Oh Pak Ku

Assalamualaikum pembaca yang budiman. Aku menetap ni selatan tanah air, berasal dari utara. Sudah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Rumahtangga ku baik2 sahaja, walaupun diduga ketika Covid, hilang pekerjaan. Alhamdulillah sekarang aku sudah mula bekerja di Singapore ulang alik dari JB.

Aku serba salah nak menulis, tak tau apa tindakan yang betul. Mungkin akan ada pembaca yang akan menghina aku, atau pun kalau angpa kenai aku, mungkin angpa akan membaling telur busuk padaku. Huhu..

Berbalik pada story aku. Aku masih ada mak pak, pak aku kerap datang kerumah aku. Kalau dia mai seminggu dua aku tak kisah… tapi dia mai sampai 8 bulan, balik utara sat satu bulan, lepastu dia mai lagi 8 bulan.

Aku kurang setuju tapi aku tak pernah cakap dengan pak aku.

1) Dia tinggalkan mak aku dekat kampung. Mak aku pun masih kuat.

2) Aku ada isteri. Kesian isteri aku tak bebas dekat rumah sendiri

3) Family aku kerap datang rumah dan mereka memang akan buat rumah ni macam rumah depa

Aku sayang family besar aku, cuma aku rasa macam tak ada boundaries, tak ada privacy. Aku pun nak juga dating berdua dengan bini aku ja, dengan anak aku spend masa sama-sama.

Kadang-kadang aku ada kerja diluar, 2-3 hari tak balik, isteri dan anak aku tinggal dirumah dengan pak aku. Memang boleh pak mertua dengan menantu duk sekali, tapi bagi aku kan tak syok.

Aku nak bagitau pak aku pun, pak aku ni jenis entah lah, bagi dia benda tu tak masalah. Susah nak cakap.

Kadang2 kalau family aku datang, mak dan adik beradik aku (laki dan perempuan) mereka masuk ja bilik aku. Dalam tu kan ada privacy, mungkin bagi mereka benda tu bukan masalah.

Tapi aku dan wife? Mereka tak fikir ka, mungkin bagi mereka benda tu bukan satu masalah. Tapi bagi aku and wife? Mestilah kami malu kalau depa jumpa barang-barang kami yang privacy.

Aku kesian pada wife aku. Aku tau dia tak selesa, tapi dia tak ada kata yang buruk-buruk pasal family aku. Tapi aku tau, dia tak selesa. Aku pernah baca apa itu definisi sebenar nafkah tempat tinggal isteri:

“Kesimpulannya, menjadi tanggungjawab suami menyediakan tempat tinggal yang aman dan tenteram serta menepati dengan hukum syarak kepada isterinya.

Hal ini demi memelihara suasana yang baik dalam rumah tangga dan memastikan kelangsungan hubungan perkahwinan.

Tempat tinggal yang dimaksudkan juga ialah tempat tinggal yang khusus untuk isteri dan anak-anak mereka.

Suami tidak boleh menghimpunkan bersama ibu bapa atau kaum kerabatnya kerana khuatir perkara tersebut boleh mendatangkan mudarat kepada isteri dan hartanya serta menjejaskan perhubungan antara suami dan isteri.

Namun, sekiranya isteri reda untuk dikurangkan haknya dan dia bersetuju untuk tinggal bersama keluarga suami, maka hal tersebut dibolehkan dengan syarat hendaklah diusahakan agar tidak timbul masalah dan mudarat antara si siteri dan keluarga suami.

Sebaliknya jika isteri tidak reda maka suami wajib menyediakan tempat tinggal lain atau tempat tinggal yang selesa untuk isterinya seperti di rumah keluarganya atau sebagainya.”

Sekian dari aku,

– Yang Tersepit (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Kalau pak nak p mungkin boleh ajak mak sekali kot. Kalau tak boleh slow talk ngan pak, cakap ngan mak, “len kali tolong ikut ayah sama kalo ayah nak mai rumah cek. Kesian bini cek kalau cek outstation dok berduaaan dgn pak, jiran2 pun bunyi.” Tak elok orang tengok. Atau kalau bro nk outstation hantar ank bini balik kg. Yg bilik bro boleh pasang selak pintu belah dalam. Hat yg selak stail lama tu. Sy buat macam tu. Kurang2 bila kita kat dalam sapa takleh masuk tanpa dia mintak izin dulu. Kahkahkah. Atau pelekat sticker no entry kat pintu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *