Perangai Toksik II

Part I: https://iiumc.com/perangai-toksik/

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Maaf sekiranya confession aku kali ni agak panjang.

Lepas je aku nampak confession aku disiarkan, aku baca satu persatu komen-komen dari kalian malam tu bersama suami aku. Ada komen yang buatkan aku rasa sebak. Especially part dari readers yang dapat faham dengan jelas situasi yang sedang aku ceritakan.

Aku baca komen dari saudari yang kata mungkin ada sides story dari adik aku waktu dia kecil yang aku tak ceritakan. Mungkin adik lelaki aku ni ada memendam rasa dari dia kecil dan mungkin arwah mak ayah aku dan kami adik beradik yang lain ni pernah abaikan dia.

Jawapannya tidak sama sekali. Semua masalah yang terjadi adalah disebabkan dari perangai dia yang EGO, NARSISISTIK, MANIPULATIVE, BARAN dan DIMANJAKAN dari kecil oleh mak aku sebab dia satu-satunya anak tunggal lelaki dalam keluarga kami. Pendek kata dia ni anak manja arwah mak lah.

Trauma?

Kalau nak cerita pasal trauma. Aku yang trauma dengan perangai adik lelaki aku ni. Aku dah lama maafkan dia tapi perbuatan dia tu tetap ada dalam simpanan memori. Biasa kan dengar orang kata “Kita boleh memaafkan tapi untuk melupakan sukar sekali”

Zaman kami remaja dulu, masa tu aku bersekolah Menengah. Pernah adik lelaki aku ni serang marah aku di kantin lepas tamat waktu persekolahan. Bayangkan punya ramai pelajar yang ada dekat kantin sekolah. Pelajar sesi pagi, pelajar sesi petang.

Aku dulu pengawas sekolah. Jadi lepas waktu sekolah, kami yang pengawas-pengawas ni perlu berkumpul di kantin. Dia serang tolak badan aku, maki aku hanya sebab aku ni tanya pada kawan pengawas aku “Girlfriend adik aku tu macam mana orangnya ya” sebab aku tak kenal girlfriend adik aku ni walaupun satu sekolah.

Yang kenal girlfriend dia cuma kawan pengawas aku. Dan aku tak tanya pada kawan perempuan. Aku tanya pada kawan lelaki. Sebab pada aku kawan aku tu jenis jujur dan bukan jenis suka judging.

Kawan aku jawab “Baik je orangnya girlfriend adik kau tu”. So aku kata bagus lah kalau gitu. Dah, itu je yang aku jawab. Aku sekadar nak tahu bukan nak sibuk melebih-lebih.

Waktu dia tolak badan aku dekat kantin sambil mengamuk tu, kawan-kawan pengawas aku semua marahkan adik aku. Nasib baik waktu tu ada kawan yang sempat paut badan aku. Kalau tak, dah jatuh telentang dah.

Lepas je tamat waktu bertugas. Aku terus balik rumah. Masuk je rumah, mak aku terus marah aku. Mak aku kata “Kenapa ngah adik kau balik sekolah marah-marah. Apa yang kau dah buat dekat adik kau. Mak suruh kau jaga adik-adik kau. Tu pun susah ke”

Kakak sulung aku jarang ada di rumah sebab dia dulu sekolah berasrama penuh & gap aku dengan kakak sulung lebih kurang tujuh (7) tahun. Jadi aku lah ibarat kakak sulung di rumah.

Aku terus menangis masa tu. Sedih betul aku. Aku cerita dekat mak aku apa yang jadi sebenarnya. Tapi masa tu mak aku dalam 50-50. Tak tahu siapa yang cerita perkara betul. Yang aku tahu, adik lelaki aku cerita pada mak aku, aku ni serang girlfriend dia. Girlfriend dia kata aku ni kutuk-kutuk girlfriend dia dekat kawan-kawan aku.

Sampai lah adik perempuan aku yang no empat balik sekolah sesi petang. Adik perempuan aku ni masuk je rumah dia terus cari mak aku.

Aku ingat lagi adik perempuan aku ni cakap, “Mak..mak, dekat sekolah tadi adik nampak abang tolak angah, marah-marah angah. Adik tak perasan mula-mula siapa yang tengah bergaduh, kawan adik yang bagitahu. Kesian angah mak, malu angah. Kawan pegawas angah ramai tolong angah masa tu, so adik tak pergi tolong angah pun”

Mak aku dengar je, terus mak pergi marah adik lelaki aku tu. Masa mak aku pergi marah adik aku tu, adik aku ni pergi tolak badan mak aku. Mujur aku sempat pegang badan mak aku.

Mak aku marah-marah sambil menangis mak aku kata “Sebabkan perempuan, kau buat kakak kau macam tu kan bang” sebab ni jugak lah aku sukar nak lupakan peristiwa ni. Aku tak boleh lupa moment dia tolak badan mak aku. Aku sedih sangat. Aku salahkan diri aku sebagai punca utama.

Oh lupa nak bagitahu, adik lelaki aku ni bukan anak bongsu. Dia anak ketiga (3) dari lima orang adik beradik dan berbeza umur dua tahun sahaja dari aku.

So umur adik lelaki aku ni diakhir 20an dan baru nak masuk tiga tahun usia perkahwinan mereka. Ada seorang anak perempuan berusia 8 bulan.

Aku baca semua komen kalian tu dengan suami aku. Sambil dok baca tu mulut suami aku mengomel. Suami aku kata,

“Tengok sayang. Ramai kan yang komen ayat sama macam abang selalu pesan dekat sayang. Tak salah pun tindakan sayang cut off hubungan toksik ni. Cukup-cukup lah biarkan orang pijak kepala sayang. Sayang kena sayang diri sayang dulu okay” menangis terus aku bila dengar suami kata gitu.

Adik lelaki aku ni bukan dengan aku je dia tak reti nak bersyukur tiap kali bila orang dah tolong dia. Dengan adik-adik yang lain pun dia buat perangai yang sama.

Bukan lah adik beradik yang lain ni tak pernah bergaduh. Pernah je bezanya yang lain-lain ni bukan jenis suka mencarut & bila memasing dah cool down mesti mereka akan mesej personal minta maaf.

Nak minta maaf ni bukan perlu kira kau kakak ke kau abang ke kau adik ke. Asalkan sedar diri tu bersalah, minta je maaf terus. Hati pun jadi tenang.

Cuma selalunya hanya akan jadi lebih panas tu bila adik lelaki aku ni bergaduh mulut dengan aku lah sebab cuma aku je yang berani tegur dia direct tiap kali dia kurang ajar. Kalau langsung tak ada sesiapa tegur, lagi teruk jadinya perangai dia.

Pantang ditegur sikit, tiap kali tu dia akan mencarut. Paling kerap dia sebut puk*mak tu lah, si*l, bod*h, bang*ng tu biasa je. Kakak sulung aku pattern jenis diam & jenis simpan dalam hati je.

Adik-adik aku yang lain pun sama diam jugak sebab dorang tahu dorang tu pangkat adik. Tak kan nak tegur abang dorang pulak. Lagi-lagi bila tahu abang dorang tu jenis baran.

Ada juga aku terbaca komen yang cakap pasal adik ipar aku tu tukang cucuk. Aku tak nak ulas lebih bab tu cuma memadai untuk aku kata mereka memang pasangan yang sepadan.

Kenapa sepadan? Sebab adik ipar aku ni mengaku dia pun baran orangnya & selalu bergaduh jugak dengan adik beradik dia. Macam mana aku boleh tahu? Sebab adik lelaki aku & adik ipar aku ni yang cerita sendiri pada family kami.

Kami adik beradik tak pernah paksa dia join apa-apa aktiviti kami buat bersama. Selalunya bila pelawa pun, dia yang refuse tak nak join. Bila kami berjalan tanpa bagitahu dia & upload story berjalan di media sosial, dia akan balas story tu kata,

“Camni laa keluar tak ajak aku pun” dia dok asyik rasa dipinggirkan. Padahal kami tak pernah pinggirkan dia. Dari awal dia kahwin, tiap kali raya Aidilfitri, Aidiladha tak pernah kami dapat kumpul raya bersama.

Kadang tu bila dah ajak dia, dah set tarikh, dah booking tempat apa semua mesti last minit dia akan cancelkan sama macam dia buat waktu kami booking photoshoot studio raya tempoh hari. Tiap kali adik beradik planning untuk gathering, isu duit tak pernah timbul sebab semuanya kami 4 beradik yang akan sponsor.

Tak pernah lah mintak dia keluar duit sesen pun walaupun adik lelaki aku tu lifestyle dia serba mewah. Adik aku tu lelaki & ketua keluarga. Banyak tanggungjawab dia nak kena fikir especially bab duit. Dia dapat hadirkan diri pun dah cukup buat kami happy dah.

Bertahun-tahun aku abaikan je tiap kali gaduh sebab pada aku biasa lah gaduh mulut antara adik beradik. Nanti bila dah cool down, okay balik bertegur sapa . Adik beradik yang lain pun layankan je sebab arwah mak ayah aku selalu pesan dalam keluarga kena banyakkan bersabar. Apa-apa jadi jangan putus silaturahim dengan darah daging.

Jadinya sakit hati macam mana sekalipun, end up kau tetap usaha pujuk hati kau untuk memaafkan. Sebab apa? Sebab darah daging.

Cuma kali ni. Kali ni je aku tak dapat nak pujuk hati aku untuk bersabar, untuk mengalah, untuk bertoleransi sebab dia dah naik tangan pukul suami aku.

Suami aku dah banyak kali tegur aku. Suami selalu kata dia tak suka tengok adik aku tu mulut kurang ajar gitu dekat aku. Suami suruh ajar sikit. Tapi aku pujuk suami aku, aku kata takpa kita sabar kita doakan dia berubah ya.

Alih-alih suami aku ditumbuknya. Malu sangat aku rasa pada suami aku waktu tu. Malam kejadian tumbuk menumbuk, kakak dan adik beradik aku yang lain suruh aku pergi balai buat report polis. Biar dia merasa tidur dalam lokap.

Tapi suami aku tak bagi panjangkan isu. Suami kata suami dapat balas dua kali penumbuk tu puas dah rasa. Mesti lepas ni beringat dah dia. Lagi pula malu nanti jiran-jiran tengok kereta polis datang depan rumah. Dah lah ayah baru lagi meninggal.

Dulu pernah masa arwah ayah masih ada, adik lelaki aku ni gaduh marah aku depan ayah. Waktu gaduh tu dia nak naik tangan pukul aku. Ayah cepat-cepat tepis tangan dia then ayah kata “Kau siapa nak pukul kakak kau. Aku pun tak pernah pukul anak-anak aku” Yang selalu backup dia cuma arwah mak.

Bila mak dah tiada, memang hubungan dia biasa-biasa sahaja dengan ayah sebab dia lebih manja dengan mak kan.

Tentang isu rumah peninggalan arwah ayah ni. Pernah dia marah mengamuk dekat aku, dia menjerit kata “Kau berambus keluar dari rumah ni”

Bila ayah kerap sangat dengar dia cakap sebegitu, ayah ajak adik bongsu temankan ayah pergi pejabat tanah. Semuanya ayah uruskan sebelum kesihatan ayah makin bertambah teruk. Rumah ayah tu sekarang adik bongsu aku dengan adik lelaki aku tu yang duduk bersama.

Rumah peninggalan ayah sudah pun ayah tukar siap-siap letak nama kakak sulung sebagai pemilik.

Jadi dia dah tak ada hak nak halau-halau siapa-siapa lagi. Sikit pun aku tak kisah bila dia suka tengking suruh berambus sebab aku dengan suami ada rumah sendiri.

Dia anak beranak tu yang kalau aku suruh berambus tak pasal-pasal merempat nanti. Nak tunggu pindah masuk rumah yang dia beli tu tahun 2026 nanti baru siap dibina rumahnya.

Sekarang semua adik beradik dah tak bercakap dengan dia. Kakak & suami pun dah pesan dekat aku tak payah lagi tegur-tegur perangai dia & tak perlu lagi nak mesej dulu minta maaf tiap kali lepas tegur dia tu.

Biarkan je dia hidup bersama isteri & anak dia. Dia yang buang family ni. Left group pun banyak kali. Family ni je yang dari dulu rajin invite semula. Aku nekad cut off untuk kebahagiaan mental health aku.

Biar lah kali ni aku belajar untuk jarakkan sedikit hubungan. Aku akui kesalahan besar aku adalah aku selalu bagi muka sampai dia besar kepala. Tapi itulah lepas episod suami aku berbalas tumbukan tu, adik bongsu aku mesej aku bagitahu adik lelaki aku ni jadi tak sihat. Dia jadi sakit dada & batuk-batuk.

Jauh disudut hati, aku risau jugak sebenarnya. Tapi kuatkan jugak hati untuk tidak ambil peduli. Siapa suruh mulakan dulu naik tangan dekat abang ipar.

Kakak kedua yang gagal,

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *