Takut dan Mudah Terkejut

Hai. Semalam aku ada tertengok video di FB dari tiktok. Video tu tunjuk yang polis mengejar dan menembak penjenayah di highway. Video tu dirakam dari salah seorang pengguna highway.

Sambil² tengok video tu, aku pun terfikir yang betapa takutnya aku kalau aku berada dalam situasi tu.

Aku ni jenis mudah terkejut. Mudah terkejut tak sama dengan mudah melatah. Dua benda berbeza tu.

Kekurangan aku ialah aku bukan sekadar terkejut tapi aku boleh terketar2, berdebar2 dan menangis kalau aku terkejut sebab aku takut sangat.

Setiap kali hujan di malaysia jaranglah tak ada kilat dan guruhnya. Kalaulah kilat dan guruh tu sepanjang masa hujan tu, sepanjang tu jugalah aku terkejut dan aku akan bersembunyi sambil tutup mata.

Terkejut saja ni memenatkan tau. Kalau naik kereta tu, ada orang hon je mesti terkejut. Paling tak tahan kalau yang hon tu dari bas atau lori sebab kuat sangat.

Jadinya aku dapat bayangkan kalaulah masa aku memandu tu ada kejadian polis kejar mengejar dan tembak menembak, mesti aku terkaku tak boleh memandu langsung.

Situasi ni sama jugalah kalau ada ambulan di belakang, aku tahu yang mesti aku tak dapat nak ubah laluan dan beri laluan pada ambulan tu nanti.

Setakat ni belum lagi ada situasi yang membuatkan aku terlampau terkejut sampai begitu sekali.

Aku takut sangat kalau satu masa nanti aku berada dalam situasi tu dan aku terlampau terkejut sampai panik macam mana. Macam mana kalau semua orang terutama kenderaan belakang aku tak memahami dan dia hon.

Macam mana kalau kereta aku terberhenti dan semua orang mengelilingi kereta sambil marah2 aku. Macam mana kalau aku memang akan menghalang laluan dari ambulan nak lalu. Penat kepala aku fikir benda ni.

Ketakutan aku ni bukan sebab aku lemah atau mengada2 tapi aku memang takut. Aku tak boleh nak mengharapkan orang lain hantar aku ke mana saja. Aku tak boleh juga naik public transport dan grab semata2.

Aku ada kehidupan aku sendiri dan tempat yang nak dituju cumanya masalah aku sebab aku mudah terkejut.

Aku memang ada anxiety dan dalam rawatan tapi aku tak mampu nak berubah dalam sekelip mata. Dah bertahun aku macam ni dan sejak kecil lagi aku mudah terkejut.

– – (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *