Tips Cari Bakal Suami

Hi salam semua.. Harini nak share tips pada wanita-wanita single yang masih mencari bakal suami. 

Of course perkara pertama kena tengok agamanya. Solat terutama sekali. Kalau solat pun tidak buat tinggalkan serta merta, tak perlu tengok tips bawah ni dah. 

Berikut ciri-ciri yang perlu dilihat sebelum buat keputusan nak berkahwin. 

KERJA RUMAH

1) Please pergi rumah dia tengok layanan dia pada mak dia. Kalau sepanjang mak dia dekat dapur, dia langsung tak tolong sampai ke tahap hidang makanan & basuh pinggan pun tak tolong itu tanda redflag.

Kalau mak sendiri pun dia buat mcm orang gaji inikan you.

NAFKAH TEMPAT TINGGAL

2) Tanya dia lepas kahwin nak duduk mana. Kalau dia jawab duduk rumah mak dia selamanyer itu dah red flag.

Nafkah basic sediakan tmpt tinggal pun dia tak boleh nak provide rasa rasa apa jadi dengan tangungjawab lain?Renung renung kan. 

(Tips ni tidak terpakai jika ayah bf dah uzur, meninggal & mak mertua pun uzur tiada beradik lain itu tak apela duduk sekali.)

HOBI

3) Adakah obses sampai siang malam menghadap hobi or dia pandai manage masa? Belum lagi kalau obses dia sampai membazir. Sanggup buang duit dekat hobi walaupun tak cukup makan.

Kalau bf ada tanda red flag ni, siap sedia selepas kahwin dia tak ada masa untuk u & anak2 dan nafkah makan minum tak mustahil akan terabai. 

Contoh hobi yang banyak makan masa & duit memancing, ride sana sini,gamers, suka hias kereta/ motor.

PEKERJAAN

4) Kalau dapat bf keje biasa biasa tanya dia apa plan hidup dia. Jika dia jawab tak ada & selesa dengan gaji rendah itu red flag juga. 

Sampai bila bila, hidup dia tak akan ada kemajuan. Tak kan dah kahwin anak2 dah ramai masih selesa dengan gaji rendah? Rasa rasa lepas kahwin sape yang akan tanggung nafkah yang tak cukup tu? Semestinyer isteri nanti. 

Mula mula isteri redha tanggung nafkah tapi lama lama bila suami langsung tak nak upgrade hidup, percayalah dari selembut isteri akan jadi singa. Mula lah episod isteri derhaka pada suami sebab dah hilang rasa hormat.

Sebab tu wujud pepatah “Isteri itu cerminan suami”. Anak anak pula akan jadi mangsa amarah ibunyer. 

Kesimpulan jangan terburu buru nak kahwin sampai tersalah pilih suami nanti. Kalau jumpa tanda tanda yang sis share di atas ni fikir masak masak sebelum terlambat. 

Renung renungkan selamat beramal. 

– Bunga Setia Kasih (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Lelaki yang meet semua kriteria tu 50% dr sluruh populasi. Dlm 50% tu akan ada masalah lain yg tak nampak tp serius. Jadi sebelum kawin ada eloknya tengok diri dulu dan perbaiki, kemudian cari yang sepadan. Tp tu lh, segelintir dapat suami yg ok tp selebihnya merana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *