Stop, Jangan Meminta-minta

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca luahan saya ini. Aku Kubis Bunga (bukan nama sebenar) sudah berkeluarga dan ada 3 orang anak, 10,8 dan 2 tahun.

Syawal masih berbaki beberapa hari lagi, masih ada yang buat open house dan masih ada yang kunjung mengunjung rumah saudara dan rakan kan.

Disini aku nak luah beberapa sikap ibubapa yang suka meminta-minta.

PLEASE, STOP! jangan meminta-minta. Dari tuan rumah ikhlas jadi tak ikhlas kerana sikap meminta-minta tu. Tolonglah ibubapa moden. Tunjuklah contoh yang baik pada generasi akan datang.

Kisah 1.

Alkisah, aku sudah menjemput adik beradik, saudara dan rakan ke rumah terbuka. Sudah tentu dari makanan ke minuman ke makanan sampingan aku sudah bajet nak buat dan sediakan apa.

Aku tak minta tetamu bawa dan tak minta pendapat tetamu tentang hidangan makanan. Aku dah ada list, aku tahu tahap mampu untuk aku sedia kan.

Tetapi, ada juga tetamu meminta-minta untuk sedia kan hidangan itu, hidangan ini atas alasan.

“Anak aku makan ni ja, ko buat la sikit ya tuk anak aku, ko masak sedap, jangan lupa tau, masak ni tau”.

Heyy… Dah orang jemput datang makan, datang je, jangan banyak songeh. Anak kau nak makan, ko masak la sendiri. Dan aku, hanya mampu marahkan dalam hati. Hahaha.

Kisah 2.

“Anak aku 5 “. Sally (bukan nama sebenar) berkata. Yang aku nampak seketul ja dipimpin, lagi 4 dari turun kereta tiada pun. Bila ditanya,

“Tak ikut susah nak kontrol la, aku nak makan tenang-tenang, yang sorang ni sebab takde yang nak jaga ja”. Sambung Sally lagi.

“Anak aku 4 tau, klau nak kira sekali yang dalam perut ni ada 6”. Gurau Kiah diulang berkali-kali, anak nya 6 orang.

Kalau dah ulang lawak sama, sebenarnya mmg nak 6 angpau la kan. Aku bertanya mana 4 anak nya tu. Nak angpau kena la salam.

“Tak payah nak salam². Bagi aku jer angpau budak-budak tu, eh 6 la . Dalam perut ni nak jugak”. Di fitnahnya anak yang dalam perut tu.

Dari aku ikhlas nak bagi 4 anak tadi terus macam tak ikhlas bila tengok sikap ibubapa yang meminta-minta macam ni.

Aku lebih suka anak-anak itu sendiri datang bersalam dan mengucap selamat hari raya. Baru seronok. Bukan nak hadap ibu bapa yang tagih angpau anak ni.

“Angpau ni untuk budak-budak, ada yang datang salam ngan aku, dapat la. Yang takde, takde la yer”. Dari nak happy² raya ehh.. tersound pulak orang yang suka meminta-minta ni. Hahahaha.

Kisah 3.

Tentang makanan juga. Nama pun open hause, memang hidangan banyak, tapi tetamu ni kena tau.

Aku buat memang ikut kepala tetamu yang aku ajak, dan ada lebih pun biasa aku akan bungkus di akhir-akhir jamuan.

Ini tak, kau datang awal aku tak kisah, tapi kau dah pergi ke dapur, tanya ada plastik tak. Ada bekas pakai buang tu tak. Kau nak bungkus lauk ni sikit, lauk tu sikit. Ada anak kau tak ikut sekali, kau nak bungkuskan untuk dia.

Wehhh… Ini open house baru start, kau dah nak bungkus makanan. Kalau minta sejenis takpe. Insyaallah, aku ikhlaskan. Ini, udah la minta semua jenis hidangan dan angpau raya anak tak datang tu pun kau nak tapau.

Entah la, nak ikhlas tapi bila pikir macam sakit hati. Jawapan nya, tak ikhlas la kan.

Kisah 4. Last la…

Malam raya, dah wasap minta kita buatkan rendang lebih. Alasan. Tak sempat beli ayam, tak sempat cari serai tapi lemang dah beli.

“Masak rendang lebih sikit, pagi esok aku datang amik ya. Aku ni ada beli lemang 3 batang tapi rendang lupa beli santan. Lupa beli kerisik”

Ya Allah, pernah kena ya. Dengan siapa biarlah rahsia. Aku dah cakap, tak buat rendang, aku buat kuah kacang ja. Untuk nasi impit. Diminta nya bungkuskan nasi impit dan kuah kacang, pagi esok dia datang ambil.

Letih kan.. letih dengan sikap manusia yang suka meminta-minta ni, kadang mereka macam tak faham mungkin, atau buat-buat tak faham.

Ini la 4 kisah, meminta-minta yang sering berlaku dalam hidup ku setiap kali raya.

Kepada ibubapa moden. Stop! Hentilah sikap meminta-minta ni.

Aku sendiri, tak pernah minta makanan, angpau raya. Ada orang bagi, aku ambil tapi untuk minta angpau untuk anak memang bukan aku.

Aku ajar anak untuk lebih bertanggungjawab dengan pemberian orang, kalau hilang angpau tu, bukan rezeki kau la wahai anak. Tak nak hilang, bagi ayahnya atau bagi aku lepas orang hulur angpau.

Oklah gais.. Aku akhirkanlah luahan aku ni. Kepada ibubapa moden, STOP! ubahlah kelakuan kita, tunjukkan contoh yang baik pada anak-anak kita.

Assalamualaikum..

– Kubis Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Ya Allah… ingatkan circle kita je teruk meminta minta angpau, lepas tu mak sendiri yang buka angpau anak komen “sikitnya, anak kau aku bagi banyak”, dijemput datang makan tapi komplen taksedap la, takbanyak variety la. rupanya sis ni lagi dasyat, siap suruh masakkan lagi plus request sebab anak tak makan. aduhai. jem!

  2. buruknya perangai. apa yang orang hidang, makan. jangan duk buat macam restoran pula duk order. jenis aku, p umah orang memang makan sikit. kat rumah sendiri makan banyak. dan aku suka masak apa yang aku suka. puas hati boleh makan banyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *