Duit Raya Untuk Siapa?

Salam semua. Since sekarang tengah hot tentang raya. KP (ketupat palas) nak jugaklah menyelit sikit.

Isu yang ingin diketengahkan adalah duit raya.

First of all, duit raya ni tak wajib. Dia lebih kepada nak bersedekah nak memeriahkan suasana. Dan di Malaysia ni macam dah jadi macam adat utk sediakan duit raya.

Berbalik kepada tajuk, duit raya ni kepada siapa actually. KP berpendapat,

1) Utamakan kepada ahli keluarga rapat dahulu. Anak sendiri, anak saudara, sepupu sepapat.

Anak KP sendiri tak dapat pun duit raya dari mak/pak sedara dia.

Haha, kesian pulak. Esok nanti dia ada anak tahulah perasaan bila orang tak bagi duit raya kat anak dia.

2) Tuan rumah.

Kalau dah pergi open house rumah orang, usahakan lah bagi duit raya kepada anak tuan rumah.

Ini tuan rumah siap bagi kepada tetamu lagi,tapi anak tuan rumah terkebil2 tunggu turn dia dpt duit raya.

3) Anak2 kawan.

Sometimes di office ada budaya bagi duit raya pada anak kawan. So yang terima tu, bagi je lah balik.

Bagi amount yang sama pun tak pe je. Kang tahun depan orang dah tak bagi anak kau, kau jangan dok buat sentap pulak.

4) Orang yang masih menuntut ilmu.

Kalau ada budget boleh je bagi pada yang masih menuntut ilmu. Di sek men atau universiti.

Again duit raya ni bukanlah wajib. Nanti mesti ada yang komen, bagi duit raya tapi tak iklhas, sibuk mengharapkan balasan. Ntahlah.

KP ni sebenarnya tak suka orang yang tak de common sense. Sebelum kerja dulu, tak miss kita bagi duit kat dia. Dah kerja, sikit pun tak nak kongsi rezeki. Hurmm at least kongsi lah dengan family ni.

KP pun tak nak emphasize berapakah amaun duit raya yang sesuai sebab tu langsung tak penting.

Just gembirakanlah kanak-kanak di sekelilingmu seperti mana orang lain menggembirakan anakmu dgn sampul raya berwarna warni tu. RM1 pun takde hal.

Macam KP sendiri start menabung utk duit raya setahun sebelum lagi. Baju raya lain, duit raya lain. Jadi tak lah senak sangat bila nak keluarkan belanja time raya.

Sekian.

Harap ada yang boleh relate. Yang tak mampu tu KP faham je. Tapi pengalaman sendiri yang KP nampak tak mampu tu lah yang paling berusaha untuk memberi. L U S M betul.

– Ketupat Palas (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *