Assalamualaikum. Thanks admin sudi share kan coretan aku. Aku Eija yang sebelum ni share pasal fighting lesbian. Ni aku nak luahkan pasal bipolar disorder plak.
Banyak betul aku baca pasal bipolar & BPD harini. Pasal Arlina Banana dan Raja Azliza. Benda yang selama ni tabu pada aku sebagai pemuja intelektualisme, harini jadi begitu jelas depan mata. Sebenarnya aku tengah cari maklumat ttg masalah sniri. Aku syak aku pun ada bipolar disorder ni. Entah la wujud dalam senarai simptom ke tidak, tapi dari kecik lagi aku ni cam ada 'kembar' dalam diri sniri. Dia sentiasa bercakap dengan aku, solve problem aku, sampai aku rasa tak perlu berkawan ngan manusia. Manusia ni bila bagi nasihat selalu tak memuaskan macam mana 'aku' nasihatkan diri sniri.
But fortunately, org yang suka kawan ngan aku sebab aku berani dan pelik. Bila dorg takleh buat smthing (terutamanya benda nakal) dorg tolak la aku ke depan dan aku akan laksanakan dgn jayanya. Aku perform dgn sgt cemerlang dalam akademik tapi dalam masa sama sangat fail dalm disiplin. Aku cenderung kawan ngan budak nakal dalam masa yg sama besfren juga ngan ketua pelajar yg skema. Depan guru aku selalu cari pasal tapi dalam masa yg sama aku sayang diorang dan sentiasa siapkan homework yg dibagi. Camni la aku membesar dgn dua personaliti bertentangan dalam diri aku.
Kat rumah pulak, family aku ni broken inside. Luar org nampak bagus je satu family ahli surau masjid. Tapi dalam rumah azabnya Allah je tau. Abah aku punya la baran xmasuk akal. Mak aku pulak patuh xmasuk akal. Kitorang anak2 ni tersepit tengah2. Kitorang sentiasa fikir bagusnya kalau parents ni bercerai kan senang kitorang ikut mak je, lantak la abah hidup sorang2 ngan baran dia. Tapi benda tu xberlaku. Kami makan hati dan membusuk di dalam. Mungkin sebab tu la kot siblings aku layan porn untuk sedate otak dan lari dari realiti yg pahit depan mata.
Kat ipt aku mula develop baran. Selalunya baran jugak tapi bila ada abah je. Aku cam ada chemistry yg kuat ngan abah. Abah start marah aku pun naik marah. Padahal masa tu abah marah mak. Aku pulak xtau marah sape tapi rasa terbakar je dalam dada. Kat ipt ni aku marah2 kat hosmet. Dorg tdo pagi aku marah, tak bangun subuh aku marah hempas pintu, padahal sume tu bleh nasihat baik2. Most of the time kemarahan tu menyakitkan aku balik. Physically. Rasa ngilu dalam urat2 bila aku marah. Banyak kali aku tanya diri, dah tau sakit watpe marah? Tapi xde jawapan. Aku pun xtau apehal mudah sgt naik marah. Pelik aku tengok org yg tenang ni takde perasaan marah ke?
Bila masuk keje Allah takdirkan aku jumpa kawan yg baik2. Takde la bertudung labuh ulat usrah apa bagai, tapi dorg kenalkan aku pada majlis zikir dengan ulamak2 tasauf. Dekat setahun join diorang dalam xsedar je baran aku hilang, fikiran aku lebih tenang dan lebih tolerate dengan kesilapan org lain. Alhamdulillah syukur sgt aku dijumpakan ngan diorang. Bukan baran je hilang, aktiviti memporno aku pun makin tawar. Tapi dah tenang kat luar aku selalu dapat mimpi ngeri pulak. Mimpi kepala aku kena tembak, tangan kene baham rimau, ular keluar dari hidung, hidung macam kena picit sampai aku lemas dalam tido. Bila terjaga baru bleh bernafas. Kalau xterjaga tu memang selamat jalan la.
Lama2 prestasi keje aku merosot. Walaupun kerja dalam bidang yg aku minati sejak kecil, tapi stres aku mencanak naik pulak. Dalam kepala aku cam ada org bising bercakap2 benda yg aku xnak tau. Bila dengar org borak aku rasa cam diorang tengah mengate aku. Dalam opis tu rasa cam ada org perati je gerak-geri aku dan pasang telinga segala percakapan aku. Padahal takde. Sume tu bayangan dalam kepala aku je.
Aku share kat member pasal ni then dia kata aku kena gangguan makhluk halus. Katanya seblum aku masuk, ramai dalam opis tu kena ganggu dan diorang asyik bergaduh sesama sniri. Aku try la gi jumpa ust kat perumahan aku. Pendapat dia sama ngan member ni tapi bila dibacakan ruqyah takde lak aku respon apape. Aku xpuas ati sebab gangguan tido menjadi2, aku cari ust lain plak. Bape kali aku dengar ruqyah dgn org berbeza baru ada respon. Aku pun xsangka akan mengamuk dengar ayat quran padahal aku selalu je baca. Pastu terbongkar la segala cerita kuarga aku ada 'pengembar'. Pada diorang benda tu membanggakan sebab kami rare dari org lain. Padahal hakikatnya sangatlah teruk dan akibatnya buruk. Contohnya yang aku kena ni la.
Selama ni aku ingat gangguan setan ni jadi histeria je. Rupanya yang lagi teruk dari histeria ialah benda tu hidup berdamping dalam badan. Kacau akal fikiran. Rosakkan emosi pertimbangan. Macam nak gila mikir selama ni yang bercakap dalam diri aku ialah makhluk halus. Yang selalu ajak lepak sorang2 kat sungai dalam hutan, yang selalu suruh cuba benda merepek, yang selalu suruh bunuh diri bila tension, rupanya bukan suara hati aku. Sejak tu aku mula study kaitan gangguan mental ngan gangguan jin ni.
Dalam tempoh buat rawatan alternatif, kewarasan aku naik turun. Pagi datang opis aku hepi dan positif, japgi pukul 11 tetiba aku sedih dan rasa diri loser. Hari cuti plak rasa nak bariiiiiiiing je cam ada magnet sedut lekat ke bumi. Malas nak mandi, malas nak makan, malas nak kencing, malas nak hidup. Pejam mata harap aku mati tapi masih juga dalam bilik tu xkemana2 pun.
Sorg member suggest aku jumpa psikiatris pulak. Walaupun xbape paham kenapa kena jumpa psikiatris, aku try la jugak sebab nak sembuh. Dapat refer ke klinik psikiatri kjaan. Doktor tu tanya sket2 pastu terus bagi drugs suh makan. Heloooooo……. aku bersusah payah jaga makan supaya otak tak dicemari kimia berbahaya, senang2 je doktor suh aku telan dadah. Aku pun stop jumpa psikiatris sebab rasa xmembantu.
Kat rawatan alternatif pulak aku hadap perangai beberapa penjampi yang sengal. Pantang aku ngamuk dengar ruqyah terus nak kunci aku atas lantai. Pernah beberapa org laki kerumun aku atas katil dan paksa minum air doa. Apakah??? Tak hormat langsung aku sbg perempuan walaupun tengah mengamuk. Peristiwa tu jadi trauma yang menambah buruk keadaan aku. Stop jugak rawatan alternatif.
Sekarang aku cuba self-healing je. Kawal emosi, banyak bersangka baik dan belajar cara berfikir yang positif. Selalu gembirakan org supaya aku sniri gembira. Depan family aku xtunjuk langsung aku ni sakit ke apa. Menangis pun tidak. Tapi Allah je tau betapa aku menahan rasa nak bunuh diri membuak2. Dua hari seblum raya haritu aku start kene attack sbenarnya dan masih berterusan sampai skarang. Kepala aku sesak ngan fikiran bukan2, tetiba naik miang tak bertempat. Tengah qiamullail kat masjid pun aku bleh naik miang. Dah kenapa? Cam ada benda ngamuk dalam diri sebab aritu aku gi baca doa jampi. Raya pertama tu aku rasa cam nak ngamuk ngan fikiran aku ni. Raya kedua aku dah rasa nak bunuh diri. Sampai aku xkeluar beraya sebab takut terbunuh diri bebetul…dah kepala asyik bayang nak terjun sungai je.
Yang xpaham ttg bunuh diri tu, biar aku jelaskan. Cuba kau pejam mata, bayangkan ada ular menggeletek dalam baju kau. Mesti kau desperately nak buang ular tu walau terpaksa bogel kan? Camtu la org yg depressed memandang kematian sbg jalan keluar. Dia dah xpikir lagi hukum ke logik ke sakit ke… memang kita akan tanya why? why? selagi tak kena. Aku pun camtu dulu. Dah kena baru tau.
So aku nasihatkan sesiapa yg berpenyakit cam aku, kalau korang ambik drugs tu terpulang. Tambah la sekali dengan rawatan rohani. Baca al-Quran dan perbaiki solat. It does help. Insya Allah sakit mental tu reda. People pun support la kalau jumpa org camni. Sian aku tengok Arlina tu dah kenapa gemuk dia pulak yang dibahan? Aku rasa dia hebat sebab mampu jadi motivator dalam keadaan dia sakit camtu. Korang yang sihat mental sangat apa buat?
Fikir dan sila rasa malu.
– Eija
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Adik saya pernah kene gangguan makhluk halus.pergi jumpe ustaz.then ustaz tu baca ayat2 quran n adik pun muntah.akhir sesi rawatan ustaz tu ade suruh amalkan baca ayat2 quran n ustaz kate kite kene bnyk mainkan peranan nk halau makhluk halus tu.amalkan baca ayat2 quran,cara pagar rumah,mandi dgn air garam.alhamdulillah after 2 weeks adik beransur pulih.bukan brgantung 100% pada ustaz tuk halau makhluk halus tu.semoga confessor berjaya melawan penyakit.
Misconception lah. Ubat psychiatry tu bukan dadah lah. Try jumpa pakar psychiatry kat tempat lain. Private ke. Lain psychiatrist mungkin ada lain approach. Masyarakat stigma dgn pesakit psychiatry, pesakit psychiatry pulak stigma dgn doktor. Then how?
Markonah Kuntom Ubai Surya split..
Sooo u bobi hahahah
bobi jp ag aku kol ko bacakn ayat ruqyah ye..
Aku tkt yg dlm diri kau tu yg melompat2 nnt
hahahaha tkot nnt dia nk bkwn dgn ko sgt..ko ade simptom mcm ni xbobby bile sensorg kt jambatan k bwh papan iklan melaka sentral?
Aku sabar ni rin.. Aku sabar kan je ngn kau ni..
ok2.. jgn baran lg..hehehe sorry2..
Eija darling, I feel your pain. I’m fighting the same demon in me. Ok, to be frank, aku bukan superstitious, tapi lebih suka study dari sudut medical & science kenapa aku having psycological issues. Dah la mmg ada OCD (thank God bukan severe), tambah pulak dgn anxiety, diperkuatkan dgn depression..ha imagine la betapa chaoticnya otak aku berperang. Kalau ada pistol di tangan, lama dah aku gi menembak org yg kurang ajor ngan aku, especially on the road.
Pernah ambil ubat dari psikiatris. Efek dia sungguh menakutkan. Siang hari mcm zombie, mlm macam burung hantu. Tak boleh tidur. Nightmare bukan2.
Only recently lepas guna Dr. Google (maaf doktor2 sekalian kalau tak setuju, its my brain and body kan..so I’m trying whats best for me), aku jumpa artikel tentang L-Theanine. Substance yg tdapat dlm green tea mostly. Researchers found that L-Theanine helps a lot in calming our brain by inducing the release of dopamine and serotonine, the happy hormone..gitulah yg aku faham. Ok..anyway, b4 taking this stuff, I have to admit, aku ni pantang dicuit. Bukan cuit hati. Cuit cuit usik usik tu. Sentuh sikit je badan aku walau dgn penuh kemanjaan sekalipun, aku dah nak bukak bunga silat. Gila apa, kan? Lalat terbang depan mata..aku rasa nak bakor satu rumah. I was a very difficult person to deal with.
Then aku makan L-Theanine. Alhamdulillah…aku jadi manusia kembali. Takde lg angin kuntau shaolin tu dtg menyerang. Aku rasa chemical imbalance dlm otak aku disebabkan pengambilan painkiller dan chemotherapy aku dulu. Tu yg mcm wayar putus kesudahnya.
Eija..maybe you can try it. Cari kat GNC outlet. Those ruqyah session..may work with some. Tp kalau dlm otak mmg ada masalah keseimbangan hormon dan kimia..jwpnnya bukan bisikan munafik..haha! Text me if you wish to talk.
L-Theanine tu ubat ke apa ?
bukan ubat, ni supplement. Boleh baca byk info dlm google. Kalau ubat, kena ambik dgn doktor. Ni beli je kat GNC, supplements shop. Sehari sebiji cukup. Satu botol tahan utk 2 bulan. Kt Msia..GNC je jual rasanya.
GNC tu apa?
Sorry first time dengar.
Dakota ada kesan x klu benti mkn?
GNC tu kedai jual supplements. Kat shopping malls biasanya ada outlet diorg. Takde ejen atau reseller.
Kesan kalau bhenti? Ntah la. Dari apa yg aku baca, so far no adverse effect. It is generally safe sbb bahan tu extract dari green tea. Kita minum teh tu ok..kira ok le kot. Buat masa ni, mmg betul2 bkesan..at least aku dh tak ‘bersilat’ skrg ni..hehe
http://www.gnclivewell.com.my
Tq dakota. Ada dgr gak sblm ni.. rasa mcm nk try
try la yg ni dulu b4 decide nk ambik prescription drugs dari hospital. Supplement ni takde rasa drowsy ke, ngantuk ke, tak menganggu urusan harian.
I see. Thank you so much. Semoga sentiasa sihat dan semangat. Ameen.
Sakinah Azman ce baca ni sat
Bakpeee
Bahaya sakit ni..anak sedara pupu saya tahun lepas terjun jambatan temerloh, bunuh diri. Masa terkapai2 orang dengar dia jerit Allahuakbar. Tengok budaknya sihat, study, anak bujang, takde masalah family.. tapi rupanya dalam diri berperang.
5 hari baru jumpa mayat. Terjun di temerloh, jumpa mayat di Pekan, jauh tu..dengan asbab bantuan Sultan Pahang dpt jumpa. Yg dah pergi tentu pergi. Tapi, kesan dia pada family, kesian mak ayah adik beradik dia.
So sesiapa ada masalah ni, usahalah berubat. Aku doa korang berjiwa fighter, moga sembuh.