Haris : https://iiumc.com/catatan-
Sarah : https://iiumc.com/jahatkah-
Assalamualaikum saya Lexy. Saya sakit hati baca luahan 2 orang ini. Kadang-kadang aku yang single ini pun rasa macam hati yang tersiat-siat kerana baca luahan ni 2 tahun yang lalu. Start aku baca luahan ini aku selalu juga berdoa untuk Puan Hanani sentiasa tabah dan kuat.
Hal ini sebab, bagi akulah yang salah ialah ketua keluarga nya sendiri iaitu Tuan Haris. Ini pendapat akulah. Jangan marah!!!
Hehehehehehe..
Aku nak cerita pasal kisah nenek moyang aku. Dia seorang lelaki yang kawin empat. Nama dia Man. Dia ini kawin empat. First wife(Aminah), bagi aku memang cantik giler and mereka ada 2 or 3 anak gitu. Tiba-tiba moyang aku Man ini pon gatallah nak kawin satu.
Dia cerai Aminah nak kawin dengan Intan. Sebab Aminah tak nak berpoligami. Then, Man pon kawin dengan Intan dapatlah 2 anak gitu.
Tapi, Man ini bertanggungjawablah juga sebagai suami and ex-suami. Bagi jugalah nafkah dekat ex-wife and wife no 2 tu. Man ini aku tak ingatlah dia kerja apa tapi dia ada juga sediakan rumah untuk ex-wife dia dengan anak-anak Aminah.
Intan pon baik juga dengan Aminah sebab rumah dekat saja. Man sediakan rumah yang dekat sebab dia nak jimat duit minyak motor. HMMMM… Entahlah moyang aku gitu macam kedekut sikit bab minyak.
Then, Man ini boleh pula jatuh cinta dengan wanita gadis kampung cun. Keadaan mesti sama. Intan tak nak berpoligami. Jadi, Man pon ceraikan Intan. Biasalah laki nak kawin lebih tapi tak mampu. Then, Man pun kawinlah dengan Najwa.
First time, itu bahagialah tapi Najwa ini macam kuat jeleslah sebab duduk rumah dekat2 dengan ex-wife2 Man. Jadi dalam perkahwinan mereka ini macam bergeloralah sikit. Sebab Man ini kadang-kadang akan melawat ex-wife2 dia sebab nak jumpa anak-anak saja.
Tapi Najwa ini jeles sangat kadang-kadang dia stress sebab dia tak boleh mengandung.
Lastly, Man ini jatuh cinta dengan Fatimah. Fatimah ini nenek moyang kandung aku sebab atuk aku ini anak Man dengan Fatimah. First tu, Man dah cakap nak kawin dengan Fatimah tapi Najwa tak nak jadi Man pun ceraikan Najwa.
Tapi ini perkahwinan terakhir dialah sebelum meninggal dunia. Man dengan Fatimah di kurniakan anak seramai 7 orang. Bagi akulah, nenek moyang aku Man sekurang-kurangnya seorang bertanggunjawablah juga walaupun khianati isteri-isteri dia.
Dia sayang sangat2 dekat anak-anak dia dan ex-wife2. Ibu aku cerita masa nenek moyang aku meninggal dunia semua ex-wife dia & anak-anak berkumpul sebab rumah dekat2.
Okay, Man ini aku rasa ada 11 or 12 anak sebab aku ingat lagi dia ada tinggalkan anak lelaki seorang dekat Indonesia masa perang Jepun or before perang Jepun gitu.
Semua ex-wife Man baik sangat dengan Fatimah sebab Fatimah yang jaga Man masa sakit. Kadang-kadang adalah juga ex-wife dia ini melawat Man ini masa sakit. Man ini selalu minta maaf dekat ex-wife2 dia sebab tak boleh jadi suami yang baik.
Then, ex-wife pun kata lah “Engkau dah jadi ayah yang baik pun dah cukup siap bagi nafkah dekat semua ex-wife dari pertama hingga ketiga”. Man ini seorang yang lawak juga jadi isteri dia ini tak boleh nak marah sebab kelakar.
Entahlah…Aku dengar kisah ini dari arwah atuk aku.. hahahahaha!!!!!!
Tapi bagi aku, Man ini tak selalu salahkan isteri dia yang pertama hingga keempat. Sebab dia selalu berfikir sebagai ketua keluarga tidak boleh menghina isteri, mencaci isteri dan menyalahkan isteri.
Bagi aku lah kalau isteri pertama sedih Man ini selalu peluk isteri dia or ajak mandi sama sebab itu nak mengikat perkahwinan mereka. Bagi aku Man ini walaupun bercerai dengan ex-wife dia yang pertama sampai ketiga dia tetap melawat and bagi nafkah.
Dia juga sediakan rumah untuk semua isteri-isteri dia. Bijak tak nenek moyang aku. Yang penting, Man ini tak kena soal dekat akhirat…haahhahahahha!!! Masa ini Man buat lawak walaupun sakit.
Bagi akulah, first aku geramlah juga dekat Tuan Haris ini sebab dia kata isteri dia derhaka dekat dia sampai tak boleh bau syurga. Maafkan sayalah Tuan Haris. Tuan Haris pernah tak face to face dengan Hanani berdua or just do pillowtalk.
Hal ini nenek moyang aku selalu buat gitu sebab isteri dia marah2 tapi tak ada lah sampai nak cakap isteri dia derhaka tak boleh bau syurga walaupun Man ini nak kawin satu tetap Man cakap lembut dekat ex-wife2 dia.
Then, pasal Puan Hanani hasut anak-anak untuk membenci Tuan Haris. Tuan Haris ada bukti tak yang Puan Hanani ada hasut anak-anak untuk membenci Tuan Haris.
Okay. Masa Man cerai dengan Aminah or Intan anak-anak diorang memang bencilah dekat Man ini sebab lukakan hati ibu diorang Tetapi, Aminah dan Intan selalu nasihat jangan membenci nanti takut tak boleh masuk syurga.
First, kenapa diorang benci Man sebab mereka ini selalu nampak ibu diaorang menangis, sedih sendiri dan berdoa sambil menangis.
Then, Man walaupun isteri-isteri dia ini tinggi kan suara dia masih bersabar sebab nak dengar luahan isteri-isteri yang penat jaga anak-anak dia di rumah.
Tapi sekurang-kurangnya Man ini tak larilah ke hotel ke or homestay sebab tak tahan nak dengar isteri-isteri dia bebel or marah2 macam Tuan Haris.
Kalau dia tak nak dengar bebel isteri dia amik kabus or kapas sumbat dekat telinga. Sebab masa itu pon mana ada hotel or homestay maybe kalau nak tidur tempat lain pun tak ada.
Tapi Tuan Haris tak patut kata Puan Hanani gitu pasal derhaka or hasut anak-anak untuk benci Tuan Haris. Cuba Tuan Haris itu cermin diri check apa kesalahan Tuan Haris kalau tak tahu tanya Puan Hanani. Before. discussion with you wife Hanani.
Tuan Haris buat lah solat Tahajud or solat Hajat. Inshallah hati Puan Hanani lembut walaupun sudah berkecai. Tuan Haris patut taip Tuan Haris bahagia hidup dengan Puan Hanani dan Puan Sarah supaya tak ada pihak yang kecewa.
Sebenarnya, Tuan Haris yang kecut sebab time giliran Puan Hanani pergi tidur dekat hotel sebab takut and tak tahan dengan mulut Puan Hanani. Tapi saya respectlah sikit saja Tuan Haris tak bercerai dengan Puan Hanani.
Tuan Haris berselawatlah “Ya Latif’ lembutkan lah hati isteri ku tercinta Puan Hanani.Gitu!!!!!! Jangan salahkan isteri pertama Tuan Haris sebab dia bukan ketua keluarga. Tuan Haris yang jadi ketua keluarga jadi tuanlah salah… Ingat tu!!!!!!!!! Tanggungjawab!!!!
Apakata kalau Puan Hanani tidur membelakangi Tuan Haris, tuan peluklah dia turunkanlah ego tuan. Kadang-kadang perempuan merajuk macam budak2 jadi layanlah dia macam budak2.
Then, cium dahi dia or selalu lah cakap “I Love You” before tidur. Kalau gitu ajak makan sepinggan or mandi bersama.Nabi Muhammad SAW mandi bersama dengan isteri supaya hubungan perkahwinan erat kalau tak nak paksalah. Hahahahahhaha!!!!!
Okay. Nanti masa birthday Puan Hanani bagilah gift. Ini nak cerita pasal sediakan rumah mewah, kereta siap ada driver and tukang masak. Puan Hanani nak belaian dari suaminya.
Walaupun hati berkecai dia nak juga peluk suaminya. Then, jangan lah tulis dia memburukkan Puan Sarah.
Kitaorang ini pun yang tak tahu boleh tahu walaupun tak kenal. Tapi ini juga aib Puan Hanani juga. Sekurang-kurangnya dia tak serang Puan Sarah dengan parang or pukul sampai mampus just mulut saja kan. Tapi ini macam aiblah.
Kalau Puan Hanani jahat sangat kenapa dia tak masuk story Tuan Haris dan Puan Sarah dalam surat khabar kan senang kitaorang boleh attack Tuan Haris dan Puan Sarah sekali.
Tapi adakah Puan Hanani buat gitu tak adakan….Jadi saya berharap Tuan Haris dan Puan Hanani hidup berbahagia hingga ke Jannah bersama-sama anak-anak Tuan Haris…Aamiin Ya Rabbal Alamin.
*kalau Tuan Haris bercerai dengan Puan Hanani itu maksud Tuan Haris tak ada telur sebab pengecut.
*minta maaf banyak and selamat ramadhan kepada Tuan Haris, Puan Hanani & Puan Sarah jangan marah nanti saya sambung part untuk Puan Sarah pula okay
*kalau nak balas tunggu saya habis part Puan Sarah maybe lusa or lusa lagi sebab tak laratlah kena pikir juga nak taip. Jangan balas dulu!!!
– Lexy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit