Orang Gaji Aku

Dunia sekarang keras. Semua benda naik harga daripada ke makanan, minyak, bil, sampailah yuran sekolah dan sewa rumah.

Aku decide untuk kerja dan bantu tambahkan income household aku. Aku bekerja sebagai admin di sebuah syarikat yang besar while husband aku kerja sebagai accountant.

Gaji aku alhamdulillah memuaskan. Tambah lagi gaji suami aku, jadikan kami hidup selesa. Anak tunggal aku, pada mulanya aku hantar ke tadika dan aku ambik balik lepas aku habis kerja.

Masalah timbul bila aku culas buat kerja-kerja rumah. Mungkin salahku terlalu penat bekerja. Selalu order luar. Dan biasa lah anak kecik ketika balik rumah, main, akan berselerak.

Lumrah kerja 9 to 5, akan dibawak juga ke rumah. Husband aku mula tegur aku tentang rumah yang bersepah. Sampai dia cadangkan untuk cari orang gaji.

Aku mula-mula macam tak nak fikirkan kos. Keselamatan anak lagi. Lepas 2 3 minggu jugak fikir masak-masak, aku ikut cakap suami.

Dia dapat cari orang gaji dari negara seberang. Orangnya muda, polos, tapi cekap buat kerja rumah. Dia pun pandai memasak. Aku panggil dia Baba (bukan nama sebenar)

Aku cuak jugak sebab kes dera dah berleluasa sekarang ni but so far masa tu aku tengok okay. Dia sangat pandai jaga anak aku.

Alangkah indahnya hidup aku time tu. Aku tak ada rushing ambik anak. Balik rumah makanan dah tersedia, rumah kemas, anak bersih wangi sambut aku balik rumah.

Husband pun nampak lagi happy and selalu belikan aku hadiah bila dia dapat bonus. Aku pun bersyukur la dengan apa yang ada.

Pejam celik dah setahun lebih Baba kerja. Anak aku pun mula start masuk sekolah. Alhamdulillah ada sekolah yang berdekatan dengan rumah jadi husband akan hantar and ambik dia.

Tak lama lepas tu, Baba macam banyak kali pening dan asyik muntah. Aku belikan ubat tahan sakit pun tak jalam jugak. Aku ajak dia pergi klinik dia tolak kata sakit dia tak teruk mana.

Sampai satu hari, aku pergi ke pejabat dan terlupa bawak laptop aku. Bila balik aku dengar suara Baba nyaring macam tengah bergaduh.

Masa aku tengah cari kunci aku dengar suara Baba jerit, “Aku hamil mas!”. Aku tak tunggu apa, jumpa kunci, bukak pintu and tengok Baba pegang UPT and tunjuk suami aku.

Suami aku tengah pegang kepala dia. Anak aku duduk sofa sambil susun buku dalam beg. Aku betul-betul rasa macam tengah tengok sinetron time tu.

Aku tanya diorang apa yang aku dengar betul ke? Nafsu marah aku bergolak and aku tanya diorang. Aku nak serang Baba tapi suami aku halang.

Anak aku mula panik and takut. Dia cuba pujuk and tenangkan aku. Suami aku berdalih, kata memang Baba mengandung tapi bukan anak dia.

Aku tengah gila aku tanya, “Berapa banyak kali korang main dalam rumah ni?”

Tiba-tiba anak aku mencelah dan cakap dengan aku supaya jangan marah Papa dia main dengan Baba.

Anak aku kata memang sebelum sekolah Papa dengan Baba akan main sama-sama. Dia selalu tengok sambil tunggu nak pergi sekolah.

Biru terus muka Baba amd suami aku. Aku suruh anak aku ambik beg dia and hantar dia pergi sekolah. Menggigil tangan aku masa drive tu.

Aku mintak cuti dari bos aku and pergi ke hidden spot cafe tempat aku selalu healing alone. Phone aku penuh noti call and mesej suami aku. Aku block dia.

Aku tak tau nak buat apa and sekarang ni aku tengah tulis confession ni dalam cafe. Lama aku duduk termenung fikir. Aku buntu.

Salah aku ke kerja nak tambahkan income household? Salah aku ke terima Baba dalam family aku?

Sampaikan diorang bermaksiat depan mata and dengan pengetahuan anak aku sendiri.

Aku tak tau nak buat apa sekarang ni.

– Matahari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

13 Comments

  1. dah mcm drama. tp tk mustahil utk benda ni berlaku dalam masyarakat kita. kalau aku minta cerai je boleh blah suami mcm ni, tk guna punye husband dh la ko berzina depan anak lagi, suami mcm ni ada akal tp pilih utk khianat isteri jugak. sis tak salah nak cari income lebih, salah suami sis kalau ada rasa tk best bincang dgn isteri bukan gi berzina bangang. kalau saya hilang semua respek dekat suami mcm ni.

  2. Beratnya ujian sis. Sis story dekat family dulu sis. Ambik cuti bawa anak balik kampung. Pedulikan la dua ekor tu. Lepas tu sis pergi pejabat agama minta nasihat kaunseling. Sis cakap suami yg carikan orang gaji kan, ada kemungkinan tak dia dah scandal dulu dengan orang gaji tu sebelum bawa balik rumah? Nanti cuba la siasat. Semoga dipermudahkan urusan sis. Aamin. Sabar ye. Apa pun ingat Allah ada.

    • Jd kat diri ko ke kluarga ko ke anak2 pompuan ko ke, baru tau langit tggi rendah

  3. Tu la, isteri elok duduk rumah jaga rumah. Ada konfesion tu isteri nak masak pun liat, memang la semua tanggungjawab suami, tp upah pembantu untuk isteri pun nafkah kalau mampu. Silapnya suami tt maksiat, patut ikut cara halal

  4. isteri elok duduk rumah jaga keluarga. Setakat nk tambah income bukan wajib atas isteri, isteri dapat keluar bekerja pun atas izin suami. Berniaga online pun boleh. Ingat malaysia ni hub feminism ke lelaki ada keje pmpn pn tak nak kalah nk kje gj besar. Allah dah atur cantik dah masing² hv gender roles. Ada konfesion tu isteri nak masak pun liat, memang la semua tanggungjawab suami, tp upah pembantu untuk isteri pun termasuk nafkah kalau mampu. Bila dah upah maid mmg akn ada plot twist. Silapnya suami tt bermaksiat, patut ikut cara halal. I sympatize with you sister hope you find solace behind this tragedy.

    • Suami tt sangat sial ye. Baba tu muda mungkin dia pun takut dengan majikan. Tapi mungkin dia pun nak senangkan diri dia dapat org malaysia. Pendek kata, dua2 sial & sundal. Sekian

    • Suami tt sangat S14L ye. Baba tu muda mungkin dia pun takut dengan majikan. Tapi mungkin dia pun nak senangkan diri dia dapat org malaysia. Pendek kata, dua2 sial & sundal. Sekian

  5. Plan slow and steady for your new future.. chill2 je for your next step.. don’t show any emotion, don’t show any mercy to them.. don’t ask and don’t communicate except about your kid..

    All the best, sister! Keep strong, do not ever give up!

    Nak update, please!

  6. Eh sial@n la suami awak dan juga baba ni. Please la blah dr kehidupan diaorg. Kalau dah sampai berzina mcm tu, dalam rumah awak sendiri, mungkin atas katil awak juga. Depan anak sendiri pulak tu. Kalau betul suami tu sayang awak, takdenya dia nak berzina dengan betina Indon tu. Si Indon memang la seronok dapat pikat orang mesia. Dah memang itu pun target diaorang. Tak dapat secara halal, dia pikat secara haram. Rela meng@ngk@ng asal dapat orang malaysia. Kurang ajar la baba ni. Laki awak pun sama kurang ajar sangat².

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *