Ya, Faham Tetamu Tu Pembuka Rezeki

Jump straight to the story. Aku isteri umur lewat 20an, bekerja di satu syarikat swasta di selatan Johor. Kerja aku penat otak berurusan dengan client.

Aku sangat faham kita ni melayu dan dalam islam sendiri ada sebut meraikan tetamu.

Aku baru je pindah. Rumah aku serba serbi masih kurang. Raya ni rumah aku takda sorang pun tetamu yang singgah. Tak gerak kuih raya aku. Sedih tapi aku tak kisah.

Sebenarnya aku bukan nak cerita isu raya ni pun. Punca aku menulis ni, aku baru masuk rumah balik dari ofis. Malam nanti nak settlekan client dari time zone lain. Aku ada masa berapa jam nak rehat.

Then, sepupu aku WS nak datang rumah. Maghrib2. Ini bukan kali pertama. Tapi dah banyak kali. Ianya buat aku stress dan rasa nak ajak suami pindah je tempat lain.

Dia bukan nak buat apa pun. Dia saja tak nak balik rumah awal, tapi tak ada kawan nak melepak. Dia akan datang waktu maghrib dan balik lepas jam 9.

Kau bayangkanlah aku laki bini nak rehat macam mana. Kadang aku tengah topless menyusukan anak aku kat depan TV, tiba-tiba pintu rumah terbukak sambil bagi salam. Takde angin, takde ribut tiba-tiba dia muncul.

Aku dah tak boleh nak cakap tak dah. Ada je alasan dia.

Pernah sekali Jumaat aku cakap aku baru sampai rumah & nak keluar makan. Dapatlah lari. Dah tiba harini Isnin dia cakap dia on the way. Aku pening betul laaaaaa.

Bila aku mengadu kat mak aku supaya ada solution, takde ya. Dia kata biarlah biarlah biarlah. Ini rumah sendiri, sayanglah kalau aku nak pindah semata sebab manusia picisan begitu.

Anyway dia bukan sepupu betul. Dia merupakan anak angkat makcik aku.

Tolong sesiapa ada solution untuk elak dia datang selalu.

– Waikiki (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Tiada pertalian darah pun. UAI ada menyatakan tuan rumah berhak untuk menolak tetamu dan tetamu juga perlu minta izin tuan rumah utk berziarah.Waktu2 tidak digalakkan berziarah pun ada menurut Islam sprt lepas maghrib, lps zohor klu x silap sayalah. Jd puan boleh beri alasan yg suami tidak izinkan kerana sbb2 tertentu. Jadi wkt2 lain dia x boleh sesuka hati dtg .

    • Sangat betul tu. Berterus terang saja dgn sepupu angkat tu. Rumah kita hak kita nk terima tetamu atau tidak. Kalau tak faham bahasa jugak, lock je la gate, off phone. Kalau tak faham juga, letak je notice kt gate tu..TIDAK TERIMA TETAMU.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *