Kucing Terbiar

Assalamualaikum semua pembaca, topik macam biasa stray cat cumanya yang tak biasa tu stray cat tu saya. Sebab apa meh nak cerita..

Disclaimer, topik mungkin lari daripada tajuk, saya bukan nak cerita pengalaman saya rawat kucing ke bela kucing ke apa. (maaf)

Perkenalkan saya Citam nama pun stray cat atau kucing jalanan, kucing terbiar tapi Citam ni manusia takkanlaa kucing yang taip ni kan.

Berbalik kepada topik, pernah tak korang dah makan tapi masih nak makan lagi dan lagi. Dan lagi dan lagi selagi rasa nak termuntah tu hadir. 

Ibarat macam kucing yang orang kutip tepi jalan, yang bila mana beri makan masih tak kenyang-kenyang, suka korek sampah, tapi Citam tak korek sampahlah Citam korek peti. 

Kadang dah makan nasi penyet tapi masih ada ruang untuk spagetti, kek, air milktea dan lasagna. Lepas tu, bila bawak kereta mata meliar melilau tengok warung ke kedai tepi jalan yang macam orang jual goreng pisang, air kopi, sushi dan takoyaki. 

Padahal dah makan atau makanan ada je kat rumah. Sama macam pergi mall semua makanan nak beli padahal baru lepas bufet seoul garden. Sama juga sebelum tidur masih nak mengunyah ibarat esok gigi hilang tak boleh makan. 

Lagi apa ya simptom kekucingan liar Citam ni tengah fikir, Citam ada google juga binge eating mungkin ya. Tu adalah binge eating.

Sebab ada satu faktor tu yang boleh relate dengan childhood Citam sampailah ke zaman U. Trauma mungkin. Trauma untuk rasa tidak lapar. And yes sebab Citam dulu takde duit nak makan. 

Dulu masa zaman sekolah rendah, bawak berapa je duit tak sampai berapa posen beli kuih and done.

Masa zaman sekolah rendah pun rmt pun tak dapat masa tu, tak tahulah sekarang rmt tu ada lagi ke tak dia macam bantuan makanan pelajar miskin. Basically pergi kantin tinggal amik makanan dan makan. 

Siapa yang dapat jelah. Nak dijadikan cerita masa tu zaman Citam yang dapat rmt tu budak-budak kelas belakang so Citam kelas atas tak dapat.. so termenung jelah tengok. 

Satu hari tu, dah habis makan kuih kat kantin tertiba jalan nak balik ke kelas nampak seketul nuget love berposing sebelah longkang.

Dahlah lapar nama pun Citam kan apa lagi memang nak amik nak kutip makan la lantaklaa kan. Sekali ada budak tegur..

Woiii!!!!! so terkejut .. anjat iteww.. tak jadi nak kutip.

Terima kasihlah yang tegur tu nyaris Citam mengeow nak jadi kucing tadi. 

Banyak lagi zaman sekolah rendah nak cerita cuma malas taip, tidur dalam kelaparan tu biasa, rumah masak guna kayu tu hari-hari, makan ubi kayu. 

Straight forward zaman U, hahaha yang ni lawak. Citam takde duit so bila kawan-kawan ajak makan Citam balas kenyang atau makanlah dulu atau puasa.

So tiap kali orang ajak balas benda yang sama last-last takde kawan. Yelah kawan bitter la nak ajak makan kafe pun alasan sama apa lagi ajak makan kafe hipster ke apa. 

Zaman U ada duit sikitlaa cuma terhad, dulu masih zaman fotostat nota dan buku takpun mintak senior cuma banyak benda kena print kan so kena berjimat la.

Duit limit makan memang RM1 sehari. Memang beli kuih tiga ketul makan untuk hari tu habis. Dan nak perut kenyang teguklah air berliter2 kasi perut penuh macam tangki. 

Upgrade zaman U, time ni dah boleh makan nasi tapi limit sehari jelah belanja. Biasa nasi tu Citam akan scoop banyak-banyak dan lauk asing. Sebabnya apa? sebab boleh makan dua kali lunch dan dinner.

Nak dijadikan cerita, masa lepas maghrib nak makan lah kan lauk masa tu nasi putih ikan keli berlada. Masa makan tu ada bau pelik dah tapi makan jelah sebab lapar. 

Sekali bila tarik jari daripada nasi, Noh rokiah.. . macam gam ke gula tarik. Faham tak lauk tu dah basi sebenarnya and jadi macam gam dia punya kelikatan tu.. kahkahkah.

Alhamdulillah, Citam sihat walafiat mungkin perut Citam level-level orang luar negara yang boleh tahan segala bakteria.

Selepas beberapa tahun Citam tetiba teringat dan masih bersyukurlah time tu tak sakit cuba bayangkan kalau sakit time tu tak boleh belajar duit pun habis nak kena beli ubat. 

Kita ke zaman bekerja ya, zaman kebahagiaan yang menghancurkan. Ya Citam dah ada duit dah kerja tapi tulah. Ada duit lagi bermasalah rupanya daripada tak ada duit.. sebab duit ada nak makan apa makanlah. Cuma dia jadik over.

Kucing kalau gemuk comel manusia ni kalau gemuk susah nak cari baju ke nak dapat expectation dan impression dari manusia lain pun susah. 

So jari gemuk citam nak, sinopsis kan jela confession ni. Kita sebenarnya akan terus menerus capai apa yang kita tak merasa zaman budak macam citam tak merasa makan sedap mungkin orang lain tak merasa beli mainan ke hobi lain yang mana bila dia ada duit baru dia tunaikan. 

Pro (kebaikan)yang Citam jadi kucing liar ni yang suka makan ni, Citam tak kedekut bab beri makan dekat orang lain. Nak makan apa Citam bole belikan tak ada hal. Citam juga jarang cakap mana-mana makanan tak sedap. 

Cons (keburukan) nya, Citam melakukan banyak pembaziran biasa order banyak sangat dan untuk diri sendiri Citam jadi makan berkali-kali sampai tak jaga badan. Alhamdulillah kolestrol ok hba1c ok. Cuma tulah. 

♫A. L. O. N. G.. along♫

♫G. E. M. U. K.. gemuk♫

♫O. B. E. S.. obes♫

Doakan citam sembuh dari binge eating due to childhood trauma (memandai je).

Oklah sekian. Kalau tersiar boleh tak readers sarankan macam mana nak bagi nafsu makan tu hilang selain minum green tea(tak jalan). 

Citam si kucing gemuk jadian teringin jugak nak glow up.. sob.. sob…

– Citam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Kalau time puasa boleh control tak nafsu makan? If boleh, mungkin awak boleh try dulu puasa 2 hari setiap minggu contoh hari Isnin & Khamis..lepas tu nanti up lagi sehari ke dua ke tiga ke sampai awak boleh train nafsu makan sebab biasanya bila dah kerap puasa, nafsu makan akan kurang tapi saya tak pasti la mungkin setiap orang berbeza cuma boleh try cara ni. Selain tu kena juga workout walaupun 30 minit sehari..dalam rumah pun boleh awak..semuanya antara rajin dgn tak je..banyak kebaikan jaga kesihatan so masih belum terlambat utk awak ubah your lifestyle..good luck!

  2. Jangan salahkan masa lalu tak cukup makan. Sebenarnya ramai saja orang yg zaman kanak2 dan zaman U tak cukup malan. Namun bila dah bekerja masoh boleh kekal makan tak banyak. Yg penting kesedaran tu ada utk tidak salahkan keadaan lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *