Anak Slow

Hai assalamualaikum..

Maaf confession aku ni pendek je..

Aku cerita sikit la background aku. Aku dilahirkan dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana, serba cukup semuanya.

Dari kecil, aku direzekikan untuk mendapat keputusan yang baik dalam bidang akademik, tidak kurang juga sukan dan kokurikulum lain.

Kini aku sudah berumah tangga dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata.

Alhamdulillah anakku lahir sempurna tubuh badan.

Namun, ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Memandangkan aku dan pasangan merupakan top achiever di sekolah dan IPT, expectation aku, anak-anak akan mewarisi kecemerlangan kami.

Ternyata sangkaan aku meleset sama sekali.

Berkali-kali aku cuba mengajar anak untuk menulis, membaca dan mengira. Namun, anak aku seperti tidak faham akan arahan & didikan aku tidak seperti rakan seusianya.

Kata cikgu di tadika, anakku dikira kategori ‘cepat tangkap’ tetapi sukar untuk aku percaya kerana prestasi ketika di rumah jauh berbeza dengan komen cikgunya.

Sebagai contoh, kanak-kanak seusia dia sudah pandai mengayuh basikal tetapi anakku masih terkial-kial untuk menolak pedal kaki.

Selain itu, anakku juga mempunyai masalah penguasaan motor halus yang lemah,

Di mana dia masih tidak boleh memegang pensel dengan cara yang betul, melakukan threading ataupun makan nasi dengan tangan.

Aku stress memikirkan perkembangan dia yang terkebelakang sedangkan banyak masa aku dihabiskan untuk mengajar & mendidik dia sesudah balik kerja.

Segala usaha aku bagaikan air yang dicurah ke daun keladi.

Aku tak tahu ke mana harus aku rujuk tentang perkara ini.

Mohon bantuan jika aku boleh usahakan sesuatu untuk anak aku sebelum terlambat.

Terima kasih.

– Kurkurkur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Kesian anak dapat parents macam ni. Sis, as long as anak you sihat, faham bila you arahkan sesuatu, toleh bila you panggil you bersyukur jelah. jangan push sangat budak tu untuk pandai. Tertekan dia. Ajar dia jangan sampai you pun tertekan sebab dia tak capai your expectation. Slowly ajar sis. dia pun perlukan masa untuk belajar. Awal lagi dia nak capai semua benda. sabar lah. tak faham betul dgn parents yg obses nak anak pandai cepat ni.

    • Betul tue x pyh lar nak perfectionist sgt… cukup anak ko sihat boleh bercakap bersyukur lar..

  2. We are on the same ship. Parents agak cemerlang but anak mcm slow bila compare with my own achievement at her age. Tp kan sis..tak adil bila kita bandingkan pace anak dgn diri sendiri. Biar je la dia explore sendiri dunia dia. We are now living in a world where academic qualification is not the only way to make money. Ni zaman kemahiran pun dah digunapakai. Jd mungkin anak sis ada kebolehan lain yg kita or dia sndri belum tau. Bg dia masa. Kita kecewa sbb kita berharap. Pls just enjoy every moment membesarkan dia. Kita stress tgk anak, anak lg stress nak hadap kita punya expectation towards them. Anak² ni bkn penyambung mimpi kita. Kita guide anak² tp jgn tentukan masa depan dia.

  3. saja nak share kisah i.. my hubby & i pun lepasan IPTA.. anak kami sorg ni pun slow.. masa dia umur 5 tahun, dia ketinggalan jauh berbanding kawan sekelas dia.. masih mengeja, menulis pun masih terkial2.. masa umur 6 tahun time graduation day, kawan2 dia ramai dapat piala tinggi2, dia dpt piala tahap 2 je.. Masa darjah 1 pun dpt kelas last, sekolah x bezakan tahap kecemerlangan akademik ikut kelas, tapi ntah la i xtau la kebetulan ke apa..

    this year dia darjah 6.. nak ckp top tu xde la top, biasa2 je.. certain subjek maths n english dia boleh score compare to other subjek, ikut subjek kesukaan dia hehe..

    budak2 ni kkdg dia amik masa.. adik ipar i yg failed 2 subjek dlm trial spm, siapa sangka dpt 1st class masa degree.. xyah bayar ptptn.. kkdg dorg ni slow tapi bila dah pick up, mmg mantap la..

    Boleh la try hantar anak ke kelas tambahan mcm Kumon ke.. maybe dgn new environment dia boleh strive.. All the best to you n your kid.. Don’t worry, time matters.. hugs for you sis..

  4. Salam Kak Kurkurkur,
    Jangan samakan anak dengan akak.
    Drop all the expectations. Slow down.
    Let him/her learn at his/her own pace.
    Raikan cara dia. Make learning fun.
    Akak pressure2 dia cmtu lagi dia tak happy nak belajar.
    Selalunya anak2 yang mcm ni lah yang akan jaga mak bapak dia esok.

  5. Cuba bawa ke doktor pakar kanak2. Mungkin ada sebab yg membawa kepada slow development anak tu

  6. Sy sarankan puan bawa anak utk checkup di klinik utk diagnose. Mungkin ada masalah. Ada anak murid sy ibubapa prof di sebuah universiti. Anak sulung mereka autisme dan ada masalah lemah pembelajaran. Jadi tidak valid utk puan ada expectation setinggi tu hanya sebab puan suami isteri rasa diri tu born with high intelligence. Kasihan anak puan. Anak-anak tidak sepatutnya dibandingkan.

    Sy bagi contoh, bekas ank murid sy, struggle membaca dan mengira kerana menghidap masalah disleksia, Tahun 5 baru dia boleh membaca lancar dan dia Top 3 dalam kelas semasa Tahun 6.

    Usaha dan ikhitiar puan bagus, tapi jangan perlekehkan dan remehkan usaha anak puan juga. Dia pun struggle. Jangan salahkan anak. Puan bawa anak jumpa pakar kanak-kanak untuk kenalpasti masalah dia dan cuba hantar anak kelas luar atau hire personal tutor. Mungkin dia perlukan extra lesson dr luar, bukan dengan parents dia. Ada sesetengah budak tak suka belajar dgn parents, mereka rs terbeban dgn bebelan & expectation parents itu sendiri. Sy harap puan stop judge anak sendiri sampai tahap tu atau anak eventually akan develop depression. Sy guru pun tak judge murid sendiri.

    Just my 2cents.

  7. Anak2 ni ade pace dia masing2… Ko pom sis bkn mak ko branak terus ko pandai… Bdk ni dia jd slow klu dia stress… Lg satu kemahiran dan kelebihan anak2 jugak x sama… Kene take note on that… Mcm kwn aku dulu ms sekolah rendah kelas corot, nombor pom corot… Naik menengah slow2 dia dpt pace dia… Skrg dah jd doctor… Adik aku pom sama, ms kat kg result exam ya ampun… Sbb org sekeliling dia dok compare dia dgn aku… Tp lepas smbg blaja, pointer dia xpernah bàwah 3.00 tau… Programming makanan dia… Aku pom nganga nak faham programming dia ckp seronok… Mcm tu gak anak sis… Dia blm jumpa pace dia lg… And Dia masih kecik lg.. let’s they enjoy being kids la…

  8. Hi Puan, puan boleh google “child milestone”, tengok pada usia anak ni berapa, apa yang sepatutnya dia boleh buat. pace budak ni lain lain kita takboleh compare macam tu. mungkin puan rasa anak puan slow, hakikatnya kalau ikut milestone dia normal je, cuma budak lain yang lajuuu dari milestone sebenar. kalau puan rasa anak puan slow juga, puan boleh bawa dia jumpa dengan therapist atau peads supaya diorang nilai anak puan dengan sebetulnya, different child requires different therapist.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *