Nama aku An (bukan nama sebenar). Ini kisah aku. Kisah hidup budak perempuan yang malang pada sangkaan aku. Apa sahaja cebisan ujian daripada Tuhan yang aku tak hadap. Susah, merintih, menangis..
Hampir sahaja aku pernah berniat untuk tamatkan kehidupan aku. Tapi aku diajar soal agama dan aku tau perbuatan itu berdosa.
Sejak kecil, aku hadap macam-macam kesusahan. Aku rasa macam takde satu hari pun yang aku bawa keuntungan. Daripada umur aku 5 tahun aku dah temankan mak menoreh. Kumpul tin. Sebab aku anak bekas askar.
Biasalah mana ada askar cakap dengan anak lembut-lembut. Aku perempuan tapi aku diasuh macam jantan. Buat kerja berat dengan mak aku.
Mak aku dulu pernah jual jajan. Tu je sumber pendapat mak nak bagi aku duit sekolah tapi ada satu hari cikgu agama kutuk mak aku kat perhimpunan kata jangan makan jajan yang mak cik tu jual nanti bodoh.
Tau tak masa tu aku sedih sangat orang kutuk mak aku kat perhimpunan. Pulak tu cikgu agama. Sejak tu aku benci orang yang ada perwatakan alim. Alim tapi jahat.
Ditakdirkan tuhan selepas kelahiran aku, ayah aku disahkan buta sebelah mata.
Pernah tak kau bayangkan bertapa payahnya mak aku kena jaga aku yang dalam hari dan pada yang sama kena jaga ayah aku baru je buta sebelah mata. Kenapa tuhan lahirkan aku. Kalau aku tak lahir, aku tak susahkan kedua – dua orang tua aku.
Sejak kecik aku introvert dan sejak kecik banyak benda yang tak berpihak pada aku. Tapi aku dikurniakan kecerdikan dan cepat tangkap.
Masa sekolah rendah, ada pertukaran hadiah. Senior kena beri hadiah pada junior tapi nak tau tak. Aku seorang je yang takde senior nk tarik tangan aku untuk diberikan hadiah.
Aku sengih. Sebab masa tu aku kecik lagi mana ada perasaan jeles. Mungkin baju aku buruk. Budak miskin kan. Mana ada orang suka. Aku pendam.
Naik saja sekolah menengah, aku jadi pengawas. Macam biasa, budak introvert macam aku mana ada orang nak kawan.
Kadang aku selalu fikir kenapa aku tak boleh happy macam orang lain. Kalau pergi rombongan mesti aku la si ganjil yang takde pasangan nak naik bas. Semua kesialan jatuh pada aku. Dalam kelas pun aku duduk dengan budak cina yang takde pasangan jugak. Sedihkan.
Masa belajar, aku usaha la sekuat mana pun. Markah aku mesti merah. Kau selalu tanya tuhan kenapa hasil yang aku dapat tak setimpal dengan usaha aku. Takde jawapan. Dah la hidup takde kawan.
Jadi disebabkan aku tau takde nak jadi best friend aku. Maka semua benda aku citer kat mak. Mak memang pendengar yang setia. Isteri yang sangat baik. Aku tak pernah dengar mak marah.
Lepas tu aku masuk matrik. Itulah pertama kali aku duduk asrama dan jauh daripada keluarga. Kadang cemburu dengan keluarga orang lain setiap minggu melawat anak.
Aku? Mak dan ayah aku sangat susah nak datang sebab diorg takde kenderaan yang sesuai dan ayah aku tak selesa duduk lama dalam kereta. Bayangkan daripada johor nak ke melaka sejam juga.
Aku pernah termarah mak “kenapa tak datang melawat kita”. Ya Allah berdosa sangat aku masa tu. Kenapa tergamak aku cakap camtu kat mak padahal aku tau mak ayah aku orang susah.
Sejak itu aku hidup berdikari. Belajar beli tiket bas. Solo ranger balik kampung. Settle. Setahun kemudian aku dapat tawaran masuk u ke pantai timur. Lagi jauh kan? Nak buat macam mana. Aku pergi kan juga.
Mak ayah aku datang sekali masa daftar dan masa konvo sahaja. Sepanjang tu aku hidup berdikari. Hidup di u lagi mencabar. Dengan aku yang introvert tak banyak kawan. Banyak kali la aku kena palau. Kadang tu kalau buat team group mesti aku takde group. Sedihkan.
Yela aku tak lawa. Miskin. Untung aku dapat roomate yang baik hati. Kadang2 diorang kongsi rezeki dengan aku. Disebabkan aku terlampau fokus nak berikan terbaik dalam pelajaran kadang aku emosi tak boleh dengar suara bising.
Banyak kali jugakla roommate aku sentap dengan aku. Aku sangat serabut dengan keadaan bising. Aku sayang diorang macam family aku sendiri tapi pada masa sama aku stress. Macam biasa lagi. Bertapa malangnya aku, setiap kali aku struggle, markah aku masih cukup2 makan.
Aku pernah menyorok kat tangki air asrama aku sebab nak cari ketenangan. Puas budak bilik cari tak jumpa. Aku tak suka luahkan apa aku rasa pada orang. Sengsara aku, aku pendam.
Kadang aku lepak library daripada mula buka sampai la tutup lepas tu aku carik port yang aku tak nak balik bilik.
Masa kat u. Aku bajet duit makan aku RM2 je sehari. Tipula kalau aku takde perasaan sedih bila tengok kawan beli air coolblog macam beli air mineral. Aku? Makanla sisa baki makanan roomate aku yang diorang tak nak makan.
Kadang diorang halang tapi aku kata jangan buang rezeki biar aku makan. Indahkan ujian aku dapat. Begitula proses kehidupan aku yang tak tahu bilanya aku temui kebahagian.
Lepas je study. Aku dimurahkan rezeki dapat kerja yang jamin masa depan aku. Hah lagi sekali aku terharu. Aku dapat sebab mak aku bernazar rupanya. Masa lapor diri, beriya2 la ayah aku duk hantar padahal masa tu mata sebelah lagi dah tinggal 1% je dia boleh nampak.
Dia kata dia bangga aku dapat kerja. Tapi sayangnya dia tak nampak aku pun. Dia dah dikategori buta dua-dua belah mata. Nice. Sekali lagi ujian aku. Akulah tu si pembawa malang tu dari aku lahir.
Kat tempat kerja aku tak banyak cakap. Kadang tu aku jeles dengan budak kat tempat kerja. Boleh ketawa. Boleh happy. Ada keluarga bahagia. Aku? Useless.
Tahun 2022 ujian paling terbesar Allah bagi pada aku. Guess what. Mak ditakdirkan dapat kanser. Wow sampai level ni. Segala macam bentuk ujian aku cakap dari kecik sampai besar aku kena hadap.
Duit tak cukup beli ubat mak. Gaji habis beli pampers dan keperluan mak. Kawan-kawan sorang demi sorang tinggalkan aku. Yelah mungkin fed up gak kalau asyik dengar kisah problems hidup aku. Aku pun tak nak la hidup susah sampai macam tu sekali.
Kalau boleh diberi pilihan biar aku je yang sakit. Mak aku dapat survive setahun je. Lepas tu mak meninggal juga. Aku hilang kawan baik aku. Sumpah aku lost.
Percaya tak lepas 2 bulan mak pergi. Ayah aku pula menyusul. Yup Tuhan ambil dua- dua dalam tahun yang sama. Tamat aku tak ada ayah. Takde mak. Dengan siapa aku nak teruskan hidup. Gelap hidup aku.
Aku korbankan semua. Zaman remaja aku. Kegembiraan aku. Segalanya untuk mak dan ayah aku. Sebab dalam hidup aku cuma hanya mak dan ayah. Aku puas jaga mereka.
Aku selalu cakap kat diri aku. Aku kena reda. Aku kena terima lalui semua keperitan ni sebab aku yang bawak malang dalam hidup mak ayah. Kalau aku tak lahir, mak ayah aku mungkin tak perlu bekerja keras.
Aku gagal dalam semua perkara. Rezeki aku cuma dapat jaga mak ayah hingga hujung nyawa.
Sekarang lepas apa yang berlaku, aku slow-slow bangkit atas kaki sendiri. Seminggu mak aku meninggal aku dah boleh pergi kerja. Boleh ketawa dekat opis tapi setiap kali otw balik, aku menangis sepanjang jalan nak sampai ke rumah. Aku tak nak diorang nampak aku lemah.
Kadang sumpah tau aku jeles tengok kawan- kawan dah kawen tp tu rezeki diorang. Sorang demi sorang berubah. Masing-masing tumpu pada pasangan masing-masing. Jodoh aku? Kalau dalam rezeki pn aku selalu malang. Apatah la lagi jodoh.
Aku move on. Aku buat-buat happy. Tapi sifat manusia lebih suka melihat aku down,stress, marah, baru diorang tak becerita. Jadi salah bila aku cuba nak gembirakan diri sendiri.
Bayangkan lebih 30 taun aku korbankan apa yang aku nak sangat buat dalam hidup. Bagilah aku peluang. Penat sangat2 dah nak sedih. Aku dah berdamai dengan TAKDIR. Aku dah takde apa-apa. Takde suami. Takde anak. Takde apa dah yang manusia nak dari aku.
Tak perlu cemburu dengan aku bila aku post status kat media sosial yang aku sedang bergembira. Tu je waktu aku cuba merasa untuk gembira setelah sekian lama. Aku cuma ada nyawa aku je.
Doakan aku terus kuat. Dijumpakan jodoh yang bantu aku untuk kuat. Masa aku tulis ni memang aku tak berhenti menangis dah dekat 3 jam. Why me? Ada jawapan?
Entahlah…
– Nurkilan An (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tuhan tahu awk mampu, sebab tu awk diuji sebegitu.. awak sangat bertuah ada ibu bapa yang bertanggungjawab.. sy penah keje kat umah anak yatim.. banyak lagi kisah yg terlampau sedih nk diceritakan kembali. Salah satunya, ada budak kematian ibu masa kecil, didera mak sedara. Ayah pulak abaikannya. Budak tu jd sakit mental.. awak diuji sebegitu hidup susah.. tp awk ada anugerah terindah.. kasih sayang x berbelah bg dr org tua.. awak sangat hebat. Berbakti sehingga tutup usia ibu bapa. Jangan cakap awak pembawa malang.. awak dan ibu bapa awak orang hebat, sebab tu ujian pon hebat. Ramai je yg ada anak ada suami yg tengah hadap ujian rumah tangga berharap mereka x pernah kahwin sebab ujian yg hadir dr suami dan anak.
An, Allah tak pernah menjadikan sesiapa sebagai pembawa malang. Kelahiran An adalah sesuatu yang ditentukan oleh Allah, ada sebab untuk setiap perkara yang berlaku. Setiap bayi lahir dalam keadaan fitrah.
An ada banyak ujian yang berat dalam hidup. Allah memilih An untuk ujian ni semua sebab Allah tahu An mampu untuk menempuhi semua ini. Allah tidak menzalimi sesiapa, jadi bila An diuji dengan ujian2 yang berat ini, percayalah ada hikmah yang Allah berikan, samada kita sedar atau tak.
Kadang2 Allah bagi kita sesuatu yang kita tak suka, tapi kita tak tau yang itu sebenarnya adalah baik untuk kita. Saya perempuan, tapi saya ada bulu kaki yang panjang. Saya sangat malu dengan kaki saya. Tapi kerana bulu kaki yang panjang tu lah saya tidak pakai skirt atau seluar pendek sedangkan saya sangat suka tengok skirt pendek yang cute2. Selepas berpuluh tahun hidup, saya baru sedar yang rupanya Allah bagi saya bulu kaki yang panjang supaya saya menutup aurat.
Saya pelajar yng bijak masa sekolah, straight A. Tapi bila masuk uni, saya jadi bodoh sangat2. Keputusan pun cukup2 makan. Lepas grad, saya menganggur selama 3 tahun. Saya sangat malu dengan hidup saya, malu dengan orang sekeliling, malu dengan kawan2. Saya seperti dah jatuh ke tahap paling bawah. Tapi lama lepas tu baru saya sedar kenapa Allah takdirkan itu pada saya. Sekiranya saya dapat keputusan elok masa uni, kemudian terus dapat kerja best, kemungkinan besar saya akan jadi seorang yang angkuh dengan pencapaian saya, sebab saya memang mempunyai personaliti sebegitu. Tapi Allah bagi saya jatuh ke tahap paling bawah dalam hidup supaya saya dapat rasa bagaimana orang yang walaupun dia berusaha bersungguh2 tapi masih tak dapat capai apa yang dihajati. Saya juga belajar yang tak semua orang mempunyai peluang dalam hidup. Ada orang jadi tukang sapu yang terpaksa sapu sampah dibawah matahari terik, kerana dia tak ada peluang lain, bukannya kerana dia tak berusaha, dan bukanya kerana itu jalan hidup yang dia pilih. Kerana takdir saya ity, saya dapat mengelakkan diri dari jadi angkuh. Jadi Allah telah bantu saya untum jadi orang yang lebih baik.
Ujian An sangat berat, dan sekarang ia mungkin kelihatan tidak adil. Otu adalah lumrah dunia. Tapi Allah menjanjikan yang Dia akan menyempurnakan setiap balasan di hari Akhirat, ini disebut dalam surah Al Imran. Jadi yakinlah yang An dan ibu bapa An akan mendapat balasan yang adil dan setimpal dengan ujian2 yang An sekeluarga lalui di dunia ini.
awak adalah anak yang baik. anak yang mak ayah awak sayang. awak sumber kegembiraan mak ayah awak, sbb tu dorg xpernah buang awak, anggap awak beban.. jgn hukum benda yg tidak2 pada arwah mak ayah dan diri sendiri, nanti keadaan akan jadi lagi buruk dan awak mungkin bakal kemurungan.. hiduplah utk diri awak sendiri.. doakanlah mak dan ayah awak selalu, bersyukurlah bila mana awak tau yg org akan berkawan bila kita dekat bawah at our lowest point (itu mmg btl kwn sejati) if they walk away at yr lowest, then u know, beringat yang kita selamanya ada diri sendiri dan Tuhan sahaja, jgn bergantung pada manusia.. saya juga belum berkahwin diumur 33 ni, tapi sudah berdamai dgn takdir.. juga sudah kehilangan ayah diusia muda dan dibesarkan mak sorg diri.. xde hidup yg lg susah atau nk ckp soal ‘terpaling’,cuma nk pesan jgn kalah dgn masalah, hidup ni panjang lagi perjalanan..
Kumpul duit, pegi umrah, then travel the world. Migrate to another country if you could. You will find a better life out there. Most importantly, put your 100% trust in Allah. May you find peace and happiness along the way.
“If you want a different result, make a different choice.” Get out of your comfort zone and stressful life. Don’t think about other people or how they might think of you. Live your life and belajar bersyukur, Allah will give you more. Just trust HIM.
May Allah protect and bless you always sis <3
Stressful life =comfort zone
tahniah sebab dah jadi anak yang baik dekat orang tua awak selama mereka masih hidup. awak kata itu ujian, tapi saya nampak disebalik apa yang awak fikir tu, awak terus jadi anak yang baik dekat arwah ibu ayah awak.
bab kawan, saya rasa awak kena utamakan diri sendiri. memang kita akan down kalau rasa hidup ni kita sorang. tengok orang gelak dengan kawan, kita pun nak. tapi, awak kena ingat, kalau takde kawan pun awak boleh happy. kerja untuk hidup (dapatkan sumber kewangan), balik kerja tu awak pergi la happy kan diri. travel, kumpul harta ke (rumah untuk hari tua nanti), pergi makan, tengok wayang. sorang pun jadi, asalkan awak happy.
kalau masa free, boleh pergi masjid kawan dengan kariah area rumah ke join khairat kematian dekat area rumah awak. jadi, kalau misalnya awk meninggal, ada yang urus (ini sy la fikir sebab sy pun sorang takbergaul, jadi sy tak risau takde orang tolong sy nanti).
by the time you live your life, akan slowly ada improvement dalam diri sebab awak happy. the glow in you will bring the positive vibes yang buatkan orang nak dekat dengan awak.
all the best for your future, saya doakan kehadapannya akan lebih baik dan bahagia untuk awak.
sy sentiasa berpegang kepada ayat “Allah SWT uji sebab Dia tahu kita mampu”. saya tahu saya tidak boleh nak banding kan kehidupan saya dengan kehidupan awak. sebab mungkin kita berbeza latar belakang, sy tak pernah berada di tempat awk. tapi ketahuilah, sy juga pernah berada di titik rendah dalam hidup sy. ketika itu sy di U, sy berasa sangat hilang arah. jadi sy buka Al-Quran, dan antara ayat pertama yg saya baca adalah ; “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”. sy baca ulang-ulang ayat ini. Perlahan-lahan sy mengubah diri sy. sy sedarkan diri sy bahawa, hadir sy di dunia ini untuk beribadah pd Dia. dalam keluarga mana pun sy dilahirkan, tujuan utama sy adalah itu. sy mula menganggap kehidupan ini satu perjalanan. satu persinggahan. sy sedikit sebanyak mencorak perjalanan hidup sy. apabila sy berfikir bergitu, sy jadi lebih menghargai, lebih gembira. sebab sy jadi sedar bahawa masa itu berlalu dengan pantas sebenarnya.
sy dekatkan diri dengan benda benda yang buat sy bahagia, sy jauh kan diri dengan benda yg buat sy sengsara. sy elak berdendam dengan orang, dan sy cuba untuk buat orang tidak berdendam dengan sy. dan sy mula belajar mendoakan orang. contoh; melihat orang lain berkahwin bertemu jodoh , sy doakan semoga baik baik untuk mereka. melihat orang memulakan perniagaan, sy doakan semoga maju sentiasa. sampaikan sy pernah target 1 hari sy akan doakan seorang stranger yang sy akan bertembung. apa pun yg kusutkan fikiran dia, semoga dipermudahkan semuanya. sy belajar untuk tidak membandingkan diri dengan orang. sy adalah sy. jalan cerita sy seperti ini.
sy juga belajar dari satu sesi, dimana ada, Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya Allah SWT berfirman: Aku berada di sisi sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku.
Jika dia bersangka baik, maka baginya (kebaikan menurut sangkaan baiknya). Jika dia bersangka buruk, maka baginya (keburukan menurut sangkaan buruknya).” (Riwayat Ibu Hibban)
jadi sy belajar bersangka baik terhadap Allah SWT. Penceramah itu kata kita akan memperoleh sesuatu berdasarkan keyakinan kita kepada-Nya. Keyakinan yang baik akan mengundang kebaikan. Jadi sy tanam keyakinan, Allah Maha Baik, Allah Maha Mengetahui. apa pun ujian yg datang, Allah lagi mengetahui dari sy. Allah Maha Penyayang, jadi sy yakin Allah sayang pada saya.
sy juga belajar cara berdoa, yang mana penceramah itu kata kita mulakan doa dengan memuji Allah Swt, diikuti dengan merendahkan diri kemudian baru apa yang kita nak doa. contoh; “Ya Allah yang Maha Baik, aku bertawakal segala urusan aku pada mu. Pada Mu aku bergantung. Aku tidak mempunyai apa daya. Aku lemah. Hari ini aku ada interview, aku berdoa semoga semua berjalan dgn lancar. jika itu yg baik untuk aku , dekatkanlah.”
perkara-perkara di atas yg sy lakukan, banyak mengubah sy. sekarang sy masih lagi belajar untuk menjalankan hidup yg positif dan bermakna, kadang-kadang mmg letih. sebab kita manusia. tapi bak kata yg terkenal – “jika letih, berehatlah. tapi jangan berputus asa”.
sy mohon maaf. sy tidak pasti samaada cerita sy di atas dapat membantu atau tidak. apa pun, sy berharap anon akan sentiasa dimudahkan urusan. semoga jasa anon menjaga ayah & ibu dengan baik menjadi asbab syurga terindah buat anon kelak.
“Dibuli semasa sekolah ,pendiam ,bukan pelajar cemerlang dan tiada rupa . Dianggap seorang yg pelik,itu la saya semasa dizaman persekolahan. .dan bila dewasa ,kisah silam tersebut masih menghantui diri. .secara tidak langsung ianya memberi kesan kepada cara saya bekomunikasi dan bergaul. .kadang kala rasa diri ni datang dari planet lain je . .Tapi saya tahu setiap manusia punya ujian hidup mereka masing – masing..hidup ini hanya tempat persinggahan ,semoga awak terus kuat mnghadapi liku liku kehidupan didunia fana ini. .Semua yang terjadi ada hikmahnya dan jangan buruk sangka Dengan takdir Allah..”Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
Dulu sy mcm awk jugak… Dari kecik sy Selalu tertanya2 kenape tak begitu kenape tak begini… Sampai lah sy umo 29thn.. bf tinggalkan sy kawen dgn org lain syp2… Sy ms tu mmg down giler, sbb bg sy dia org yg sy serious in relationships dan fikir nak kawen dgn dia… However lepas 3 bulan he looking for me… Sy cerita kat housemate sy… And she said “bygkan kalau awk kawen dgn dia n dia cri ex2 dia, ape awk rasa? That y akak ckp setiap yg berlaku ade hikmah dan asbabnya. Awk nampakkan hikmahnya skrg?”.. lepas tu smggu jugak sy termanggu… Sy fikirkan balik kata2 housemate sy… Ye btl, ade hikmahnya… Mungkin bukan skrg hikmahnya tp akan dtg…
An yang dikasihi Allah. Mak ayah tak pernah sekalipun rasa An pembawa sial dalam hidup mereka. Mak ayah sayang An sangat²..mak ayah sentiasa bahagia dengan kehadiran An. Ayah kehilangan mata, bukan kerana An, tapi itu ujian buat dia, sebagaimana itu juga menjadi ujian buat An dan ibu An. An anak yang baik. An jaga mereka hingga hujung nyawa. Pastinya mereka telah redha pada An. Bukankah bila makayah redha, Allah juga redha pada An. Terus lah berdoa utk mereka, bersedekah bagi pihak mereka. Teruslah dekat dengan Allah, insyaAllah bahagia yang An cari akan tiba suatu hari nanti. Jangan dicari bahagia pada makhluk, pada kawan2..tapi pada Allah. Dengan sendirinya yang lain akan datang.
An, awak penghuni syurga sebab tu banyak & berat ujian hidup yg An tempuhi. An jangan peduli orang bash atau cakap apa2 ttg post An di socmed. Post je story ke gambar ke apa ke. Do things as you wish. Choose to be happy. Jgn selalu kata diri pembawa malang. Setiap hari kena ckp benda positif – saya bahagia, saya dimurahkan rezeki, saya sentiasa beruntung, Allah sentiasa disisi saya. Imagine satu hari nanti An punya keluarga sendiri & keluarga mentua yg sayang sgt kat An. Sentiasa bersyukur dgn Allah, Dia akan bagi lebih lagi. I hope Allah grants all your wishes. – Lots of love ❤️