Nostalgia

Umur aku tahun ni 36, dah berkahwin anak pun dah dua orang. Dari hidup duduk setinggan setiap kali hujan lebat masuk air dan ada rumah sendiri yang aku rasa berganda lagi selesa.

Aku membesar 2 orang, aku ibu. Itu sahaja. Pada aku, setiap hari makin jadi nostalgia. Dulu aku membesar dekat Johor Bahru. Kalau yang duduk JB mungkin tahu tempat nama Skudai Kiri.

Iya, aku menetap di situ lahir di HSA membesar ber-dua dengan Ibu aku. Sekolah pun dekat SKPR, sekolah menengah pula SMKBBU.

Dari aku lahir sampai umur aku 18 tahun menetap dekat sana. Dah bermacam memori dekat sana.

Umur aku 18 tahun, aku dan Ibu berpindah. Dari Johor pindah ke Kedah, kampung asal kelahiran Ibu aku. Dalam masa yang sama aku pun sambung belajar, tamat sahaja degree terus kerja.

Sambil sambung belajar, aku ada buat part time translation. Ambil certificate, pergi kursus training dan sebulan aku boleh dapat 2-3 ribu khusus untuk kerja translation.

Bila dah habis degree, aku kerja dan dalam masa yang sambil buat translation job dan selalunya sebulan sekali ada job sebagai interpreters.

Masuk umur 30, jumpa isteri aku waktu tengah sambung master.

Kenal tak sampai berapa bulan terus kahwin. Dari umur 18 sampai 30 memang aku tak jejak langsung dekat Johor.

Jadi bila umur 32 dah ada anak. Aku bawa satu keluarga jalan-jalan. Singgah negeri terengganu, perak, pahang, kelantan, selangor.

Bila dah sampai Selangor, Ibu aku cakap “lama tak pergi Johor” aku pun terus drive pergi Johor. Waktu dalam perjalanan ke sana, masuk Skudai memang datang aura nostalgia.

Lalu kemayan mall yang dulu macam cerita hantu ada sekali bila lalu dah ada paradigm. Ibu aku pun dalam kereta berseloroh cerita dekat menantu dan cucu dia paradigm mall ni sekarang dah lawa dulu berhantu.

Nampak Angsana, selalu pergi sini nak lepak Arcade. Dan dekat bawah tu jejantas dekat kampung pasar arah ke Angsana tu dulu aku selalu dengan Ibu aku makan sate.

Bila aku lalu ada yang berubah ada yang tak, paling aku rasa betul banyak berubah yang kawasan jakel tu.

Sebelum aku pindah memang aku ingat kawasan situ semak samun berhutan juga. Sebab selalu nak pergi Angsana aku ikut jalan dari kilang biskut uda tu melawan arus jalan kaki sampai Angsana.

Tengok flat skudai kanan pun masih ada lagi dan lawa cat baru. Masuk kawasan skudai kiri tengok masjid pun dah baru. Singgah situ solat satu family memang betul baru dia design habis betul ye.

Sebelah dia tu ada sekolah agama, dulu aku sekolah agama dekat situ. Sekolah agama pun dah lawa, dulu ada pakcik jual sate ikan dekat situ.

Masuk dalam memang tahan je air mata, tengok jalan, tengok rumah. Tempat aku dulu berlari, main sembunyi. Literally, childhood aku dekat sini.

Aku dengan Ibu pun sambil drive cerita dekat isteri aku ini tempat aku dulu kena kejar dengan Ibu sebab maghrib tak balik.

Ini tempat selalu lepak, dekat dewan tu lagi lah dulu selalu pecah masuk dalam tu nak main badminton punya pasal. Bangunan dan kawasan dulu yang macam terbiar dan tak guna sekarang dah jadi baru dah ada bisnes. Tapak pasar malam lagi.

Waktu study, bekerja dulu tak rasa dia punya nostalgic tapi bila kau dah patah balik dan ikut semua jalan kau waktu kecik dulu baru rasa macam ini detik permulaan.

Naik bas pakcik tawil tu lagi, dulu aku naik bas yang pakcik lagi satu aku tak ingat nama dia tapi bas tu selalu atuk ni drive memang slow dan bergegar bas tu.

Banyak tempat yang berubah dan banyak yang stay sama. Tapi aku rasa yang dekat belakang tu berubah banyak denga tambak. Dan akhirnya lalu rumah lama kami, rumah ni dulu Ibu aku beli.

Lepastu kami nak pindah Ibu jual. Bila lalu je depan rumah tu Ibu aku dah ter-esak esak dekat belakang nampak rumah tu masih ada. Aku pun tahan juga ni nak nangis. Aku tanya Ibu nak singgah ke rumah tu. Ibu aku geleng cakap tengok dari luar cukup.

2-3 kali juga pusing satu skudai kiri. Banyak sangat memori, main baling selipar. Memori mandi air pasang.

Aku sebenarnya dah agak samar, nama kawan pun aku dah tak berapa ingat dengan muka. Jadi nak bertegur sapa pun payah.

Habis pusing tu, aku pun pergi UDA pula. Tengok flat skudai kanan lawa lagi. Dan kebetulan, aku jumpa pakcik yang jual cendol ni. Dia dulu jual cendol dekat jejantas skudai Kiri.

Tapi sekarang dekat dengan SKKU. Aku dulu selalu betul beli cendol/abc dekat pakcik ni.

Bila lalu jalan yang nak ke HSA tengok danga bay dah berubah. Dah bertutup, banyak bangunan rumah flat tinggi dekat kawasan belakang yang forest punya project.

Jadi satu hari tu memang kami satu family pusing satu JB tu dari tempat kerja Ibu aku. Sekolah lama aku, terlampau banyak memori.

Agak sedih juga sebenarnya, tak dapat jumpa kawan kawan lama dekat situ. Nombor telefon tak ada, ada yang pergi rumah diorang tapi dah pindah. Bila dalam perjalanan balik. Aku rasa macam separuh hidup aku lengkap, lepas pindah ke Kedah.

Bagi aku JB dan Skudai Kiri macam phase tu dah habis jadi ini new phase. Selama itu juga aku tak ada rasa macam nak balik sana rindu semua. Tapi bila dah kembali baru macam jumpa balik diri aku yang lama.

Dekat sana tu childhood aku, tempat yang aku terus terang menangis, ketawa, bermain tanpa fikir hal dewasa. Cuma fikir, nak main dengan kawan, pergi sekolah belajar dan repeat. Kedah pula, tempat aku belajar menjadi orang dewasa. Sangat bernilai…

– Salam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *