Ayahku ada 3 isteri

Assalamualaikum admin.. Terima kasih sebab approve cerita saya ni. Ni saya nak share cerita pasal ayah tiri saya yang ada 3 orang isteri. Cerita ni mungkin rare sikit dan mungkin ramai yang mengalami tapi tak ramai yang akan share.. Cerita ni agak panjang but i will make it short..

Aku ada 3 orang mak, which means ayah tiri aku ada 3 orang isteri, ibu tiri aku yang pertama ada 7 orang anak (semua anak kandung ayah aku), ibu tiri yang ke 2 ada 5 orang anak (2 anak tiri 3 anak kandung ayah aku), dan yang ke 3 ibu kandung aku sendiri ada 3 orang anak (semua anak tiri kepada ayah aku). Ayah tiri aku selalu suruh anak2 tiri panggil dia abah supaya lebih mesra.

Ibu2 tiri aku takde pun nak bermasam muka atau guna ilmu hitam atau bomoh2. Kami adik beradik tiri takde pun gaduh2 tak puas hati, hasut menghasut atau kutuk belakang, time raya pertama tadi semua kumpul kat rumah isteri pertama. Semua happy2 havoc2 sampai aku pun masih dapat duit raya dari adik beradik tiri yang dah kerja dan beranak pinak.

Ayah aku kahwin dengan isteri kedua dan ketiga dalam Malaysia je takde pulak nak pergi Thailand.

Aku tengok ayah aku ni seorang yang penyabar dan bertanggungjawab. Apa yang isteri2 dan anak2 nak semua ditunaikan. Isteri pertama dan isteri kedua ayah aku ada tanah dua tiga keping dan rumah banglo sebiji setiap sorang, cuma mak aku ada sekeping je tanah dan sebiji banglo, ditambah lagi pangsapuri dibandar setiap seorang dua pintu, mak aku satu pintu je itu pun mak aku tak nak. Anak2 lelaki semua dibelikan tanah dan dibuatkan rumah banglo masing2, guna duit ayah tiri aku, diulang, guna duit ayah tiri aku. Anak perempuan cuma dapat tanah je setiap sorang sebab nanti ikut suami.

Mak2 tiri aku dah pergi mekah dan umrah, pergi melancung luar negara dah banyak kali. Cumanya mak aku baru je sekali dapat pergi melancung sebab baru je 2 tahun mak aku kahwin dengan ayah tiri aku.

Ayah aku ni jenis rajin jugak buat kerja rumah, kadang2 tolong masak sarapan, potong sayur nak masak makan tengah hari, hias2 kawasan halaman rumah, tanam bunga, berkebun tanam sayur2 dalam kawasan rumah. Cuma anak2 dan menantu je yang pemalas kadang2 balik bercuti dikampung bangun sampai tengah hari, tolong masak kat dapur pun malas, memang selalu kene sembur la dengan ayah tiri aku. Selalu kene bebel "Abah dulu sekolah rendah dah kerja penat2 berjemur cari duit takde nak bangun sampai tengah hari!"

Anak2 bila nak kahwin tak kira lelaki atau perempuan ayah aku akan spend tak kurang dari 30k tak kira anak kandung atau anak tiri. Tanpa berkira.

Tapi dalam senang2 ayah aku banyak jugak dugaan sepanjang hidup dia. Bab kene rompak dah banyak kali, siap kene ikat satu family pun pernah, rumah dimasuki pencuri tak yah cakap la dah jadi kebiasaan, tapi aku pelik ayah aku ni pun satu kunci kereta dibiar dalam kereta pintu tak berkunci siap ada duit tebal2 warna merah warna biru dalam desk board. Pintu rumah mak tiri pertama aku pun mana ada berkunci siang malam macam mana la tak dimasuki pencuri. Orang pulak selalu pinjam duit dan berhutang dengan ayah aku tapi susah nak bayar. Yang pinjam pun kadang2 bukan orang susah je, orang senang dan mampu kerja pun ada jugak, yang kerja sendiri, kerja swasta, kerja kerajaan pun ada jugak, tapi punya susah nak bayar. Tapi ayah aku cakap abah halalkan je… Macam tu la ayah aku jenis tak kesah..

Aku as anak tiri tak pernah minta macam2 kat ayah tiri aku sebab aku sedar diri aku ni anak tiri je, cumanya ayah aku ada bagi sekeping tanah itu pun aku buat tak tau je. Aku tengok mak kandung aku pun as isteri ke 3 tak dapat banyak sangat macam apa yang isteri pertama dan ke 2 dapat. Mak aku pun bukan jenis meminta2, dan mak aku pesan siap2 kat ayah tiri aku bila aku kahwin nanti jangan keluar belanja banyak sangat, ala kadar je..

Masa nak raya hari tu pun semua perbelanjaan dari bahan2 nak masak, kuih raya, duit raya, baju raya semua ayah aku yang sediakan untuk setiap rumah isteri2 dia. Mak aku dah tak yah risau pasal ayam dan daging ayah aku dah siap tempah kat orang untuk dihantar ke rumah. Ayah aku tinggal datang melawat kawasan je. Siap bagi lagi setiap anak2 kandung atau anak2 tiri cucu2 dia duit perbelanjaan nak raya.

Ayah aku jenis hidup bermasyarakat, orang2 kampung, saudara mara, adik beradik isteri2 dia semua senang dengan dia. Masa ada kenduri atau majlis keramaian ayah aku join ringan tulang untuk tolong itu ini, selalu pergi masjid solat berjemaah.

Aku pernah bergurau tanya ayah tiri aku, "abah tak nak tambah lagi satu ke untuk cukupkan quota?". Ayah tiri aku cakap, "tak payah lah nak mampos dah". Dan aku pernah tanya abah ni ada jampi2 atau guna minyak pengasih ke? Jawapannya tak, cuma jaga solat, banyakkan berdoa, berzikir, jaga silaturahim dan eratkan silaturrahim je. Mula2 aku tak caya tapi lama2 aku dengar ayah aku tu pun ada kene buatan orang gak, pernah sekali dua dia pengsan masa tengah kerja tapi ayah aku jenis tak percaya bomoh2 ni, dia buat tak tau je yang dia sakit. Dia teruskan hidup dengan happy. Dan aku pernah dengar ayah aku ada keturunan diRaja tapi aku tak tau Raja apa. Majapahit atau Langkasuka.

Kesimpulan dan pengajaran yang boleh diambil dari cerita aku ni, lelaki boleh kahwin lebih dari satu atau cukupkan quota asalkan bertanggungjawab, faham agama dan amalkan. Semua kemahuan isteri2 dan kemahuan anak2 kene tunaikan.

– Anak tiri kesayangan abah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

53 Comments

    • Diorg semua trlebih cukup keperluan nafkah. Tak kira zahir atau batin. Itu yg harmoni keluarga diorg. Keperluam akhirat tak tinggal spt solat berjemaah kat masjid. Untong laa. Dunia dpat, akhirat pun dpat.

  1. Hebat ayah awak…mmg susah nk cr suami mcm ni zaman skrg ni….ni br ikut sunnah…kawen dgn wanita berstatus janda/balu n ade anak2 lg…utk dibantu dan dilindungi….bkn kerana nafsu semata2….salute!…

  2. ayah ang ternyata laki nakhoda terbaik sebab dia tadbir dengan bijaksana bukan guna nafsu menikah kerana burit.. tabik satu kali.. zaman la menikah 2 3 semua kerana burit nak bagi halal ja.. bini pandai pandai la hidup sendiri..

  3. Akk pom xpenah nk bash poligami ke apa wlpn famili akk berantakan krn kes poligami jgk..sbb tu Allah kata kalo xmampu kawen satu je..tapi ramai lelaki yg koya dan perasan mampu..ilmu agama dhla byk yg zero..kawen pom sbb nafsu..tq pd confessor..kurang2 ade spesis lelaki yg ade cite2 nk bpoligami blh buat research n tiru ckit apa yg baik dr cth terbaik dari ayah kamu tu dik..poligami ni mmg bgus terutama bg membantu dan membela nasib dan maruah ibu2 tunggal.tgk cth nabi saw laa..sorang je pom antara istri dia yg dara..yg lain seme janda..first wife pun janda..pkahwinan ni bdasarkan niat dan iman seseorg..baik niatnya..baikla jadinya nnt..

  4. Abah awak sangat2 hebat
    Beliau bukan setakat mampu dari segi harta, malah dr segi kasih sayang, perhatian dan tanggungjawab tu.
    Semoga Allah merahmati beliau dan dikurniakan rezeki sentiasa

  5. Kalu sume laki mcm bapak tiri kau, xde la bini2 nk meroyan dik non..ni laki ramai yg nk berpoligami, tp bab tanggungjawab, bab nafkah sume kelaut..btw, tahniah utk keluarga besar kau..msti happening kan raya korang..

  6. Poligami cara rasulullah… Cara hidup rasulullah..
    Xsemesti nyee kaya harta je poligami…
    Kena kaya adab akhlak rasulullah.. Hidup dalam sunnah baginda dlm poligami.. InsyaAllah.. Dimudahkan…
    Dalam sunnah ade kejayaan… Kena yakin tuh semua.. Pegang janji2 Allah…Moga Allah mudahkan urusan kite semua…

  7. Kaya macam mana pun, kalau x mampu berlaku adil jangan la kahwin. Adil dari segi harta, dan sedaya upaya bagi kasih sayang yg secukupnya… tidak menzalimi mana2 pihak.
    Terbukti ayah tiri kamu berjaya melakukannya.

  8. Alhmdulillh dpt dngr contoh poligami yg rukun damai. Hrap mn yg nk khwin lebih tu…fikir dhulu kemmpuan fizikal dahulu dpt sediakn atau tidk bukn skdar kperluan batin je dpt sedia. Prblnjaan dapur, rmh mmg kwjipn suami, jgn lk tolak istri yg mnanggungnya sorang2. Kalau mcm tu…anda mmg xlayak nk brpoligami. Jgn lupa agama dijulang bukn d belakang d tunggalkn jauh. Barakallah… Tahniah cnfssr tlg ucpkn kpd mak awk n ayh tiri jua. Truskn dgn amln yg baik2 itu (jg siltrahim, tlg mnolong, brmsyrkt dll)

  9. Mcm ni barulah betul poligami, tak payah sampai ilmu agama tinggi melangit tapi yg diamalkan dlm hidup hanya sejemput.yg penting faham dan ikut al quran n sunnah juga hatinya selalu dekat dgn Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *