Isu Jamuan Raya Puding Tak Habis

Salam sejahtera untuk semua. Sekarang tengah viral pasal jamuan raya di sekolah kan. Isu ada juadah yang anak-anak bawa tak dikeluarkan, tak dihidang, tak habis. Aku terpanggil nak berkongsi cara aku, yang juga seorang guru untuk elakkan benda sebegini.

Yela, bila timbul isu ni, ibu bapa terasa hati, anak-anak sedih juadah dibawa tak disentuh atau tak habis.

Semestinya ibubapa dah berhabis duit tidak kira juadah disediakan sendiri atau ditempah.

Tetap juga keluar duit dengan niat sedekah dan nak anak happy boleh jamu kawan-kawan makan di sekolah. Anak pun kalau tak bawa nanti rasa tersisih, kawan-kawan lain semua bawa.

Antara apa yang aku dan juga ibubapa anak-anak di sekolah aku buat aku list kat bawah. Ni berdasarkan benda yang aku sendiri praktik. Bukan aku memandai nak cakap cara ni sesuai. Tak, ni sedikit solusi saja. Sebelum tu, aku ni guru Tahap 1 ye.

1) Bila tau ada jamuan di sekolah sama ada peringkat kelas atau sekolah, aku sebagai guru kelas akan list dalam group kelas senarai makanan yang akan dibawa oleh anak-anak. Ada 3 kategori,

Contoh:

a. Makanan berat.

b. Dessert/kek.

c. Lain-lain.

Jadi, ibubapa akan list menu mereka ikut kategori itu. Aku list juga menu yang tidak digalakkan, contoh, aiskrim dalam tuppaware, candy, keropok cikedis. Ni sebab pernah ye anak-anan bawa. Adoii habis cair ko, dah 2 3 bekas juga.

Aku bagi anak-anak makan dalam cawan, tak guna dah la kon yang mak dia bagi tu. Haha. Yang bakinya aku minta izin anak tu untuk bagi kelas lain sebab nanti cair takda sapa nak dah. Kan bazir.

Ok, berbalik pada list tadi, bagusnya nanti tak ada juadah yang sama dan aku pun dah tau juadah apa dan banyak mana yang akan ada pada hari jamuan. Dah boleh agak la kan.

2) Sekiranya ada ibubapa yang nak sambut harijadi anak, pun sama aku akan tanya juadah apa yang diorang nak bawa nanti. So, aku boleh prepare.

3) Sebelum jamuan, aku akan sediakan stok tuppaware makanan atau packaging yang kertas tu untuk diguna masa jamuan. Ni memang guna duit sendiri. Ada juga guru yang guna duit kelas. Terpulang. Aku beli kat kedai Eco je. Kihkih.

Makanan yang berbaki aku akan tapau dalam bekas dan tulis nama anak-anak. Lepas tu bagi la dekat diorang. Ada juga tu yang taknak, “saya taknak bawa balik,” aku paksa juga ambil, aku cakap awak ambil je nanti boleh kongsi dengan mak ayah, adik beradik.

4) Aturan makanan, haa ni yang penting. Tadi kan kita dah list kan menu. Bila nak makan, aku akan minta anak-anak makan menu berat dulu. Ni semua anak-anak wajib makan. Contoh kan ada spageti, nasi arab. Sape tak makan aku tak bagi ambil makanan lain. Hahaha kejam tak.

Kalau ada 2 menu berat aku bagi pilihan la. Pilih mana-mana. Ok semua dah makan menu berat, baru boleh makan yang lain. Ni terpulang, takda paksaan. Sebabnya, yang baki tu nanti aku akan bungkus untuk anak-anak. Part ni anak-anak sama-sama bantu.

Lepas dah packing. Ha jom la kita mengemas sama-sama. Semua happy, perut kenyang makanan pun habis, kelas pun bersih, takda yang rasa tersisih.

Aku biasakan juga anak-anak lepas habis semua, cakap terima kasih dekat selua kawan-kawan sebab berkongsi rezeki dan puji sedap semuanya, dan minta anak-anak sampaikan dengan ibubapa yang kawan-kawan cakap terima kasih.

5) Makanan yang memang dah dipack satu-satu macam kek coklat dalam bekas kecil, air kotak, memang aku bagi bawa balik. Kadang banyak sangat menunya. Kalau ada 30 orang ha, dah 30 menu.

Makanan yang tahan lama macam coklat atau air kotak, biskut chipsmore tu aku akan asingkan dulu. Lepas tu cakap kat anak-anak kita makan hari lain boleh, selalunya anak-anak ni on je.

6) Aku selalunya akan ajak guru-guru lain datang makan juga. Jamuan sekolah atau bila ada sambutan harijadi. Ni pun atas izin anak-anak. Kalau ada baki, atau rasa sikit sangat nak bungkus pun, aku akan letak di pantry guru ataupun berkongsi dengan kelas-kelas lain.

Aku banyak sebut dengan izin anak-anak kan, sebabnya diorang bawa tu yang aku faham dengan niat nak kongsi dengan kawan kelas je, so kalau nak diberi pada yang lain aku akan tanya dulu boleh ke tak kita kongsi dengan yang lain, boleh tak kita ajak cikgu-cikgu lain datang makan.

Taknak nanti jadi isu, anak-anak balik cerita dekat ibubapa cikgu nk bagi pada kelas lain, padahal bawa nak bagi kawan makan. Mau ada ibubapa yang sensitif, diserangnya aku dalam group, “kenapa ye cikgu bagi kek anak saya pada kelas lain?” haa sudah.

Ibubapa sekarang terlalu well educated dan terdedah dengan pelbagai ilmu parenting ni, So memang mencabar dan banyak ragam. Huhu.

Ada juga bila buat sambutan harijadi, anak yang ada adik beradik tu dia akan tanya, “boleh tak saya nak ajak adik/ kakak/ abang?” atau dia nak bungkus simpankn untuk diorang. Selalunya aku benarkan je.

Ada juga ibubapa yang dah bagi pesanan penaja seperti:

“Jangan bagi anak saya minum air sirap ye cikgu sekiranya disediakan. Banyak pewarna”.

“Tolong pesan pada Ummu jangan makan kek banyak ye, cikgu hanya bagi 1 slice je ye. Tinggi gula tu.”

“Cikgu tolong tengokkan Mika ye, dia tak boleh makan banyak sangat nanti dia muntah.”

Sekali lagi, ni cara aku, aku cuma nak berkongsi mungkin ada manfaat pada guru-guru lain. Berbalik pada isu viral, netizen minta packing satu-satu la apa kan, bagi aku tak kisah la packing ke tak.

Kita sebagai guru ada inisiatif juga. Tak habis, bungkus, bagi orang, atau bawa balik rumah. Jangan la pilih menu yang best je nak hidang. Yang tak best belakang-belakang.

Setiap menu yang dibawa anak-anak tu tak lain tak bukan usaha ibubapa nak anak-anak happy dengan harapan kawan-kawan pakat rasa sama-sama juadah tu. Kita jangan nak remehkan usaha orang. Rezeki orang lain-lain. Ada mampu ada tak mampu.

Tak kisah juadah dibawa tu packing atau tidak. Tak ada isu pun jika guru ambil pendekatan yang sesuai nak tackle kemungkinan yang bakal berlaku.

Pernah anak sorang ni, bawa keropok ikan je, dalam tuppaware besar. Licin ye. Pernah juga anak sorang ni, memang mak ayah dia jaga pemakanan dia so dia bawa buah anggur dan strawberi. Takda sape nak makan sangat.

Lepas tu aku ambil aku cakap, “Jom makan buah Siti bawa ni, nak sihat nak cantik kena la makan buah.”

Pastu aku petik la sorang tu dia baru baik demam, Amad awak haritu demam kan, lagi la kena makan banyak buah. Meh ambil. “terkedek-kedek dia datang. Yang lain dan-dan la,”Saya pun haritu demam, batuk la blablabla.” Pakat datang ambil sampai la habis.

Semua di atas semata-mata pendapat saya dan sedikit perkongsian saya. Cara-cara tu pun diambil dari pengalaman lepas-lepas dan diupgrade sampai takda isu dari ibubapa dan juga pihak sekolah. Semoga bermanfaat.

– Cikgu Atom (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Sangat mencabar kerjaya guru sekarang. Masa saya sekolah rendah dulu tahun 60an, juadah jamuan hanya nasi lemak, kuih2 bungku, epok2, pisang…haa.haaa..tp semua enjoy…sekarang juadah sangat happening…

  2. Teringat masa zaman anak sulung saya bersekolah. Dari darjah satu sampai abis form 5, tiap kali jamuan skolh kawan² dia mesti request suh bawak kek batik. Sampai la masa jamuan perpisahan form 5 kek batik saya kawan² dia yg tukang hidang je makan dulu, sampai tak sempat yang lain nak rasa.hahaha..la ni abang dah pun sambung degree.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *