Simpan Duit

TIPS MENGURUSKAN DUIT IKUT CARA SUKA HATI LAH:

1)TETAPKAN BELANJA DALAM SEHARI.
Bagi saya, ini yang paling penting. Kena ada nilai fix yang kita tetapkan supaya kita tak berbelanja berlebihan dalam sehari.

Contoh, kita dapat biasiswa ke pinjaman ke ape2 je, sebulan rm300, so 300 tu bahagi 30 hari dalam sebulan.
So, dalam rm10 sehari. Jadii, belanja tak boleh lebih rm10.

Anddddd…kalau ada baki, simpan dalam bekas or tabung(saya biasa buat masa dekat asasi, hujung bulan dapatla dalam rm50++ hasil simpanan)

2) JANGAN IKUT NAFSU!

Waffle, roti canai, yong tau foo, bubur nasi keropok lekor huwarghh memang kalau diikut nafsu makan, sampai berpuluh-puluh ringgit boleh habis sehari.

So, yang ni kena disiplinn sangat-sangat. Heheh. Ramai yang terkejut bila saya cakap saya cuma belanja rm 5 sehari masa asasi dlu.

Yup. It's true. Entahlah. Bukan tak ada duit nak makan, cuma saya memang dari dulu tak berapa suka makan..tanya mak saya betapa susahnya nak suruh saya makan..(sbb saya lagi suka tido!).

So saya makan sarapan rm2,
And makan tengah hari rm3, nasi dan ayam seketul.
Malam kalau lapar saya makan biskut.

Tapi saya rasa kalau paling banyak pun rm10 sehari kita belanja kan.

3) JANGAN IKUT ORANG!

Kengkadang tengok kawan kawan gaya hidup mewah sangat, beli iphone latest, beli itu ini,sampai kadang kadang rasa teringin nak pakai baju mahal macam tu, nak beli kasut mcm ni, nak beli shawl blababla nak makan KFC hari-hari

Tapi ingatkan balik diri sndiri, berbelanja ikut kemampuan!
Macam apa org kata,

Kalau ada rm500,
It is better buying rm50 bag, and have rm450 in purse rather than buying rm450 bag and have rm50 in purse. You dont go break yourself to convince people that you are rich :)

4) KURANGKAN SHOPPING.

Masa asasi dulu, ini masalah terbesar saya. Hahaha. Yelaa duk kt KL kan. Setiap minggu berjimba kat TS, Mid, name it. Kompem akan ada baju den sambar. Huwawawa.

Tapi sekrang lepas dah tahu payahnya cari duit, maka den pon kuranglah shoppingnya! Alhmdulillah!

5) INGAT ALLAH KETIKA BERBELANJA

Haha it sounds weird tapi teringat ustaz penah cakap, setiap kali kita nak beli or nak belanja duit kita untuk something, tanya diri, adakah benda ini akan berguna untuk diri, agama dan bangsa?

Kalau tidak, ianya hanyalah pembaziran!

Dan paling saya gerun bila ustaz tu cakap,
"Sedangkan setitis air yang kita bazirkan pun Allah akan tanya..inikan pula duit?"

Sebab tu hati-hati ketika berbelanja.
Dan saya ambil kesempatan ini untuk menegur diri saya sendiri sebagai seorang pemegang biasiswa,

Biasiswa ke pinjaman kee ape ape je yg kita dapat ni, ya, memang sesetengah orang claim ini duit mutlak kita, sukahatilah nak buat apa pun. Yes, memang pun.
Tapi ingatlah, semakin banyak duit yang kita dapat, semakin berat amanah yang kita tanggung kat akhirat nanti.

Semoga nanti, bila Allah tanya ke mana kita belanjakan duit duit itu, kita mampu memberi jawapan yang akan membuat Dia redha pada kita :)

6) BANYAKKAN SEDEKAH

Pantang nampak orang susah, sedekahlah semampu mungkin. ;)

orang yang minta sedekah tu, apabila dia datang kepada kita, sebenarnya bukan dia yang diuji, tetapi kita :)

Itu sahaja buat masa ini.
Duit simpanan saya semasa asasi setahun dulu saya gunakan untuk membeli sebuah telefon baru untuk emak saya pada May 2014! Dan mak masih guna sehingga sekarang! :')

– sistaktahulah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *