Assalamualaikum.. hai semua pembaca.
Kat sini aku cuma rasa terpanggil nak reply confession Mr UK (https://iiumc.com/kisah-orang-ketiga-dari-sisi-suami-orang/) yang memang banyak dah kena kecam kat komen tu. Huhu… sesaja je kau ni meminta kan?
Aku cerita sikit pasal diri aku ea. Aku seorang isteri, belum dikurniakan zuriat dan seorang isteri yang dicurangi. Hahaha.. Mungkin tak layak pon nak nasihat orang sebab aku pon kena main dengan laki sendiri kan.
Namun apa aku nak sampaikan ni berdasarkan pengalaman aku dan ada beberapa orang yang aku kenal.
Jadi, apa yang aku harapkan, ada iktibar yang boleh Mr UK dan pembaca lain ambil. Lagipon aku tak rasa boleh cerita details sangat kat platform ni. Jadi iium confession KRT berepisod plak japg. Hehe..
Sebagai seorang suami, lelaki. Ada kekosongan dalam diri kau walaupon anak dah berderet. Manusia ni kehendaknya lain-lain. So.. boleh audit balik hubungan tu.
– Pernah heart to heart session dengan bini?
– Pernah cerita kat dia tak apa yang kau nak?
– Pernah cerita tak apa yang kau suka dan tak suka?
– Kau kenal tak bahasa cinta kau?
– Ada trauma ke sepanjang hubungan?
– Ada tak isu antara korang laki bini yang tak settle lagi tapi buat tak tau je?
– Amanah Tuhan sebagai suami, dah cukup semua? Makan, pakai, bimbingan agama, zahir dan batin.
– Ada tak sekelumit rasa syukur sebab kau ada bini dan anak-anak?
Eh banyak aku nak list. Dan heart to heart session tu perlu sangat dlm hubungan rumahtangga. Bini kau bukan ahlil nujum. Boleh baca isi hati kalau kau tak cerita betul-betul. Kau pon sama. Bini kau tak luah, apa je kau tau pasal dia?
Tu baru sikit.. Kahwin 15 20 30 tahun bukan jaminan kau kenal sepenuh hati budi pasangan. Ramai je dah berumur pon bercerai. Tu semua sebab kehendak tak dipenuhi. Baik suami atau isteri. Sebab kita semua manusia.
Mr UK, aku tau aku tak leh menilai apa-apa berdasarkan short story kau. Mungkin bini kau ada kekurangannya.
Tapi tu bukan lesen kau boleh terbuka hati pulak kat orang lain. Tu salah satu kerja setan lah. Diorang dah berjaya. Kita sebagai makhluk paling hebat ciptaan Tuhan ni, buat apa?
Dan secara jujurnya pendapat aku sebagai isteri, aku boleh benarkan laki aku kahwin lain…… tapi confirm bersyaratlah. Tak de nya sesaja aku nak bagi kalau hati aku sakit.
Ni sembang nak bimbing anak orang, tapi kalau diri sendiri solat puasa pon ke laut. Sembang apa tambah tanggungjawab?
Kalau dah kahwin dua banyak benda pulak kena atur lagi. Lebih banyak hati nak jaga. Dah pikir semua tu? Kahwin patutnya dapat pahala kan. Kalau kahwin bertambah dosa kau, apa cerita?
Dah cukup dulu aku nak bebel kat orang yang bernama suami. Okay, ni simple advice jugak untuk isteri yang dicurangi macam aku.
Pergi buat benda yang kau suka weh. Love yourself first.
– Check balik penampilan diri. Tak semestinya kurus sangat, tapi sihat mental dan fizikal.
– Senaman, jaga kesihatan.
– Pemakanan sihat.
– Masuk lah kelas mana-mana untuk tambah ilmu pasal hidup atau rumahtangga. Ilmu Allah ni luas. Banyak sangat kelas online sekarang ni. Kau masuk kelas bukan untuk laki kau. Masuk untuk perbaiki diri sendiri. Nak jadi wanita yang lebih hebat.
– Ilmu dan amalan kita sebagai hamba Tuhan. Ni paling penting. Kita ada Allah ja sebaik-baik pertolongan.
Walaupon kau cari kaunselor, pawang paling berpengaruh sekali pon, kalau Allah tak bukak jalan. Tak da yang berhasil. Jadi balik lah pada Dia kerana dia yang memberi ujian.
Buat semua benda untuk diri sendiri dan kerana Allah. Bukan melawa untuk laki kau dah. Kau buat apa yang kau nak, yang rasa lawa kat badan kau. Cari balik apa yang buat kau happy. Laki kau tu biarkan Allah yang urus. Kita tak mampu ubah sesiapa.
Tapi bukan bermaksud abaikan tanggungjawab sebagai isteri. Cuma belajar untuk lebihkan diri sendiri baru laki kau dan anak-anak.
Sebab kau tatang macam minyak yang penuh pon dia cari orang lain jugak. Dah.. tak payah. Kau yang sakit balik pikir lebih-lebih jaga laki kau.
Bila kau happy, tenang hati, insha-Allah rezeki kau lebih luas. Anak-anak dan orang keliling lebih bahagia tengok kau happy. Be the positive vibes to attract positive vibes. Prove the women power. Yeahhhh…
Ni yang aku tengah buat. Doakan aku jugak ya?
Kalau ada yang tanya, kenapa aku tak pilih untuk berpisah, sebab aku fikir perkahwinan ni satu ibadah yang paling panjang.
Aku kena usaha sehabis baik jaga ibadah aku. Bukan mengalah dengan ujian Tuhan. Selagi aku mampu bertahan, aku cuba buat yang terbaik. Kalau dah sampai limit. Itu lain cerita.
Thank you semua yang baca sampai habis. Kalau ikut hati banyakkkk lagi nak sembang. Tapi kang panjang bebenor. Aku doakan kita semua jadi yang hamba dan khalifah Allah yang lebih baik. Aamiin ya rabb.
– Mia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit