35 Hari Yang Lalu

35 hari yang lalu aku baru dapat tahu yang Dr pakar dah diagnos aku sebagai pesakit SLE.

Nama aku Ayu. Workholic person. Sebelum aku SLE, aku memang dari tahun 2021 sampai lah sekarang ulang alik hospital.

Tahun 2021 aku patah kaki. Setahun ulang alik hospital. Hujung tahun 2022 aku Chronic Rhinusitis (Resdung) setahun lebih juga aku ulang alik hospital. Appointment ENT aku belum habis masih on going sampai sekarang.

Dr panggil aku, minta aku duduk dan dengar explanation lab test untuk darah aku.

Awalnya aku okay, sebab aku memang expect aku memang sakit. Aku memang tak boleh jalan, tak boleh pulas botol, pulas pili air, kadang pegang barang pun boleh jatuh dalam genggaman. Tangan aku cramp, kaku, sendi aku sakit.

Ni nak type pun aku tahan sakit. Harini aku okay, esok tiba tiba aku dah kaku cramp. Lepastu back to normal semula, kemudian jadi lagi. Macam tu lah life aku sekarang.

Kadang aku berdiri pun tak stabil. Aku tinggi lampai dan kurus. Waktu aku sakit ni badan aku memang tinggal papan ja kawan kawan aku cakap. Nasib baik pipi ada isi sebab makan ubat steriod so pipi memang gebu ya.

Dr kata dengan aku “Kenapa awak nangis? Awak tak boleh terima apa yang saya cuba sampaikan? Nurse bagi dia tissue”.

Aku diam. Aku kesat air mata. Sebelum aku sampai bilik Dr aku dah ikhlas dan redha. Tapi aku tak kuat. Jatuh juga air mata aku.

“You muda lagi, perjalanan awak panjang lagi. Awak boleh kahwin, boleh pregnant boleh survive macam biasa. Tapi bawah kawalan Dr. Tak boleh patah semangat. Ramai patient I yang miracle boleh sembuh. Jangan risau. Awak kena kuat ya”

Kuat sikit semangat aku bila Dr cakap macam tu. Aku bukan totally lose hope cuma aku down sekejap nak terima keadaan aku. Seminggu juga aku down lepastu aku dah okay dah.

Aku pergi kerja macam biasa tapi kalau aku sakit memang aku kena MC. Aku macam mayat hidup bila aku sakit. Kadang aku flare, kadang aku okay. Macam tu lah. 

Aku bagitahu HR aku punya condition. Aku kena panggil dengan boss. Boss memahami dan bagi kata kata semangat.

Dalam bilik boss tu aku tahan lagi air mata, balik tu masuk kereta barai aku nangis. Aku nangis sebab Allah tu baik. Allah hadirkan orang yang baik baik dalam hidup aku. 

Dari boss sampai officemate semua baik, alhamdulillah. 

Officemate aku siap kata dengan semua orang “jangan makan makanan favourite Ayu depan dia sebab dia tak boleh makan dah makanan favourite dia” 

“Ayu kalau penat rehat ja dulu nanti kerja kerja Ayu, akak boleh tolong settlekan” 

“Ayu, nak makan apa harini? Ayu tak boleh kena panas kan? panas luar tu nanti akak belikan”

“Ayu bag tu boleh angkat tak? Nanti Hafiz angkatkan bawa masuk kereta” dan banyak lagi aku tak boleh nak tulis sebab tangan aku dah sakit dah ni hahaha.

Aku memang food hunter, coffee hunter and book hunter juga. Life aku memang ada rules and checklist. Contoh macam baju kerja aku dah iron siap untuk 1 minggu.

Balik kerja wajib basuh baju dulu kemas diri and so on baru rehat. Malam after isya’ join class agama. Weekend kalau rajin jogging tapi kalau rajin lah kalau tak rajin memang suka food hunter atau kemas bilik.

Tapi, bila dah sakit ni aku kosong. Aku selalu penat walaupun aku tak buat apa apa. Aku nak iron baju pun tangan aku sakit. Kadang kadang aku paksa juga walaupun sakit.

Malam lepas isya’ aku akan termenung lepastu menangis. Ya Allah aku rindu nak makan makanan favourite aku. Lepastu aku sedapkan hati, takpe lah, mungkin boleh makan dekat syurga nanti insyaAllah.

Family aku sangat jaga aku sepanjang aku sakit. Allah ambil nikmat kesihatan tapi Allah bagi lebih dekat tempat lain. Jadi takde alasan untuk aku down dengan ujian Allah ini.

Sepanjang aku sakit berpanjangan dari tahun 2021 sampai sekarang, aku tak pernah salahkan takdir. Ini bahagian aku. Ada hikmah Allah titipkan untuk aku.

Setiap kali aku ke hospital, ada banyak pesakit yang lebih teruk dari aku. Aku bersyukur sangat Allah bagi aku rasa nikmat sakit ni walaupun hakikatnya perit pada awalnya.

Tuhan takkan menduga kecuali sudah siap di ukur semuanya. Siap mengukur kekuatan imanmu, air matamu, daya sabarmu. Dan tidak ada “sad ending” bagi orang beriman. Semuanya berakhir baik selagi dikembalikan kepada Allah.

Bulan 5 ni ulang tahun aku. Aku renung usiaku yang semakin habis. Terima kasih diri sudah berjuang sehingga ke hari ini.

#SLEsurvivor

– Ayu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Ayu , semoga awak diberikan kekuatan untuk menjalani kehidupan hari ini esok dan mendatang . InsyaAllah , Allah bantu awak untuk sihat seperti biasa .

    Walau macam mana pun , jaga kesihatan , jangan stress serta jaga pemakanan awak okey . tak apa . nanti dah sihat boleh makan makanan favourite lagi .

  2. saya doakan ayu cepat sembuh dan dapat kembali kehidupan yang dulu. sakit adalah penghapus dosa , jangan patah semangat ayu. semoga baik baik sahaja utk ayu..love you

  3. Saya pesakit autoimmune. Sebelum terkena saya sudah tahu ia penyakit yang tiada penyembuhan. Newspapers bahasa ingeris selalu ketengahkan issue 2 kesihatan. Ubatan yang diambil cuma boleh melambatkan process sahaja. Tapi terus kan kehidupan seperti biasa tidak lah berharap kesembuhan atau bersedih memikirkan nasib.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *