Maleeka

Aku nak berkongsi satu perjalanan, mungkin agak panjang dan tak menarik sebab aku pun bukan seorang penulis yang bertauliah. Tapi aku cuma rasa nak berkongsi. Minta maaf kalau penulisan kelaut atau terlalu panjang.

Sebelum tu aku nak kasi triggered warning mungkin ada certain part kisah ini akan trigger salah seorang pembaca.

Jadi habis SPM aku kerja part time dekat kedai makan depan rumah aku. Dapat lah gaji 25 ringgit sehari. Dalam 7 bulan juga tak silap aku kerja.

Aku dapat tawaran belajar dekat IPTA dan agak jauh ke utara. Aku sebenarnya kalau boleh nak yang dekat, sebab dekat rumah aku tinggal berdua. Aku dengan ayah. Tapi ayah aku cakap pergi saja terima, aku pun okay dan sambung belajar.

Aku ada roommate yang dia memang habis kelas menghadap laptop. Dia buat duit guna blogspot, aku bila tengok setiap bulan dia boleh dapat 3 ribu ke atas jadi macam jealous juga akhirnya aku pun belajar dengan dia.

Setiap bulan dapat dalam 2-3 ribu. Ada sekali aku boleh dapat sampai 5 ribu. Jadi waktu cuti aku balik, kasi Ayah aku dalam 2 ribu. Aku cakap ini duit scholarship, dan suruh Ayah aku simpan sebab aku cakap dekat sana tak guna banyak duit makan pun sehari murah.

Jadi dari awal sampai aku habis belajar memang menghadap laptop dan waktu simpanan aku memang boleh tahan banyak.

Habis belajar, aku duduk rumah dalam 5 bulan baru muka cari kerja. Tapi waktu 5 bulan tu, aku dengan roommate aku ada handle satu page Facebook.

Waktu ni Facebook memang tengah rancak bagi aku memang peak, masuk era produk timbang kilo merata dan ramai gila page promote produk timbang kilo.

Masa belajar dulu kami berdua ni ada handle fan page, dari seribu likes sampai 700k likes. Setiap minggu akan ada 7-8 orang nak suruh promote kan produk dia, caj dalam 150.

Setiap bulan paling minimum kami dapat 3800-4000. Genap setahun graduate, page dah 1.4M kawan aku bagitahu ada orang nak beli page. Aku mula macam nak reject tapi yang kawan aku plan nak beli rumah, nak kahwin.

Aku pun cakap okay dan jumpa dekat wakil media yang nak beli page. Masa ni dekat Malaysia rasanya dalam 10 page ada likes 1M.

Jadi syarikat media ni dia nak beli sebab bagi diorang likes banyak lagi mudah news sampai dekat orang lainย  tak boleh nak bagitahu apa nama dia sebab ada sign NDA)

Jadi lepas bincang harga, tax dan split apa semua lepas sebulan kami berdua ni pun setuju. Mana taknya, kalau setiap bulan aku guna 1500 dan tak kerja, sampai aku umur 50-60 tahun pun tak ada masalah.

Lepas 2 minggu settle dapat duit, aku pun dah ada plan sendiri nak guna duit buat apa. Aku nak beli rumah, rumah yang kena lelong. Dah dalam 2-3 bulan mencari semua, aku pun berjaya dapat rumah. Harga dalam ratus ribu juga, tapi kawasan rumah luas.

Aku beli kawasan luas sebab ayah aku ni dekat rumah lama pun suka tanam pokok semua dalam pasu. Ayah aku ada tanya juga mana aku dapat duit beli rumah, aku cuma cakap buat duit internet.

Aku tak kasi tahu yang rumah tu memang bayar full, lepas habis dalam 20-30 ribu untuk rumah siap swimming pool sekali kami pun pindah.

Tapi sayang sekali, tak sampai 5 bulan duduk situ ayah aku sakit, lepas 2-3 bulan terlantar dekat hospital waktu ni menangis macam nak gila dekat hospital. Sampai ada pakcik mana peluk aku cakap sabar.

Lepas sebulan ayah aku meninggal, memang aku duduk rumah keluar pun setakat pergi kedai. Bangun makan tidur, lepas 6 bulan duduk rumah dan asingkan diri dari masyarakat. Ada kawan sekolah aku contact dari Facebook, ajak aku pergi reunion.

Aku reject cakap busy kerja, padahal menganggur dekat rumah. Ada sekali, aku kena batu karang betul punya sakit. Pergi hospital dia bagi injection apa semua, lepastu aku buat medical check. Memang tubuh badan tak sihat, darah, air kencing, berat badan apa semua.

Jadi aku macam sedar sekejap, aku pun start pergi gym, dari berat 100 lebih lepas 5 bulan berat jadi 65. Duit simpanan waktu ni ada lagi, tak ada masalah untuk 20-30 tahun.

Tapi aku rasa macam tak ada tujuan hidup pula, setiap kali orang tanya aku kerja apa. Aku jawab buat freelance padahal duduk rumah menghadap skrin telefon 24 jam.

Tahun depan aku kerja dekat customer service. Banyak tempat reject aku sebab gap dalam resume tu lebih setahun. Kerja customer service bayaran 1500 sebulan, aku kerja pun sebab nak rasa ada tujuan hidup.

Masuk bulan ke 5 kerja, aku ada nampak post dekat sekolah lama aku. Ada buat charity dan alu alu kan kedatang pelajar lama sekolah tersebut. Aku pun register nama, tahun apa dan kelas mana.

Bila datang tu dia ada letak batch mana punya seat jadi senang interact. Jadi aku pun jumpa kawan lama sembang apa semua, tanya kerja dah kahwin ke belum. Ramai yang dah kahwin ada anak, ada yang dah meninggal dunia.

Berbual dengan cikgu semua, cikgu sarah yang dulu garang tu dah jadi pengetua. Bila jumpa sebab dah berumur kot jadi dia rilex, kalau dia muka garang saja.

Sebelum balik tu, kami ni bertukar lah contact number. Lepas tu diorang invite aku masuk group wasap, lepas dalam sejam dua sesi suai kenal. Kawan semeja aku waktu tingkatan 5 pm tanya apa khabar lama tak dengar cerita.

Aku pun malam tu pergi jumpa sembang dengan + lagi dua orang kawan kira rapat waktu sekolah menengah. Semua dah kahwin, adam pula hujung tahun plan nak kahwin.

Tengah sibuk flashback kisah zaman sekolah aku pun tanya Maleeka dah kahwin ke, Maleeka ni kawan kelas aku dari tingkatan 1 sampai 5 memang aku satu kelas dengan dia.

Lepas aku tanya tu diorang macam terkejut “kau tak tahu ke?” Aku pun macam terkejut tahu apa. Adam pun cerita (kisah ni pun dia dapat tahu dari kawan rapat Maleeka) 3 tahun lepas habis spm.

Maleeka ni cuba bunuh diri, kelar tangan dia nasib baik roommate dia ada dekat rumah dan cepat bertindak. Waktu ni dia belajar dekat UM. Aku pun macam terkejut. Lepas tu terus semua hilang contact dengan Maleeka.

Aku pun sebenarnya terkejut dan rasa bersalah juga. Aku kenal Maleeka ni dah lama, sekolah rendah aku satu sekolah darjah 1 siap satu kelas. Sekolah agama kelas sama, sekolah menengah dari tingkatan 1 sampai tingkat 5 kelas sama.

Balik rumah tu aku rasa menyesal teruk, padahal sebelum aku pergi sambung belajar dia siap datang rumah cakap goodluck.

Aku pun try pm sorang sorang dalam group tanya ada contact number Maleeka tak. Sebab dah tak contact lebih kurang berbelas tahun. Last aku jumpa Maleeka pun umur 17 tahun, dan waktu aku tahu pasal dia umur dah 29 tahun. Tak ada sorang pun dalam group tu tahu.

Lepas seminggu baru Adam ni kasitahu aku. Dia ada dapat contact Maleeka dari kawan lama dia. Aku pun lepas dapat terus hantar mesej bagitahu ini aku Mirul, memang panjang aku tulis dengan aku minta maaf sebab selama ni tak contact dia dalam pukul 2 pagi tak silap aku hantar mesej tu.

Satu jam, dua jam, tiga jam, empat jam, lima jam, lepas sepuluh jam baru 10 jam baru dia balas. Itu pun dia balas guna audio dalam bahasa inggeris tanya aku nak apa dan macam mana boleh dapat nombor telefon dia.

Aku pun tanya dia sihat ke tak dan soalan cliche lain. Tanya dia tinggal mana sekarang ni, dan invite ajak keluar nak reminiscing zaman sekolah.

Seminggu juga kena ignore, lepas aku spam setiap hari baru ada balas. Dia cuma bagitahu aku nama tempat dan pukul berapa. Aku pun pergi, pukul 8 tunggu ada reservation nama Maleeka.

Lepas 10 minit tunggu, Maleeka pun sampai, memang makin lawa, rambut dia pun dye purple. Lepas duduk aku cuba lah sembang kosong, tanya baru balik kerja jalan jem ke apa.

Tapi itulah response dia lain, dengan nada agak marah dia tanya aku kenapa tak pernah contact dia langsung. Aku pun bagitahu sim card aku dulu sebab lama tak topup jadi sim card mati, akaun Facebook pula aku tak guna yang tu sebab aku ada akaun Facebook lain.

Hakikatnya, aku sebenarnya fikir duit. Aku yang zaman belajar dulu setiap hari asyik menghadap komputer sebab nak duit. Waktu aku belajar dulu memang tak ada sorang kawan sekolah pun aku contact termasuk Maleeka.

Jadi aku cuma mampu ungkap sorry dekat Maleeka. Lepas dah 30 minit baru lah situasi tenang sikit, makan pun diam. Dah habis makan aku nak bayar tapi kena reject, balik tu memang tak bercakap apa.

Dia bayar, masuk kereta dan balik. Aku pun sebenarnya agak speechless juga. Sampai rumah aku call dia tanya dah selamat sampai ke. Dia cuma jawab dah dan tutup.

Lepas seminggu tu aku tanya Maleeka, rumors pasal dia waktu belajar dekat UM tu betul atau tidak. Sejam baru dia balas “yes” aku macam suruh dia share kenapa. Tapi dia cuma balas “no”.

2 minggu kemudian, dapat call dari Maleeka pukul 1 pagi. Dia share location suruh aku datang. Aku pun pukul 2 laju drive. 15 minit dah sampai selalunya tempat ni aku drive 30 minit sampai.

Aku pun tanya kenapa, dia cakap kereta masalah bari call truck suruh tarik bawa bengkel. Aku pun okay volunteer hantar dia balik, dalam kereta tu memang senyap saja.

Dah dalam 10 minit drive Maleeka tanya aku kerja apa, aku jawab kerja customer service. Tanya gaji mahal ke tidak, aku jawab biasa saja seribu lebih.

Tapi dia macam tak terima siap bagitahu aku jangan tipu sebab kereta ni monthly payment lagi mahal dari kereta dia. Kereta ni aku beli waktu jual lelong juga.

Aku pun tipu bagitahu beli second hand, tapi Maleeka tak boleh accept juga sebab second hand pun masih mahal dan gaji seribu lebih mustahil dapat.

Dah nak dekat sampai rumah dia, Maleeka pun tanya ayah aku macam mana sihat ke. Aku pun kasi tahu ayah dah meninggal sebab sakit.

Jadi dia macam diam, balik tu aku terima wassap Maleeka kasitahu sorry pasal ayah aku, sebab dia tak tahu. Aku pun kasi tahu tak apa, sebab memang dah lama tak contact.

Pertengahan bulan puasa ni, dekat masjid ada aku dengar satu ceramah. Katanya kita ni cuba renung diri sendiri, apa amalan sedekah yang kita buat sepanjang tahun. Jadi aku macam tersentap sekejap, terus terang duit yang aku dapat dari jual akaun fb dan zaman aku belajar dulu.

Kalau pada aku memang banyak, lepas beli rumah kereta dan macam macam lagi. Ada lagi 60% itu tak termasuk aku ada buat stock trading. Tapi bab sedekah? Aku rasa setakat 10-20 ringgit waktu hari jumaat. Aku macam selama ni nak beramal tapi berkira.

Aku pun plan nak buat majlis berbuka puasa dekat rumah, makanan semua aku order. Buat persiapan semua. Jemput anak yatim dengan kawasan perumahan aku.

Walaupun keluar beribu ringgit tapi rasa macam berbaloi, aku jemput kawan sekolah, cikgu sekolah, aku jemput Maleeka sekali. Dia cakap kalau ramai orang dia taknak datang, aku pun cakap dengan dia macam tu datang lambat asalkan datang.

Aku pun jemput ustaz, ustazah. Berbuka, solat maghrib ramai-ramai. Kasi duit raya dekat anak anak yatim dengan baju Melayu sekali.

Pukul 6 orang datang, pukul 8 semua dah ramai balik maklumlah dah nak terawih. 8:20 baru Maleeka datang. Waktu ni yang tinggal jiran aku dalam 6-7 orang tolong kemas. Yang lain dah balik termasuk anak-anak yatim tadi.

Maleeka pun datang, aku pun suruh dia makan, minum. Sambil tu dia tolong kemas sambil tanya ramai ke datang, aku pun tunjuk dia gambar dengan video. Maleeka cakap nasib baik dia datang lambat.

Maleeka pun tolong aku kemas sekali, tolong basuh susun balik. Sambil kemas tu dia tanya aku buat illegal ke apa, sebab rumah ni mustahil boleh beli kalau pakai gaji 1500.

Aku pun cakap ada buat duit sikit trading stock Maleeka memang tak percaya dia cuma cakap jangan buat kerja illegal. Lepas dah habis kemas Maleeka balik aku pula pergi tidur sebab memang penat.

Hari raya pertama, Maleeka hantar audio wasap suruh aku datang rumah dia. Aku pun datang, pukul 11 pagi dah sampai rumah dia. Bila aku sampai tengok tak ada orang tapi dia suruh aku tolong kemas dan hidang sebab ada orang nak datang.

Aku pun tolong kemas, sambil kemas tu aku tanya mana akak dia. Sebab selama ni aku tahu dia cuma tinggal dengan akak dia. Maleeka jawab dia dah kahwin tinggal jauh nanti raya ke 3-4 baru datang sini.

Tengah sibuk kemas, Maleeka pun tanya aku kenapa tak contact dia langsung. Bukan setahun dua tapi lebih 10 tahun. Aku cuma mampu cakap sorry sebab waktu belajar dulu aku busy dengan banyak hal dan ignore banyak benda.

Tetamu pun datang aku pun sambut, dalam 5 orang. Kawan kerja dia dengan kawan masa study dulu. Aku sebenarnya banyak habiskan masa buat sibuk dekat dapur, buat air kautkan makanan semua. Nak berbual malu. Lepas 2 jam tetamu balik.

Maleeka tanya aku tak pergi melawat kubur arwah ayah aku ke, aku cakap pergi petang sebab awal macam ni ramai. Petang tu aku pergi Maleeka pun ikut sekali. Lepas sejam terus balik, waktu drive ni Maleeka dia menangis tiba-tiba aku dah macam terkejut.

Tapi dia cuma cakap “just drive” aku pun sambil drive ni tak tenang. Sambil drive tu Maleeka pun cerita dia attempt nak bunuh diri 3 kali. Semua gagal, kali ke empat dia stop sebab terbaca wasap aku pukul 2 pagi.

Maleeka cerita suami akak dia sexual abuse dia. Lepas habis SPM raba dia setiap malam tiba tiba datang peluk. Kadang tu bila akak dia tak ada dia paksa cium sentuh tubuh badan dia.

Dia kasitahu akak dia, tapi akak dia buat apa? Dia cuma marah suami dia cakap jangan mengatal dengan adik dia. Sampai dia kena r***l paling dia sakit hati. Akak dia tak report polis.

Aku bila dengar tu memang hancur, sebab aku ignorant betul. Maleeka siap datang rumah aku tolong kemas barang cakap goodluck sambung belajar. Tapi aku? Aku tak tahu apa pun cuma cakap goodluck balik.

Maleeka sambung belajar ni dia positive mengandung, umur masih awal jadi dia sempat gugurkan. Aku bila dengar cerita dari awal sampai habis memang rasa nak menjerit.

Dalam perjalanan tu aku cuma mampu cakap sorry, nak guna ayat apa aku pun tak tahu. Maleeka kasitahu aku yang abang ipar dia tu mati kena langgar waktu dia belajar.

Balik tu aku buka Facebook lama aku, Facebook ni memang habis sekolah aku tak buka langsung. Bila buka jumpa pm dari Maleeka tanya aku sihat ke tak, macam mana dengan universiti.

Dia siap tinggalkan nombor telefon suruh aku call atau mesej dia. Satu malam aku menangis sebab rasa bersalah tu terlampau berat.

Esok aku pergi rumah dia, aku tanya dia pergi therapy ke tidak. Dia cakap tak pernah, jadi lepas aku pujuk semua. Dia pun setuju pergi jumpa pakar. Dia tak cerita masalah secara detail cuma kasi tahu yang dia cuba nak bunuh diri selama 4 kali.

Aku pun duduk sebelah dengar dalam 4 jam. Balik tu aku bagitahu Maleeka, aku akan teman dia seminggu sekali. Aku tanya dia masih keep in touch lagi dengan akak dia.

Dia jawab tak, haritu yang dia cakap akak dia datang raya ke 3-4 tu sebenarnya dia tipu. Lepas sambung belajar dia tak call/mesej akak dia langsung.

Dalam seminggu setiap malam aku tak boleh tidur, aku asyik terbayang yang Maleeka akan cuba bunuh diri lagi. Jadi lepas seminggu, aku jumpa Maleeka dan ajak dia kahwin.

Ini bukan aku fikir sejam dua jam, tapi lama. Aku pun bagitahu dari awal sampai akhir dekat Maleeka, lepas seminggu baru dia setuju. Urus hal dokumen, kursus kahwin, check itu ini. 2 bulan baru selesai.

Aku sebenarnya tanya Maleeka, dia nak kahwin majlis yang macam mana. Dia jawab nak simple western style. Jadi booking hall dekat hotel, jemput orang tak ramai setakat 50 orang. 3 jam selesai Majlis. Memang nampak rushing tapi hakikatnya makan masa berbulan.

Lepas dah berkahwin, seminggu dalam 3-4 kali waktu malam Maleeka akan ada nightmare. Benda ni memang dia pernah share dan bila jumpa dekat doktor. Diorang cakap trauma macam ni payah, benda ni makan masa seumur hidup.

Jadi setiap malam kalau dia macam gelisah aku terus kejut, nanti dia bangun menangis dalam sejam baru boleh tidur balik. Setahun berkahwin benda ni ada tapi berkurang, kadang tu sebulan sekali, ada sebulan tak ada langsung.

Aku pun selalu record juga, bulan ni clear Maleeka tak ada mimpi teruk. Sepanjang tahun tu jadi suri rumah sepenuh masa, waktu cuti aku bawa dia pergi bercuti. Banyak kali juga dia tanya macam mana aku boleh banyak duit, aku cerita dari awal baru dia faham.

Sepanjang tahun tu hal intimasi aku tak paksa dia, bagi aku trauma Maleeka tu makan masa hampir seumur hidup nak hilang.

Jadi aku tak pernah paksa dia, hal lain iyalah tapi apa bila dah nak sampai step terakhir tu selalu dia akan dapat panic attack jadi aku tak pernah paksa dia, selalu kalau kami bercakap tentang bahagian tu. Aku akan tunggu sampai dia betul okay.

Bagi aku paling rare sekali nak nampak dia ketawa, senyum. Terus terang benda tu memang payah. Maleeka sendiri pernah kasitahu aku sebelum kahwin, yang kahwin dengan dia “hell” mungkin sebab aku rasa bersalah jadi aku tak ada masalah.

Hari demi hari, minggu demi minggu, dan genap ulang tahun perkahwinan yang kami yang ke dua. Maleeka ajak aku untuk ambil anak angkat, jadi dia pun bagitahu dah buat research sebulan. Btw, aku sebenarnya dah mula bekerja balik dah 8 bulan.

Maleeka pula halfway dia punya PHD, jadi dia suggest kami berdua untuk ambil anak angkat. Jadi dia tunjuk research dia, dan ajak aku pergi satu event ni kira macam adoption punya event waktu ni ramai pasangan yang cari anak angkat datang.

Kami berdua datang bila dah 2 jam berpusing main dengan budak budak dekat situ. Maleeka kasitahu dia suka dengan sorang budak ni, umur 6 tahun.

– Amirul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->ย https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *