Salam semua. Aku M27, bekerja dalam sektor finance.
Aku nak cerita, aku ada berkenalan dengan satu office aku, F28 (Aku gelarkan dia ‘Daisy’) kerja dalam sektor finance juga tapi kami lain department. Kami kerja di sebuah firma dekat Malaysia.
Alhamdulillah, rezeki dan dapat tempat kerja lain pada pertengahan tahun 2022.
Masa aku mula2 masuk office ni, Daisy ni antara perempuan yang aku aim nak kenal. Dekat firma aku tu ramai ja perempuan yang cantik2 tetapi aku tak pandang sangat aku padang Daisy ni ja.
Planning memang nak settle down la dengan si Daisy ni kalau dia okey sebab aku malas nak cari yang lain.
Ciri-ciri Daisy ni orang nya cakap lembut, kalau tengok muka dia tenang ja sesedap mata aku memandang. Kalau bab kerja memang dia bagus dan aku mmg puji cara kerja dia, tutup aurat sempurna, pergi kerja naik kereta dan berkacamata.
Dia datang dari keluarga yang aku boleh katakan keluarga yang T20. Salah satu aku sangat2 tertarik dekat dia ialah dari segi pakaian dia, biasa2 ja tak modern sangat tak kuno sangat simple ja dan aurat memang dia jaga.
Aku? Orang nya biasa2 ja. Ada rupa, tapi takda lah handsome mana. Aku tak panas baran, pergi kerja naik motor ja, aku datang dari keluarga B40 tapi dari segi kehidupan serba serbi cukup bagi aku. Terima kasih sangat2 dekat parent aku.
Cerita bermula lepas hampir lebih setahun aku kat office tu, aku cuba beranikan diri untuk mula berkenalan dengan lebih dekat dan taaruf dengan Daisy. Syukur dia okey terima dan nak berkenalan2 dulu.
Sebelum aku teruskan niat nak berkenalan tu, soalan pertama aku tanya dia ialah Daisy ni single ke tak. Dan dia jawab dia single, tak pernah ada hubungan atau couple dengan mana2 lelaki sebelum ni, macam ni first time lelaki berani confess nak kenal dengan dia.
Bila dia cakap macam tu, aku lagi semangat lah nak teruskan niat aku nak taaruf dengan dia, hehe. Kalau masa tu dia kata dia tengah kenal dengan lelaki lain aku rasa aku takkan teruskan niat nak kenal dengan dia.
Jadi, bermula lah sesi taaruf tu. Aku tanya dia macam2 soalan taaruf yang seperti biasa orang tanya tu. Aku dah set kan kat diri aku nak kenal dengan Daisy ni dalam 3-6 bulan macam tu.
Dalam tempoh tu kalau aku tak boleh teruskan dan dia bukan ciri2 yang aku nak, aku stop dan undur diri.
Hari berganti hari, masa berlalu pergi. Aku dengan Daisy dah kenal dekat 6 bulan. Daripada sesi taaruf, aku buat kesimpulan yang Daisy ni ada ciri-ciri yang aku nak.
Beberapa perkara kami sekufu dan selebihnya tidak, contoh daripada 15 perkara (11 sekufu, 4 tidak sekufu). Aku tak pasti dari Daisy punya side, aku ni ciri-ciri yang dia nak atau tidak.
Daisy ni ada masalah, suka dry text dan nak reply ikut mood Daisy ni ja. Kadang ok balas kadang amik masa berhari-hari untuk balas penat nak tunggu.
Kadang aku terpaksa tanya berkali-kali kenapa tak balas. Dia bagi jawapan sibuk, tak sempat, terlupa dan sebagainya. Tapi kalau dia balas elok ja jawab.
Aku tanya soalan dan dia jawab bukan lah sepatah, berpatah-patah juga. Bagus takda aku syok sendiri hihi. Kalau progress tu masih lagi kenal antara satu sama lain. Kadang aku rasa macam mengemis nak suruh Daisy ni balas dm aku.
Aku ada tengok video UAI. UAI cakap kalau kita rasakan lelaki/perempuan tersebut ada ciri-ciri yang kita nak, teruskan dan perjuangkan la untuk dapat dia. Aku tengah perjuangkan la sekarang ni.
Kadang aku down sikit sebab energy yang aku berikan kat dia, tak sama seperti apa yang aku dapat daripada dia. Rasa nak give up dan undur diri pun ada. Agak susah kalau satu pihak ja yang nak satu pihak macam nak tak nak ja.
Soalan aku:
1) Betul ke kalau orang selalu dry text ni dia tak berminat sebenarnya dekat kita? Ada kata ya ada kata tidak.
2) Perlu ke undur diri hanya kerana dia suka dry text kita?
3) Patut ke tidak terus berjuang untuk dapatkan dia?
Yang benar,
– Amirul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Personal opinion saya untuk cara Daisy layan awak (sebagai seorang perempuan), but idk her, so you can take this with a pinch of salt.
1. perempuan paling excited nak bercerita tentang hari-hari dia dengan orang yang dia sayang, so there’s no such thing as “im too busy” “i forgot to reply your text”, sebab sebusy mana pon kami ni, kalau orang tu memang orang yang kami nak, he’s going to be one of the top priorities. pernah dengar ayat “no one is ever too busy, it’s just a matter of priorities” ? haa sama la mcm kes ni. so bagi saya, once she replied you nak tak nak or macam acuh tak acuh (in which when she’s in good mood she’ll replied nicely, trust me she’s just bored sksksk, been there done that.)
2. another thing about women, not all but most are, if she in fact feels the same way, there’s no need to even beg for her attention, she’ll in fact always or try to be available for the person she wants.
3. maybe just maybe, she has what you want, but you’re not what she wants. her, being 11/15 for you but maybe you’re just a 5/10 to her? 6 months is already quite long enough for a talking stage, jadi apa yg dia tunjuk tu is how she really felt la.
so, for anon, im not saying that she doesnt like you, maybe she does, but she’s not the expressive type. to resolve all your confusions, you can just straight up tanya je dia how does she felt throughout this 6 months talking stage? is there a future for you both? kalau dia jawab yes, then you have to accept that daisy is not an expressive person, maybe she’s just an introvert. BUT kalau dia hesistant, it means that your jodoh is somewhere out there still finding its way to you. so, good luck.
p/s: mostly women tend to want someone her age or older. but idk abt daisy la, these are all just my personal opinion. after all, you knew her better than the readers here.
Salam Bro,
Rich people nih akan nampak sedikit membosankan, salah satu puncanya, rich people terlalu menjaga imej, semua kena gate, kena simpan banyak rahsia, tak boleh open sangat, terlalu berhati hati, cerita pasal perempuan kaya pula, mereka terlalu fokus pada diri sendiri, dia ada life sendiri, life yang senyap, layan pun slow music, classic, jazz, kecik kecik dah ada space sendiri, sentiasa kena ada waktu rawat diri sendiri, pergi spa, pedicure manicure, kena ada waktu yang lama untuk baca buku, ada waktu layan tutorial, ada waktu window shopping, ada waktu travel yang memenatkan, ada waktu dia healing dari beban kerja dan dunia lol. Space & me time dia memang tak boleh diganggu. Hanya lepak dengan keluarga dan kawan kawan rapat sahaja, circle small. Susah percaya orang baru. Dia adalah dunia dia. Dari kecil dia teratur dan diatur.
Berbeza dengan perempuan biasa pula, 24 jam dia boleh melayan bro, dunia dia dunia bro. Tiap kali dia tak ada duit, dia mesej bro minta dengan manjanya, dah dapat duit, dia upload kat TikTok dengan music “dollar dollar bill come get her”. Transport dia tak ada, dia akan mesej bro suruh tolong hantar dia, bro drive, dia ambil video kereta lalu lalang dengan caption TikTok “Puan jangan rampas Tuan saya, saya tak rela kehilangan dia”. Dia nak gi konsert Malam Galau dengan member dia takut, dia mesej bro minta temankan, lengan bro dia tak lepaskan, dah cramp baru lepas. Lampu rumah sewa dia rosak, dia mesej bro suruh betulkan, alasan situ tak ada tukang, padahal rumah Ah Hong tukang elektrik sebelah jer. Pada dia bro lah provider and protector dia. Bro hero pada dia, very valueable pada dia, dia bangga ada lelaki macam bro. Dekat bio dia tulis taken by AM, Gambar bro dia print besar, tampal sebelah poster Cristiano Ronaldo.
Isunya disini bro berkenan dengan perempuan T20 yang bro pun sendiri tak faham, first things first bro, semua dia ada, jadi bro nak jadi apa dalam hidup dia, dia serba serbi cukup bro, disini lah kreativiti bro perlu diasah. Bukan setakat berharap, usaha kena ada. Masukkan diri bro dalam dunia dia, add ahli keluarga dia dan close friends dia kat socmed, berkenalan dengan parent & family dia, baru bro boleh tahu dunia kanak kanak dia, then why she acting like this and that. Her family & her close friends adalah cerminan dia. Mereka kenal dia lagi lama dari bro, semua info tentang dia yang bro akan dapat memang 100% legit. Bersosial dengan mereka akan bagi bro banyak petunjuk dan signal yang betul, sama ada bro akan jadi sebahagian dari masa depan dia, atau gambar bro akan ada di sebelah poster Cristiano Ronaldo.
Tutup salam.
dry text…. dia ada kwan lain selain ko…. itulah hakikatnya.. Mungkn sikap mcm tu dia sedang buat pilihan… Tak apa, ajak aje dia kahwin… kalau dia setuju …Alhamdulillah.. Kalau dia kata tunggu dulu, sendiri faham lah ya… lebih baik blah dari hati jadi seperti ombak dilautan…
Betul2, saya setuju dengan pandangan L. Saya sebagai seorang perempuan pun, kalau saya tak berminat dengan seseorang, saya pun akan dry text. Mungkin ada sinar dalam persahabatan Amirul dan Daisy ni. Sebab dah masuk 6 bulan kan? Tapi kalau dah 6 bulan, masih dalam talking stage, I don’t think that’s normal. Takut keselesaan tu ada tapi perasaan tu tak sampai. Maybe Amirul boleh cuba direct je tanya kepada Daisy ‘kita ni apa?’
Setuju 200% with L. Women tak bercinta dng otak tapi dng emosi. When women so into you there’s nothing stopping them from showing her emotions. Pernah dengar “dari mata terus ke hati” tidak pulak terus ke otak kan. Maybe just maybe Daisy sedang membuat pilihan, between u and her love interest. Anyway she was there before u. Mungkin hatinya pada yg lain, cuma si dia tak tahu pun kewujudan dirinya. Daisy tak bole terus menolak u kerana jika si dia tak membalas cintanya, she has u to fall back to. Well I could be wrong but sifat dia yg acuh tak acuh tu is telling a lot bro. Cinta itu buta, orang yg sedang bercinta tak nampak apa2 selain dari cinta hatinya. Good luck bro, the way I see it, she’s not so into you
Rasanya dia memang nk ada dalam relationship cumanya dia tak biasa, baru first time ada orang approach dia. Dia mungkin seorang independant woman, sebab itu dia macam itu. Tak clingy atau suka meluah. Pada pendapat sayalah.
Suggest bro take control, ajak je kawin, be assertive but not forceful. Jumpa family etc and see where it goes
Cari orang lain la.
Beza B40 dan T20 pon faktor tak sekufu yang sangat besar.
Dry text tu sendiri dah hint dia tak nak pergi jauh. Bunga bukan sekuntum, orang tak nak cari lain. Kita kena ada ego juga.
Aku stuju dgn ultromen taro.. kau kne bezakan dunia dia xsama mcm dunia ppuan b40 bruhh.. mcm ak sndiri even ak dtg dr b40,bila ak dh ke tahap more better,idop ak sndiri brubah. Aku just fokus apa yg penting lgpon utk sesi knl bkn smua bnda ak msti bgtw “kwn” br aku. Lgpun klu btl nk,dtg la mminang klu dh yakin dgn ssorg tu.