Haji Atau Renovate?

Salam admin dan pembaca semua. Saya nak minta pendapat semua. Macam mana ye nak pujuk suami supaya pergi haji di usia muda?

Bagi saya kan duit dah cukup. Digalakkan pergi haji kan sebab mampu. Nak tunaikan rukun Islam juga. Ibubapa saya pun pergi haji time muda.

Alasannya sebab ada anak kecik. Kena plan betul2 nak pergi haji ni. Yes. Faham. Saya yang jaga anak2. Tapi kalau nak tunggu anak2 besar, sampai bila kan?

Dulu ibubapa saya tinggal je, saya baby lagi waktu tu, untuk pergi haji.

Rumah yang kami duduk adalah rumah ibubapa saya tinggalkan. Bukan yang suami sediakan. Saya sudi berkongsi.

Tapi kadang tu ada juga nak rasa rumah suami sediakan, walaupun kecil. Rumah ibubapa boleh buat homestay sebab kat bandar. Rasa nak duduk kampung pun ada. Tenang2 je.

Suami saya memang orang kampung. Kerja sendiri, buat bisnes. Dia sangat bertanggungjawab orangnya. Nafkah cukup. Tolong saya jaga anak2.

Alhamdulillah dijodohkan dengan dia. Perkenalan kami singkat sahaja.

Mungkin masih dalam fasa memahami dia. 5 tahun usia perkahwinan. Dia sanggup duduk di rumah mertua. Sempat jaga arwah ayah saya sakit. Sebab saya anak tunggal kan.

Ayah memang harap anak menantu duduk sekali time tu. Sempat main dengan cucu.

Lepas ayah pergi. Dialah jadi ketua keluarga rumah tu. Sebelum ni ayah bayar. Sekarang semua dia bayar.

Entah lah. Tahun ni raya dia ajak tukar langsir. Saya cakap tak nak lagi.

Macam mana ye nak cakap. Saya sayang rumah tu, memori saya dengan ibubapa saya. Ibu saya yang pilihkan langsir semua. Susun atur saya ada ubah sikit2. Tapi masih banyak kekalkan yang asal.

Bukan mudah juga bagi saya untuk terus stay di rumah tu.

Suami saya cakap jom buat kabinet tv, naikkan pagar (sebab kanan kiri depan belakang jiran nampak pagar dawai je), tambah bilik etc

Mana yang perlu prioriti lagi??

Bagi saya, nak pergi haji dulu. Renovate kemudian. Banyak dah rasanya bazir duit shopping itu ini ikut nafsu.

Dan dah renovate pun sebelum ni. Tukar pintu, pasang cctv, pasang rumput karpet, tukar lighting, tukar box wiring etc

Saya nak break daripada semua tu actually. Setiap pertukaran tu mencarik emosi saya ni. Banyak sangat penyesalan.

Saya yang decide yang sebelum ni. Banyak pakai duit peninggalan arwah juga. Dia ikutkan sahaja.

He should have stopped me. Saya banyak ikut emosi. I don’t know what to do in grieving state either. Now, i just want out. A getaway. Haji yang terbaik

Entah la ke mana confession ni. Maaf tunggang langgang membacanya. Minta diri dulu.

Terima kasih jika sudi beri pendapat. Saya amat hargai.

– Delima (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Saya nak tanya, adakah puan sudah mendaftar untuk pergi haji?
    Nak pergi haji bukannya mudah dapat kerana ianya bergantung kepada giliran untuk kita daoat pergi. Kalau belum daftar, silalah daftar dulu, baru boleh buat perancangan seterusnya.

  2. boleh bincang je dengan suami…haji pon penting…renovate tu pon perlu juga..maintenance..kita ni hidup jgn terlalu fikir masa silap…fikir la masa sekarang..

  3. rasanya suami puan belum bersedia utk menunaikan haji. Jauh disudut hati mungkin dia nak pergi juga … doakan semoga dpt menunaikan fardu haji masa muda……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *