Kisah Orang Ketiga Dari Sisi Suami Orang

Biasa dalam confession ni, korang cuma dengar kisah dari Isteri atau paling kuat pun orang ketiga (juga wanita).

Kali ni biar aku selaku suami orang pula yang confess. Kemudian korang nilai dan komen.

Pertama sekali aku beritahu awal-awal, aku sayangkan isteri dan juga anak-anakku. Tiada terniat langsung untukku tinggalkan mereka untuk perempuan lain.

Latar belakang aku –

Aku dah berkahwin dengan usia perkahwinan dalam 15 tahun. Anak dah 5 orang. Isteri masih cantik dan baik.

Aku pula seorang yang Introvert. Sombong. Tak berkawan dengan orang. Apatah lagi dengan perempuan lain. Jika ada pun hanya hal berkaitan kerja.

Namun suatu hari, segalanya berubah. Port Dickson 2019 Kursus Rasmi Syarikat.

Di kursus ni, aku tiba-tiba rapat dengan seorang staff perempuan. Ku namakannya, Amira. Secara tiba-tiba. Aku yang asalnya Introvert, sombong tidak bergaul dengan orang bagai hilang arah.

Aku seronok bila bersama dengan beliau. Sepertinya aku berjumpa seseorang yang sangat serasi dengan diriku.

Latar belakang Amira pula –

Beliau seorang yang happy go lucky. Baik hati. Bila aku katakan baik memang beliau sangat baik. Dan juga bukan wanita yang tergedik-gedik. Kalau jenis gedik-gedik, sorry dari awal aku tak berkawan pun.

Aku yang jenis tak berbicara dengan orang lain ni tapi tiba2 sangat selesa dengan Amira. Sehingga perkara yang tak pernah aku ceritakan pada orang lain pun aku kongsi dengan beliau. Kursus 3h2m terasa sangat singkat.

Selepas tu, balik ke ofis perhubungan itu terus berkembang. Oh ya, Amira dah tahu dari awal aku adalah suami orang. Dan beliau adalah wanita bujang awal 20-an dan aku dalam lingkungan 30-an.

Setiap hari kami bermain mesej. Berjumpa di pejabat.

Namun kami tak pernah lebih-lebih. Dan kami masih menjaga batas kami lebih-lebih aku sebagai suami orang.

Hubungan kami seperti pasangan bercinta. Sangat rapat namun kami tidak pernah katakan yang kami bercinta.

Ya aku rasa aku sangat cintakan Amira. Namun aku tak pernah beritahu dia. Aku cuma katakan pada Amira, kalaulah aku bukan lelaki orang, aku ajak beliau kawin sekarang juga!

Dan aku rasakan Amira juga sayang/cinta aku tapi disebabkan status aku sebagai lelaki orang menyebabkan beliau pun memendam perasaan.

Dia pernah kata, kalau aku bukan lelaki orang mungkin dia akan pilih aku sebagai pasangan hidup.

Aku tahu. Malah Amira juga tahu. Kami sedang buat salah!

Tapi kami masih tetap buat. Aku tahu aku sedang membahayakan hubungan dengan isteri ku. Dan aku juga tahu lambat laun isteri aku akan tahu juga.

Namun aku tak sanggup tinggalkan Amira. Aku nak mesej dia. Nak berjumpa dengan dia. Nak keluar dengan dia. Kami seronok bersama.

Sekarang aku dengan Amira cuma ikut saja flow ke mana hubungan ni akan pergi. Kami tahu hubungan ni tiada masa depan. Kami juga tahu, aku tak mungkin akan tinggalkan isteri dan anak-anak untuk Amira.

Jadi sekarang bagaimana?

Entah. Aku dan Amira masih seperti biasa. Tahu salah tapi tetap juga teruskan.

Jika tanya aku, adakah aku rasa bersalah. Ya dah tentu aku rasa bersalah.

Dan bagaimana jika kantoi kelak?

Aku akan terus terang. Tiada lagi selindung. Aku tahu isteriku akan kecewa. Tapi lebih baik beliau tahu hal sebenar dari aku terus selindung.

Ape yang jadi dengan rumahtangga aku selepas itu aku tak tahu. Kalau isteri boleh maafkan mungkin kami boleh bina semula hubungan kami.

Mungkin. Kemungkinan paling teruk mungkin berpisah. Siapa tahu

Apa jadi pada aku dan Amira bila kantoi kelak?

Kami dah cakap pada masing-masing, andai jadi perkara itu kelak, kami akan pergi dari hidup masing-masing.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Anggap hubungan kami sebelum ini cuma mimpi indah. Kantoi adalah titik di mana kami terjaga dari tidur.

Apa yang aku boleh buat sekarang?

Aku sedaya upaya menjaga batas perhubungan dan juga juga sentuhan dengan Amira. Aku harap aku tidak terlepas sehingga tiada lagi jalan balik.

Dan apa yang korang boleh buat?

Entah. Kecam saja nak kecam. Atau kalau korang baik hati, doakan aku dapat balik ke jalan benar.

Itu sahaja. Maaf…

– Mr UK (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. “kalau lah aku bukan suami orang, aku dah ajak die kahwin sekarang….” ayat ni la yg suami orang bg dkt sy..situasi awk same dgn sy, cume lg rumit sy isteri org masa berkawan dgn suami orang tu..tp skrg sy dah bercerai dgn suami atas sebab tertentu.
    lepas dah kantoi suami orang ni hilangkn diri dr sy sebab katenye sy masih isteri orang..die akan cari sy lepas sy janda nanti..entah la..sakit rasanya syg pada org yg kite xmmpu miliki lgi..hurmmm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *