Aku Student, dan Aku Kena Scam RM1000

Assalamualaikum semua, seperti tajuk di atas pasti anda semua boleh agak apa yang terjadi. Aku student master dari salah satu universiti ternama di Malaysia.

Tujuan aku tulis dan cerita adalah sebagai pengajaran dan langkah berjaga2 buat semua. Jadi aku mohon pada admin tolong aku siarkan confession ini. Dan Aku akui kebodohan aku kena scam ni, jadi jangan laa kecam aku pulak.

Baru-baru ni aku baru settlekan yuran aku untuk semester baru iaitu semester terakhir untuk aku iaitu bernilai RM3550 hasil daripada simpanan aku sendiri selama beberapa bulan sebab aku student research dan aku ada elaun bulanan untuk aku bayar yuran.

Dan disebabkan aku baru settle bayar yuran, jadi aku tekat untuk cari duit lebih untuk tambah sumber pendapatan aku.

Hari ni 3 April bermula laa aku kena scam sebab hari ni hari ahad jadi aku ambik kesempatan hari cuti ni untuk cari part time job dan aku terjumpa part time job di facebook.

Aku tak ingat poster dia macam mana tapi dia tulis kerja income rm200/day untuk job scope marketing macam tu.

Then aku pon try laa click kat poster tu and terus masuk ke whatsapp dia (aku namakan dia Tochai). Aku pon whatsapp tanya untuk kerja part time.

Dan Tochai explain cakap job ni macam E-boosting representative untuk online E-commerce macam shopee, lazada or zalora.

Dia masukkan aku ke 1 group whatsapp yang lain dan suruh aku click no customer service (CS) untuk guide aku. Aku just ikut apa yang dia suruh buat.

At first, CS explain kata aku kena settlekan task dan lepas settlekan task dalam 10-15 minit, kita akan dapat rebate ke dalam akaun kita. Dan dia cakap kena settlekan task dalam masa 10 minit kalau tidak sistem down. So aku pon setuju buat task bila dia cakap macam tu.

Mula2 CS tu suruh aku click link yang dia bagi which is link zalora then add to cart item yang dia bagi tu and hantar screenshot gambar item yang kita add to cart tu. Aku pun ikut la apa yang dia mintak.

Lepastu dia suruh aku bank in duit ke no akaun someone ni (Muhammad Khairulah CIMB) untuk bayar item yang dia suruh aku add to cart tu. Item tu bernilai RM69. Waktu ni aku dah musykil kenapa tiba2 kita kena bayar pulak sedangkan kita nak cari kerja part time saja kot.

Then, tiba2 time tu jugak laa kat dalam group yang dorang masukkan aku tadi tu ada orang dalam group tu yang kononnya juga part time buat job yang sama ni send gambar duit dia yang dah direfund bersama rebate 10% around RM1274.

So aku try whatsapp orang tu nama Siti Rafizah dan aku tanya dia benda ni betul ka atau scammer? Pastu Rafizah ni respon kata bukan scammer dan dia dah buat kerja ni 3 hari dah dan duit sentiasa refund balik.

Bila aku dengar dia kata macam dia aku fikir aku punya bayaran just RM69 saja sedangan Rafizah tu sampai 1k bayar. So aku try untuk kali pertama bank in duit RM69 ke akaun Muhammad Khairulah tadi tu.

Then CS tu respon dan memang betul duit refund ke dalam akaun aku RM 75.9 sekali 10% rebate tu. So aku start percaya kat situ. Then dorang yang dalam group duk mention kalau settlekan 5 task sehari akan dapat RM138.

Jadi aku pun mula untuk apply next task dan task kali ni bayaran dia mahal iaitu satu item RM369. Aku buat cara yang sama add to cart dan screenshot gambar item. Pastu masih sama CS suruh aku Bank in ke Muhammad Khairulah tadi.

Dan aku confirmkan balik dengan CS tu, aku tanya CS tu aku kena bayar RM369 ka? Dan dia kata betul and boleh proceed payment. Tapi sebab aku ingat duit akan refund balik so aku proceed saja bank in RM369 ke akaun Muhammad Khairulah tadi.

Then mula CS tu kata refund fail sebab task tu dia suruh bayar untuk 3 item (Padahal dia tak mention pon masa aku confirmkan balik dengan dia).

So dia suruh aku bank in lagi 2 item yang harga RM369/item tu so total RM738, kalau tidak duit RM369 tadi tu burn sebab tak settle task.

Aku masa ni dah gelabah dah sebab duit dalam akaun aku tak cukup dah masa ni untuk aku bayar RM738 dan risau duit RM369 tu burn macam tu ja. So aku kata kat CS tu aku ni student mana cukup duit untuk bayar jumlah sebesar tu.

Then dia cakap boleh pinjam duit kat kawan2 or adik beradik untuk buat bayaran, kalau tidak duit tadi burn macam tu ja. So aku pon dengan terdesak aku, pinjam RM130 dekat adik aku sebab tak cukup RM130 untuk bayar jumlah RM738 tu.

Adik aku bagi and terus aku bank in kat dia RM738 ke akaun Muhammad Khairulah tu. Bank in cepat2 sebab ada limit masa 10 minit ja.

Lepas tu CS tu cakap tahniah task untuk mission 1 berjaya, dan untuk complete task aku kena settlekan mission 2 pulak. Ahhh sudahh tiba2 mai mission 2 pulak. Aku tanya CS tu bukan sepatutnya dia kena refund dulu ka baru boleh proceed next mission.

Pastu dia kata untuk task kali ni ada 2 mission, 1 mission aku dah settle bayar 3 item so aku perlu bayar next mission dengan bayar 1 item untuk dapat total refund. So aku try la bukak item yang aku kena bayar tu sekali RM2851 mak oiiiiii. Mana aku ada duit nk bayar banyak tu.

Then dia cakap kalau tak settlekan mission 2 ni nanti duit yang total aku bayar tadi 3 item harga RM1107 tu memang tak akan refund balik dan akan burn.

Waktu ni kan tiba2 kat group tadi pakat duk hantar resit masing2 dapat duit refund 1k, 300, 3k. Aku masa ni dah nangis dah sebab tau aku dah kena tipu.

Aku whatsapp Si Rafizah tadi kata aku kena scam tapi dia cakap dia pon pernah buat task macam tu tapi dapat ja duit refund balik dan dia cakap bayar saja la RM2.8k tu nanti dapat laa duit tu. Seolah2 dia nak suruh aku proceed payment aku.

Aku call adik aku dan cerita hal sebenar and adik aku cakap dia ada la 2.8k tu cuma tu laa risau kena tipu n tak dapat duit balik ja. Masa ni aku dah tak tau nak buat apa sampai aku whatsapp kat group tadi balik dan explain semuanya and mintak sapa2 dalam group ni tolong aku.

Aku pon ada mention aku memang takdak duit dan aku ni student. Duit dalam akaun aku tinggal RM5 ja. Dalam group yang tengah rancak share resit refund tapi tu tiba2 senyap.

Bila dah lama senyap tu aku decide untuk tak proceed kan payment aku sebab aku tau semuanya scam dan semua yang dalam group ni pun scammer.

Dalam group ni ada 18 orang so aku whatsapp mana2 no tu untuk aku pinjam RM2.8k tapi semua senyap padahal tadi rancak jaa share resit masing2.

Bila dah senyap tu aku bising kat group cakap semuanya scammer kat sini. Aku cari duit untuk aku tambah pendapatan aku. Tapi buta2 dalam sekelip mata duit aku hilang RM1107 hasil daripada simpanan aku sendiri.

Dan kalau fikir-fikirkan balik tak logik la dalam sehari kita nak kena bayar sampai total RM3958 guna duit sendiri hanya untuk kerja part time. Padahal kita cari kerja nak duit bukan untuk keluarkan duit.

Aku tahu aku bodoh sebab terpedaya tapi atas desakkan aku nak duit so aku buat tanpa fikir panjang. Tu memang kesilapan aku.

Lepas dah semua senyap tu aku geram sangat so aku buat video call kat group yang ada 18 orang tadi tu. Aku video call berkali2 walaupon dorang reject tapi aku call balik.

Lama jugak la aku keep ring video call tu sampai ada yang jawab video call tu maki aku 1 perkataan puk*mak pastu dia letak.

Tapi aku continue call dekat setengah jam jugak laa sampai dia punya admin yang guna no lain buat voice call then bila aku accept, dia off call, then aku dah di block dalam group tadi tu.

Maka itu laa penamat duit aku lesap 1k atas kebodohan aku sendiri. Aku ada whasapp Tochai balik and cakap dia scammer tak baik tipu n curi duit orang, berdosa. Then dia reply ‘Allah jangan cakap macam tu, i memang tau tipu berdosa’. Padahal dia cina.

And lagi 1 aku nak mention actually semua yang dalam group ni cina walaupun gambar whatsapp masing2 ada melayu, indian.. bukan aku nak recist tapi aku tau actually dalam group tu semua cina termasuklah si Rafizah tadi tu sebab penggunaan ayat dia lain macam bunyi.

Jadi aku nak nasihatkan kat semua orang, ini adalah salah 1 cara scammer di luar sana. Aku tahu tindakan aku ni bodoh sangat2.

Seharian aku menangis sebab duit aku simpan 1k lesap macam tu ja dan dalam akaun aku sekarang hanya tinggal RM5 ja untuk aku survive bulan ni.

Aku student tapi aku kena tipu dengan scammer disebabkan terdesak nak kumpul duit. Aku harap takdak pembaca disini yang kena macam mana aku kena. Aku doakan semoga kita semua tak terjebak dengan scammer ni. Aku menyesal pun tak guna.

Tolong jangan kecam aku. Aku dah cukup down sekarang. Aku cuma nak kongsikan pengalaman kena scam ni supaya takdak yang kena macam aku.

Terima kasih kerana sudi membaca penulisan aku ni dan aku harap korang semua bagi la kata2 positif untuk aku atau cadangan selanjutnya apa yang perlu aku buat bila kena scam ni.

Sebab aku tak tau nak luah benda ni kat sapa. Ujian buat aku di awal Ramadan. Maaf andai terkasar bahasa. Selamat Berpuasa semua.

– Aku student (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. thank you share pengalaman sebab sekarang ramai yang cari kerja online part-time dan saya hampir terjebak. Sebelum terjebak, saya search untuk tahu apa job scope kerja part-time ni. Alhamdulillah jumpa cerita ni dan baca. Almost terkena sebab saya tak yakin senang sangat kerja dapat buat duit. Ye, memang zaman sekarang lagi lagi student perlukan income untuk sara hidup sebab tak nak susahkan parents. Jadi lepas ni kita semua termasuk saya sendiri perlu lebih peka dengan perkara ni. Terima kasih sudi share cerita ni dan harapnya dapat jadikan teladan buat semua di luar sana. In Shaa Allah, Allah permudahkan urusan awak yang dah beri peringatan kepada org lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *