kerja.
Kami sekeluarga sepakat membantu adik.
Setiap bulan, Mak dan Ayah akan belikan barang-barang dapur, kelengkapan mandi, susu dan lampin bayi, makanan etc untuk dihantar ke rumah adik.
Setiap bulan Mak dan Ayah tak pernah miss dan jumlahnya ada dalam RMxxx.
Ibu mertua adik? Sering merungut, kononnya jenama yang Mak dan Ayah beli tak bagus.
Allah. Mak dan Ayah sabar sahaja.
Kami terpaksa akur yang adik tidak dapat ziarah keluarga kami kerana suaminya mungkin ada masalah kewangan kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Jadi, Mak dan Ayah usahakan untuk mengambil adik dan anaknya pulang ke rumah untuk 2-3 hari dan meminta izin suaminya.
Mak kata, nak buat setiap bulan, bolehlah dia melepaskan rindu dengan anak dan cucu.
Itupun ibu mertuanya bising jugak. Cakap lama adik balik sini. Takde sesiapa nak masak kat sana.
Padahal sebelum adik ke sini, dia akan siapkan makanan untuk 2-3 hari dan mereka cuma perlu masak nasi serta panaskan lauk sahaja.
Ibu mertua adik turut menuduh Mak hendak putuskan kasih kerana membawa cucu dia pergi selama beberapa hari.
Impian Mak untuk tengok adik dan cucunya setiap bulan tidak kesampaian.
Seperti biasa, mereka akan ke sini masa Raya sahaja, untuk beberapa jam.
Sepanjang 7 tahun perkahwinan mereka, ibu mertua selalu mengatakan adik saya tidak pandai masak (walaupun adik saya yang masak di rumah itu dan mereka akan makan apa yang dia masak) serta menuduh adik saya malas mengemas rumah (walaupun adik saya setiap hari menyapu serta mengemop lantai dan membasuh bilik air).
Dia juga menuduh adik saya kuat makan, walhal adik saya makan sedikit sahaja dan dia teramat-amat kurus serta selalu nampak lemah dan lesu sahaja.
Kadang-kadang adik ada telefon Mak, walaupun dia tak cakap banyak tapi dia nangis di telefon.
Kini, walaupun suaminya sudah dapat kerja tetap, mereka masih lagi tidak selalu balik sini.
Mak dan Ayah masih membelikan mereka susu dan lampin kerana baru-baru ni, suami adik kata kat Mak, sudah tak perlu belikan barang-barang dapur etc.
Adik sudah ada 2 orang anak sekarang.
Adik masih kurus dan selalu penat.
Boleh nampak, adik yang uruskan anak-anak dia, suaminya melekat dengan handphone.
Buat apa?
Saya tengok dia layan FB atau video sahaja.
Sedih sangat.
Kami terpaksa akur dengan perjalanan hidup adik yang sebegini.
Adik yang dibesarkan oleh Mak dan Ayah dengan penuh kasih sayang, dijadikan orang gaji di rumah mereka.
Bukan itu sahaja, untung betul suaminya kerana Mak dan Ayah sanggup memberikan bantuan kewangan selama bertahun – tahun.
Adakah dia berterima kasih?
Hanya di mulut.
Mak dan Ayah tidak tuntut pun hutang, mereka cuma nak tengok anak dan cucu-cucu mereka sahaja.
Kalau susah sangat nak hantar ke sini, Mak dan Ayah dah cakap, diaorang boleh je pergi amik dan hantar balik.
Adakah ianya permintaan yang sukar dan sangat membebankan?
Adakah permintaan Mak dan Ayah yang satu ini melampau?
Takpelah.
Buat lah apa yang awak nak buat, wahai adik ipar.
Jika ini ketentuan Allah SWT, kami redha dan mendoakan keluarga anda dimurahkan rezeki dan Allah permudahkan segala urusan, Insya Allah.
– -Kakak Redha-
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Mmm adik ko bt ape xkn nk kena tindas jer. Klu dia berambus pn mak ayah ko still blh tgg kn. Ape guna dok tgg bewak hidup dgn org yg xreti bersyukur tu. Blh move on tp klu dh syg buta tuli cmtu pyh la nk nsht.
Setuju. Tak berbaloi hidup menanggung biawak hidup macam tu.. Life is too precious for that
Dr crita si kakak ni mmg mak pak dia mampu tgg ank cucu..
tu la kn..baik sggh la si adik ni..rela j diri dperlakukan mcm hamba…kita yg mmbaca ni naik geram plop..
Klu sy…sy suh adik sy bercerai ja dgn org laki mcm tu…
ntahnye.. ni dh layak tuntut cerai di mahkamah dh ni.. kalau dia adik aku mmg aku tapau dh husband dia..
Mungkin dia sayangkan suami dia, kita takkan mungkin faham hati dia
Aku tak akan jadi kakak yang redha kalau adik aku jadi macam tu.
-Kakak Redha- kan?
Sakit hati aku ngan kakak n adik yg redha tk btempat ni……
Ni bkn adk jek baik, satu famili baik sungguh ni. Kalo x, xkn famili laki tu brani buat mcm2 selama bertahun2.
bila terlalu baik plak jd mcm ni. hadoi dunia2
Kesian..boleh bertindak sekarang,sampai bila nak hidup dan ditindas..
BUAT LAH APA YANG AWAK NAK BUAT , WAHAI ADIK IPAR .
tetiba KAKAK REDHA
woii orang redha bilaa dah usaha .. kau usaha apa ?? ada kau tegur nasihat adik ipar kau tu ?? kau pun senyap je jadi tunggul .. seronok ehh tengok adik kau orang buat jadi hamba macam tu ..
kakak dia senang je ckp redha sbb bukan dia yg kna jadi kuli….. selamatkan la adik tu….lama2 bileh rosak psikologi dia…dah jadi kuli..diburuk2kan pulak…haih…redha sgtlaaaa kakak oi..!’
Tau tkpe..dorg tkpe la tgk dr jauh je..dh la adik tu dikahwinkan..pastu kna hadap mak mertua dan suami yg mcm dajal..x rsa bsalah ke?tlg la buat apa2 yg boleh mbantu adiknya tu..bkn takat tlg beli brg dapur je..tp tlg slamatkan adiknya tu..ya allah klu jd kt adik aku mmg mampus adik ipar tu aku kerjakan ???
Norma Nma
Kalau aku jadi adik dia, mungkin dah angkat kaki.
Boleh mintak fasakh ke kalau situasi mcm ni?
blh rsenya, nafkah xbg ckp, spatutnya klu ank laki xmampu, dh jatuh pd tgjwn wali (family belah laki) bkn family belah pmpn.. biasa la akhir zaman ni semua dh terbalik huhu
boleh.
Boleh.jika berjaya buktikan suami gagal bg nafkah 4 bln berturut2
Insan Senyum
Kesian kt adek.
Amirah Rasid
Ckp mmg sng sbb xduduk tmpt dia..huhu
Len kali sblom adik ko nak kawen.. Tanya bakal laki tu jaga solat x? Klu solat pon payah nak jaga camna nak jaga anak org.. Hmmm
tak patut memang x patut..klu saya lah,dah lama saya blah drp rumah neraka cmtu..baik duk ngn mak ayh kite lagi bagus!sanggup minta cerai
Sampai bila nak redhaaaa jee. Huhuhu
ini la sebab kawen cuma nak jadikan hamba dok buat smua keje umah. kalau upah org gaji kena bayar, jd isteri x payah bayar.. senang betul jadi lelaki. dah nak kawen tu pandai2 la tanggungjawab.
Ternyata suami di atas adalah suami yg dayus bangang abadi lg mnyusahkan manusia di muka bumi. Mohon mati kena langgar lori dan bisu mulutnya. Aduii panah tol hati aku..
family dia pun mcm dah set dalam kepala otak yg kalau anak dia kawen, bini semua kena jaga jd mcm kuli. grrrr
Ahmad Nur stalk lettew. hahaha
Hahaha, stalker sejati
sejati ???? Ahmad Nur
Dalam situasi tertentu isteri di bolehkan untuk meminta fasakh . Bila mana si suami gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Bagaimana pun adalah lebih baik untuk berbincang dengan suami secara hikmah.jika tiada penyelesaian berbincang dgn kedua-dua keluarga. Dan tidak berhasil,rujuklah kepada pihak berwajib. Untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Wan Yasser
Well aq nak je suruh kau usulkan cerai dekat adik kau…tetapi tu just personal opinion
Woo….kalu adikku…..siapler ….
Mohon rujuk pejabat agama & penasihat undang2 syariah.
Yang redha tu kakaknya. Adiknya dok menangis berendam air mata hari-hari. Lama-lama adik kau depression…sakit jiwa dia nanti. Kau tak kesian ke tengok adik kau kurus , sakit, penat. Kalau adik ipar aku buat macam tu , takdenya aku nak redha. Melainkan kalau adik aku sendiri yang cakap, takpela kak, adik redha kena macam ni sebab syurga adik kat bawah kaki suami dayus ni. Blergh.
Kakak yg redha akan adik diperlakukan sebegitu dh jadi kakak durjana.. Klau tak redha, dh lama kakak tu take action dan ambil tindakan yg sewajarnya.. Ermm takpelah, biarlaa kepala adikku dipijak2 oleh org yg tak berhati perot. Ape bleh buat kan? Mmg durjana laa taraf kakak sebegitu.. Ggrrr…
ak pnyai 2 org adk pmpn,,nk xnk,siapa y nk adk ak,ak sndri y intrview dorag,dorg xskew,pg mampus,xkn sewenag2 ny ak lpaskn adk2 ak dgn org2 y bru kenal 2@3 Tahun.,@Pn bbrape blan,skali menits air mta adk ak,ak sgup buat ap sj untk adk ak…
Redha ibu bapa juga salah satu kebahagiaan rumah tangga
Isshh pasaipa nk redha ja..klu saya jadi makpak adik bradik awak..mmg dh lama pisahkn depa…ada laki tp x qeti mensyukuri bini bt pa..dk jadi pecacai depa bt pa..patut tua lmbt kawin..ini la sbbnya
Kesian…nasi dh jadi bubur…klu dh terseksa tu…baik hidup menyendiri….lagi baik…
Biasanya perempuan dianiaya kerana dia redha diperlakukan begitu. Kenapa? Adakah dgn meredhai diri dianiaya begitu anda boleh mendapat kebahagiaan sejati. Kita redha melakukan apa sahaja jika kita dihargai dan disayangi dgn ikhlas. Jika dah terang2 diri dipergunakan, bertindaklah. Jgn lah memperbodohkan diri umtuk lelaki bodoh dan keluarganya yg tak kenang budi tu.
adik awak tertekan tahu tak , sebagai kakak suggest pilihan dan cara untuk dia keluar dari kesempitan , bukan jadi pemusnah tapi demi kebahagiaan adik awak.jangan biar dia terus terusan dalam keadaan sebegitu.hidup dengan mertua tak sebulu, suami zalim..takde perempuan yang sanggup tahu tak.
Sudah sudahlah tu menanggung orang yang tak berusaha dan tak bersyukur. Selamatkanlah adik tu. Kesian.
Haha ko mmg suka komen menda2 cmni eh nab
Hahahhahahahhaha hobi baru
selalunya aku keisan/happy baca confession ni. tp arini aku maah plak. redha tu ade syaratnya sis. korang ni memang nak redha je ek? redha redha redha… ni bkn islam,ni melayu lembik.nak kata bodoh, memang pon. kbai.
Kannnnnnn. Ba wau dal wau ha
Cahya Cahaya aku nye marah smpai typo bertingkat2. baru perasan.?
Btol tu. Rase marah pulak dibuatnya. Dh bleh digelar kakak durjana klau tahap dia redha tu tak kena pd tempatnya.
Tak payah nak redha sangat, better angkat beg berambus dari rumah tu…tak berbaloi langsung..
Boleh tak sapa2 tolong selamatkn adik dia ni?ni bukab redha dah ni..ni tgk dan pasrah je ni.usahakanlah sesuatu..kesian adik dia ni…adduuhaiii
Kenapa ada org yang sanggup berlaku kejam terhadap org lain? sbb ada org lain yg sanggup diperlakukan demikian. life is about a choise. kalau boleh terima. seadanya,. itu adalah kebahagian kamu mengikut definasi kamu. mungkin x beh nak. compare definasi kebahagian org lain kalo definasi bahagianya orh lain itu adalah pergi shopping suami tanggung, pergi vacation oversea every year dan dpt hadiah each and every anniversary
Kalau suaminya nak bersenang sangat.suruh cerai je..kahwin pun tak bagi kebaikan buat apa
Tetapi, cuba berbincang dulu.jangan melulu.mungkin boleh setel cara baik
diya
hmm.. dah ckp terus ckp dgn ipar tu ke belum..
Diyana Majelan
Maizatul Farhana
Mcm ni pun ada eh
kisah btl ker?
sedih btl kisah dye…
Ingat kmatangan ukur guna umur ke?
Bagi yang belum berkahwin,Sblum kawen kena siasat dulu keluarga org lelaki tu macam mana..kalo lelaki tu x mampu membuatkan pondok utk berdikari hidup sendiri baik xyah kawen..hidup jd anak dara tua lg bagus drpd jd babu.
Nursuhaiza Hashim Suhaida Hashim
takkan nak redha ja? do something!
Sebagai kakak cubalah fahami adik tu. Mungkin dia x dapat buat keputusan. Tak tau apa perlu dibuat. Mmg redha. Mcm sedap bunyinya. Tapi cuba duduk di tempat adik tu. Mampu tak nk redha?
Kesiannyaa… Mimie Suhana
ya Allah… xkan nk biar je adk awk… do something to help her… she really needs your help…
Kalau dia adik aku, dah aku tarik tangan bawa lari
Mungkin aku terlalu over. Tapi kalo pempuan tu adik aku, aku bawak balik rumah, anak2 dia pun aku bawak balik jugak. Aku cakap kat adik ipar aku, see u in court. Pfft.
Betul2. Tp plg penting adk dia kna bg kerjasama la kn. Jgn adk dia kata xsmpai hati pulak. tu yg ssh tu. Apa pn xbole buat.
Macam mana nak mengenalpasti lelaki spesis BIAWAK sebelum kita kawin dengan dia eh? Selalu lepas kawin beberapa ketika baru tau, “oooo biawak rupanya laki aku niii.”
mase tgh boyfren gurlfwen tu cube tgk die selalu x minta kite belikan …minta belanja…kalau yer….tu la spisis biawak mintak di rejam
Awak yang redha. Adik awak? Kalau awak tak kesiankan adik awak, tolong kesian kan anak2 buah awak. Adik awak boleh jadi sakit jiwa. Tidak mustahil.
Suami adik die, mak mertua die sangat jahat. Xde hati perut. Xde perikemanusiaan. Sgt kejam. Penuh sifat mazmumah. Ok bai..itu sahaja komen aku..
Aku setuju . Tak padan ngan sakit . Hati busuk plk tu . Haishhh
Tak boleh redha je, tak boleh. Boleh bodoh sekali tp kalau banyak kali itu bukan silap tp pilih. Tolong la berambus je, aku baca pun rasa nak flip table. Please la, x adil langsung. She should stand up for her self. Please please help her.
Btl.sila bangun n pertahan diri.jgn nak redho je.aku paling mnyampah bila mana bini ko susah payah urus anak nak2 anak ramai ko boleh tgk je. terkangkang layan hp.
Kalau baca mmg laki tu kawen sbb nak jadikan org gaji. Kesian betul budak tu, mesti tekanan, time pantang pun x bolwh rehat melampau betul