Salam semua! Thanks admin sebab approve my confession. First of all, saya ni student lagi. Baru tingkatan 5, saya nak espiyemmmmmmm tahun ni. Emm, ppt baru2 ni result saya alhamdulillah meningkat. Boleh saya dapatkan beberapa tips tak untuk SPM 2016 yang akan menjelang tiba? Saya memang nak dapat straight A's. Dan paling kurang 7A. Saya mohon pendapat abang kakak nenek atuk pakcik makcik semua ekk yang dah ada pengalaman SPM. Saya nak jugak berjaya. Emm, sape kasik tips, semoga berguna dan saya doakan diberkati hidup serta dimurahkan rezeki dan pahala yang berterusann sebab bagi tips. Terima kasih!

– Dek Not

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

13 Comments

  1. Perghh budak skrg..minta tips dkt confessions. Dik usaha la yg terbaik dik..tips pn bukan betul sgt.akk dulu baca buku sejarah smpai khatam.haha

  2. Betul tu, kekadang tips pun bkn betul sgt just buat yg terbaik, study leklok jgn stress sangat, klau x nnti ko dibayangi jawapan sampai bila2 dik. Yakin, tawakal, ok tu je inshaa Allah kalau niat betul, Allah akan tolong. All the best!

  3. 1. Banyakkan buat latihan past year questions
    2. Susun jadual belajar. Buat time table. Masih belum terlambat. Satu hari study at least 2 subjects.
    3. Minta izin dengan parents untuk stay back kat library lepas waktu sekolah. Focus study at least for 2 hours.
    4. Solat awal waktu.
    5. Buat mindmap untuk each subjects.
    6. Notes untuk di browse through when exam is around the corner.
    7. Tidur mesti cukup. Sebab itu jadual belajar sangat penting.
    8. Rapatkan diri dengan orang pandai dalam kelas. Tanya tips belajar dengan dia.
    9. Selalu jumpa Cikgu untuk clarify apa apa yang tidak faham.
    10. Jika ada extra budget, cari tutor untuk pecutan akhir study.
    11. Kalau rasa dizzy sebab study, take a break. Keluar ambil angin. Jalan-jalan or window shopping perhaps.
    12. Banyakkan berdoa dipermudahkan ingat ilmu yang dipelajari.
    13. Setiap malam sebelum tidur, cium ibu bapa. Say I love you Mak/Abah.

    Lastly, Aunty doakan awak cemerlang menjawab peperiksaan SPM kelak.

  4. Jaga hubungan dgn Allah, kena rapat dengan semua cikgu, kena baik dengan parents dan kawan-kawan.

    Buat past year question berkali-kali. Buat soalan ramalan berkali-kali.

    Jangan hafal semua. hafal yg target je. Yg tak target cukup sekadar faham dan ingat dan boleh ‘goreng’

    Kurangkan join kawan2 yang bermasalah dr sekarang, dekat dgn kawan2 yg rajin study.

    Its your future, sila berhati-hati. Good luck

  5. Start study dari sekarang. Akak dulu pun start study lepas raya macam waktu sekarang ni. Kena set dalam otak yang masa dah suntuk. Kalau boleh takut tu biar sampai rasa macam nak exam esok tapi tak baca buku lagi. Latihan memang kena buat banyak2. Akak dulu satu subjek latihan sampai 3-4 buku. Banyakkan guna higlighter kuning dan hijau. Buat solat sunat dhuha, waktu sekolah pi buat time rehat. Tidur awal, bangun sebelum subuh study. Yang penting FOKUS, adik kena fokus dengan apa yang adik nak.

    Alhamdulillah akak dulu target spm 7A(sebab nak kalahkan Abang Akak, dia 6A. Hiks), dan 7A jugaklah akak dapat. All the best dik. Ada masa lagi, trial spm akak dari A sampai failed ada. Siap ada 2 gagal lagi. Takpe ada masa lagi. Berusahalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *