Takut Dengan Dunia Luar

Pertamanya tujuan saya menulis confession ni sebab mahukan nasihat dari orang yang lebih berumur dari saya..

Makna kata makan garam dari saya yang baru ciput kenal dunia.. 

Nama saya Chempaka berumur awal 20 an.

Yang masih tiada apa apa tapi ada impian yang saya ingin capai. 

Saya dulunya sejenis manusia yang degil dan kepala batu. Malas sekolah SPM tak ambil.

Saya membesar di kampung.

Masa saya umur 18 tahun family saya benarkan saya cari kerja dan menyewa di pekan yang jaraknya 1 jam lebih dari rumah. Pekan yang santai di satu kawasan dalam perak. 

Ringkaskan cerita saya terlanjur dengan sorang lelaki dan mengandung,

Tapi saya sendiri tak nak kahwin dengan dia sebab saya baru tahu perangai dia macam mana jadi saya tak nak take risk untuk sampai bersuamikan dia. 

Sekarang ni anak saya dah setahun lebih makan pakai saya dan anak keluarga saya yang tanggung.

Ya saya terima jika ada yang nak cakap saya ibu tak guna.

Saya cuba cari duit melalui online dapat memang dapat hasilnya tak lah seberapa hanya setakat sebulan boleh beli satu paket susu sederhana sahaja.

Bukan saya tak cuba benda lain saya cuba tapi takda rezeki. Bila saya nak keluar kerja takda apa nak jaga anak.. Area saya duduk memang takda pengasuh… 

Dan 2 minggu yang lepas salah sorang dari family member saya ajak saya menyewa dengan dia dekat kawasan bandar saya setuju demi anak saya..

Saya tawakkal sajalah dengan takdir Allah bab nak cari kerja semua tu insyaaAllah situ ada pengasuh cuma kerja ja laa taktau ada sesuai ke tak. 

Yang jadi masalah sekarang diri saya.

Saya baru sedar sebenarnya jauh dalam diri saya dah rasa takut untuk keluar cari kehidupan sendiri macam dulu sedangkan dulu saya lah yang paling berani antara adik beradik… 

Bukan lah sebab isu anak.. 

Saya tak pasti sebab apa.. 

Dia macam perasaan yang bila saya fikir saya akan pergi ke satu tempat bawak dir dengan anak saya tu saya jadi rasa macam takut rasa macam tak selesa serba serbi takut…

Takut sebab takda duit pun ya.. Tapi more to tak selesa dan takut.. 

Rasa ni bukan main main setiap kali saya pikir saya mesti nangis.. Saya taktau apa nama perasaan ni..

Tapi perasaan ni baru sekarang saya rasa.. Saya takut saya betul betul takut… Tapi saya akan buat demi anak.

Saya cuma nak nasihat sahaja.. Saya tak boleh luah dekat family nanti diorang risau.. Terima kasih.

– Chempaka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Rasa takut yang cik rasa itu adalah perasaan takut pada benda baru, atau pada perubahan, atau pada benda yang kita tak tau.

    Cik, sebenarnya semua orang ada perasaan yang sama.

    Kita tak boleh biarkan perasaaan takut terhadap sesuatu melumpuhkan kita. Kena lawan perasaan takut tu.

    Cik, saya tidak bawa kereta selama 5 tahun kerana saya takut nak menyeberangi satu simpang tiga jalan ni. Selama 5 tahun hidup bergantung pada teksi, kadang2 bila hari hujan, saya basah kuyup. Kadang2 kena tunggu teksi lebih 1 jam untuk perjalanan yang hanya ambil masa 10 minit. Tapi bila saya terpaksa bawa kereta, rupa-rupanya saya dapat hadapi simpang tiga tu dalam masa seminggu saja! Lepas tu simpang tiga tu dah tak jadi masalah pada saya. Saya sangat menyesal membazirkan masa 5 tahun berperasaan takut pada satu perkara yang sebenarnya dapat diselesaikan dalam masa 1 minggu saja.

    Jadi, apa yang saya nak bagitau adalah semua orang ada perasaan yang sama seperti cik. Jadi cik kena berani untuk lawan perasaan takut tu

  2. kalau takut, sampai ke sudah berkembang hidup.. yang nk trauma sgt kenapa? ko berehenti sekolah berani, beranak xberlaki pun ok, pilih xnk kawen pun ok.. ape sbb xnk move on?/ nk susahkan mak ayah lagi?
    keluar je dari kampung, kerja elok2, bela anak elok2, besarkan dia bagi jd org berguna.. majukan diri tu, kena sedar yg awak je blh ubah nasib diri sendiri, xde ultraman nk dtg ubah (kecuali dgn izin Allah)..
    maaf ayat kasar, tp geram..

  3. nasi dah jadi bubur. sekarang ni fokus masa depan diri dan anak.

    1. ambil spm semula. SPM penting. sekurangnya awak boleh mohon kerja yang stabil. Kalau takda SPM sangat susah.

    2. kerja apa saja yang halal.

    3. jangan ada impian nak bercinta atau fikir lelaki buat masa sekarang

    4. Sebab kewangan awak tak stabil, minta tolong mak ayah jaga kan anak sementara nak stabil. masa tu awak fokus kerja , cari duit sebanyak yang boleh. untuk keperluan anak.

    5. taubat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *