Bercinta 8 tahun

Salam. Aku suka baca confession kat sini. Dah lama nak luahkan tapi aku tak pandai nak bercerita. Hari ni terbukak hati nak bercerita kisah hidup aku pula.

Aku dah bercinta dengan si S selama 8 tahun. Lamakan? Selama 8 tahun macam2 dah kami lalui sama2. Masa aku mula kenal dia sangat berusaha untuk bersama dengan aku dan kerana kesungguhan dia aku jatuh hati.

Sekarang aku dah bekerja di KL, si S pula di pantai timur menguruskan bisnes kecilan.  Bukan aku tak pernah ajak S berkahwin. Terlalu kerap sampai rasa maruah aku di tapak kaki dah. Aku jadi malu dengan keluarga dan kawan2. Aku yang paling lama bercinta dan aku yang tak kawin2 lg.

Aku tahu dia meniaga kecilan dan income tak banyak. Tapi tak boleh ke kalau kau percaya je dengan janji Allah yang dia akan berikan rezeki pada setiap pasangan yang ingin/ dah berkahwin? Perancangan kawin memang kelaut. Tak pernah bincang pun.

Aku dah kerja, gaji tak besar tapi insyaallah aku boleh bantu untuk sama2 berjaya. Takde pasangan yang tak merasa susah. Kalau nak tunggu kau banyak duit dan kaya sampai bila pun kita tak kawin.

Aku cuma nak S tahu aku tak kisah pun bermula dari bawah, dari takda pape. Sebab aku percaya janji Allah. Janji kita berusaha sehabis baik. Dan aku pun dah penat nak yakinkan kau S betapa luasnya nikmat Allah tu. Sekarang aku dah berada di tahap aku dah tak kisah kau nak kawin dengan aku atau tak sebab aku tahu kat luar sana ramai lagi lelaki nak kan wanita berkerjaya dan berdikari macam aku ni.

So aku nak minta tolong reader yakinkan S dan lelaki2 kat luar sana yang takut sangat nak berkahwin sebab masalah kewangan tak stabil ni. Korang patut bersyukur yang ada lagi perempuan sanggup nak bersusah payah accept korang yang takde duit tu buat jadi laki. Ke korang nak perempuan mata duitan yang pandang korang hanya bila korang dah banyak duit?

– Lili

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

61 Comments

  1. Cm nie laaa awk… Awk jmpe dia… Tanya dia tuk kali terakhir… Ckp.. Ape sebenarnya masalah dia… Kalo sbb duit…ckp je..duit leh crik.. Tapi ikatan yg halal lagi pntg… Kalo dia ttp nk hold.. Ckup laaa 8 tahun… Jgn bazir kan masa lagi… Maaf kalo sy ajar jdi jahat… Tapi u have u own life… Kalo dia nk…dia akan usaha cpt kn… Semoga berbahagia… Doa doa doa dan trus berdoa

    • Sy sokong.. sebab dulu 5 thun sy tggu si dia. Akhirnya sy smpi jadi tawar ati n dah x rasa pape.. last sy terpaksa minta putus sebab sy da sia2kn masa muda sy tggu lama sgt. Till now..jodoh pon x smpi2… time ngn die dl 2 3 org nk masuk pinang tp x lyn.. huhu.. bazir masa cmtu jek. Tpi takpe..yakin dengan ketentuan Allah. Sy percaya Allah da susun baik2 jalan untuk kite..

    • Noor Azhilah Md Noor in syaa Allah.. Jgn lupakan berdoa… Mungkin dh ade tuk awk…cuma blm mse je lgi… Jdi skrg awk kejar cinta yg hakiki… In syaa Allah jodoh awk akn mnyusul…

  2. Ayat perenggan terakhir tu dah cukup meyakinkan, tag dia terus kat sini. Pahamlah kita ni perempuan, bila dah kenal cukup lama kita nak hubungan yang halal sebab dah terlalu lama setia kan?

  3. babe, mcm ni la… lelaki kan kalau dia nak mempunyai masa depan dia dgn anda, mcm mana susah pun dia akan usaha. tapi ini sudah 8 tahun tp masih begitu jugak?

    babe, tinggalkan sahaja lelaki itu. jgn in denial sgt bahawa dia kononnya perlukan anda.

  4. 8 tahun tu dari sekolah ke? Kalau takat bru 2-3 tahun kerja tu kasi la can kat laki tu kumpol duit. Kenkadang pompuan tahu desak nak kawen je mintak hantaran kemahen tinggi pulak

  5. Atas pengalaman…sy nasihatkn sis carik je la lelaki lain yg lebih baik…lelaki ni kalau die betol2 serius n ikhlas die x kn bertangguh2 psl kawen…8 thn tu sis…bkn sekejap…

  6. Untong laa sape dpat awak. Tapi tu laa.. Lama btol knal hati budi sampai 8 tahun? Hak si laki tu nego gapo dio tu masih tak maju2 lg? Waduhh.. Seram bunyinya..

  7. Lbih kurang ngn crite sy..skarang pun dh tawar hti..now hanya fokus untuk Mak sy adik2 sy..dn impian sy..kalo ad jodoh ad..kalo xde..Insya’allah ad yg lain..skang ni sy letakkn harapan hanya pd Allah..fokus untuk tingktkn dri jer..

  8. En S sila kawin dgn Cik Lili

    slow talk la dgn En S…kadang2 ada benda yg terbuku di hati lelaki yg dia rasa perempuan tak faham atau takkan nampak. Terutama dari segi tanggungjawab dia sbb anak lelaki ni besar tanggungjawab dia and dia ego/malu/segan utk bergantung harap pada wanita. Atau mungkin dia nampak si gadis yg belum bersedia tapi tau nak kawen jer huhu. Sungguh berat and besar tanggungjawab jadi suami ni, kalau fikir nak kawen jer dah lama aku kawen hehe.

    lagi satu jgn terlalu mengharap kepada sebuah ikatan tanpa perkahwinan. kalau u dah rasa bersedia and si dia masih belum, sila bagi kata dua and move on. live your life, hidup ini hanyalah persinggahan. wallahualam.

    kalau dah jodoh – ustaz kazim

  9. Mampu bagi makan minum, tempat tinggal walaupun rumah sewa, dan pakaian.. Itu kira layak dah kahwin,…selepas itu Allah permudahkan urusan.jangan kapel, jadi payah…ni saya dapat daripada tazkirah agama

  10. Istiqarah la. Nescaya takkan menyesal. (Pesanan ustaz saya yang atas ni).

    Yakin la. Dgn istiqarah, pemilik hati-hati kita iaitu Allah SWT akan tunjukkan jodoh yang sebenar untk kita jika bukan dirinya dan sampai masa Allah boleh tarik perasaan kita kpda yang bukan jodoh tersebut. InsyaAllah.

  11. Kalu dh 8thn kawan,tp masih beralasan mcm2 bila kita ckp psl kawin tu maknanya dia x bersungguh nk kat kita…sy ckp atas pengalaman…jgn jd cam sy,jgn bazirkn masa kamu..
    Nasihat sy,kamu selalu lah istikharah n jgn pernah stop berdoa minta petunjuk,pertolongan…

  12. ke mak bapak dia yg kisah psl pndgn org sekeliling?nk anak dia ade duit dulu? nk mjlis blh at least tmpung bratus2 org kwn mak bpak dia?xnak malu ngan jiran sblh?nk tnjuk kt member lame? haha..ntah3, aku main ckp je :D

  13. Mostly lelaki takut nak kawen bila fikir kos majlis perkahwinan yang ribu riban. Majlis sehari, kos cecah puluhan ribu. Siapa tak takut? Makanya, nak yakinkan dia, sis bincanglah, katakan padanya nak buatlah walimah simple-simple je.
    Buat kenduri kesyukuran simple2 pun dh ok. Mas kahwin ikut kemampuan dia. Lps kawen blh usaha sama-sama.

    Biar walimah biasa-biasa asalkan lepas kawen dapat hidup bahagia luar biasa.

  14. Mcm ni sis,sila diamkan diri dl n uji dia,sbnnya bile nak terima lelaki lain tbe2 pn payah juga sbb sis dh kenal lama dgn dia.. sis jgn call dia,jgn wassap or msg dia,dia call jgn angkat… bkn merajuk,cuma nak uji… kdg2 sis,bila selalu sgt perempuan ajak lelaki kawen ni dia jd semakin x nak kawen… sy cdgkn sis sila jual mahal diri anda, kalu jd semakin teruk,jd sy nasihatkan setakat itu sajalah… dia xperlukan sis dlm hdupnye…

  15. Bukan masalah duit . Tp dia tak sedia nak amik tanggungjawab . Kalau bercinta bukan dia tanggung apa2 . Kalau kawin semua atas bahu dia . So sebenarnya dia tak ready .
    Aku masa kawin laki aku baru habis belajar , baru start keje . Aku plk suri rumah . Tp boleh je dia handle . InshaaAllah . Kalau kerana Allah . ALLAH akan tolong kita .
    So pd aku S tu belum ready . Kau cari lah orang lain yg nak kawin ngan kau . Serius .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *