Toxic Relationship Red Flags

Hi, actually i dah pernah komen bende ni dekat section komen di satu post di IIUM Confession haritu. Mungkin ada yang pernah baca.

Tapi takpe lah,

Saya kongsikan sekali lagi ya..

Semua orang nak bahagia kan.

Dalam memilih pasangan, terutamanya Untuk perempuan, Kalau boleh, dan sekiranya masih belum terlambat, sebelum kahwin if dah nampak ciri ciri utama yang macam ni pada seorang lelaki yang awak nak pilih jadi suami,

(dari pengalaman sendiri/ sekeliling) better move on atau single dari terus tersakiti ; i know its hard, sebab sayang, tapi In Sha Allah, Allah akan bagi kekuatan.

So here are some of the tips ;

1) Panas baran, naik suara, naik tangan. —Lets imagine if kahwin, dia tak dapat control sikap ni, jadi macam kes youtuber bunuh kekasih baru ni (itu orang yang dia kasih & sayang pun dia boleh pukul).

2) Terlalu kedekut / berkira / kaki kikis —

Tendency untuk mengabaikan nafkah adalah tinggi.

3) Tak boleh bertolak ansur (ikut kepala dia saja) — Imagine nak balik kmpung atau apa apa keputusan cuma kene dengar cakap dia tanpa ada consideration bagi pihak kita juga.

4) Dera emosi (ghosting dll) — dah biasa abaikan, dia akan buat lagi. Sebab dah rasa normal.

5) Macam chipsmore kejap ada kejap takde (tak serius) —there is a major difference between a CHOICE and OPTION.

6) Terlalu menguji kesabaran pasangan (silent treatment, kata kesat, ujian ujian tak masuk akal dll) — Observe a man when he is stress /angry. Pandai tak dia manage.

Sekali kata kesat keluar dari mulut, be careful, mybe he’s not the one. Nanti kahwin hari hari akan dengar.

7) Tak tunai janji, cakap lain buat lain.

8) Kaki perempuan — ni member aku yang lelaki ada cakap, memang susah nak tinggal once dah terjebak. Ketagih nak cari perempuan.

9) Tak beri masa untuk kita walaupun sekejap/ acuh tak acuh/ jadikan kita out of his priorities list.

10) Judgemental (tak boleh terima family, kita dll).

11) Narcissist – yang ni boleh cause trauma kalau kena. Jadi susah nak move on.

12) Pentingkan diri.

13) Nak orang faham dia, tapi tak faham orang.

14) Tak hormat orang tua (especially mak ayah kita).

15) Sembang kencang.

16) Harap yang perfect dari kita, tapi tak cuba baiki kelemahan diri (sebab ego)- risau kalau apa apa in marriage (berkaitan dengan zuriat, risau dia akan fully salahkan kita).

17) Tak reti pisahkan hal kerja /peribadi- bawak masalah tempat keje, lepas kat bini /pasangan (in a bad way).

18) Tak bertanggunjawab — cari orang yang boleh dibuat role model untuk awak dan anak anak.

19) Berahsia sangat (ada potensi menipu) – kalau sayang selalunya tak perlu berahsia. Kecuali hal hal sulit dan mengaibkan.

20) Anak emak (yang extremely anak emak dan emaknya decide eveything for him). — possibility untuk tak tau buat keputusan, silap silap life after married korang pun mak dia aturkan.

If terjebak dengan this traits,

Possibility untuk mengundang masalah² rumahtangga lepas kahwin are high.

Ada orang boleh survive. yang tak boleh survive semestinya akan jadi victim kepada domestic abuse. Elak dari awal. Selebihnya serah kepada Allah.

Kalau untuk ciri perempuan, im not so sure what kind of attitude yang lelaki should avoid, maybe nanti akan ada orang lelaki yang arif boleh komenkan.

All the best untuk semua yang tengah mencari jodoh baik lelaki atau perempuan.. Semoga beroleh jodoh yang baik, soleh solehah, dapat jaga kita sampai syurga. Doakan saya juga jumpa orang yang tepat. Aamiin.

#saynotodomesticviolence

– Naz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *