Salam, hai semua. Terima kasih pada IIUM Confession sebab siarkan, terima kasih juga pada yang sudi baca.
Entah mengapa rasa nak kongsi satu kisah ringkas yang aku kira bermanfaat untuk dikongsikan kepada pembaca semua.
Seperti yang kita semua ketahui, zaman ni window shopping bukan lagi suatu yang pelik bahkan menjadi kegemaran sebab memudahkan urusan kita. Segalanya di hujung jari.
Dan aku adalah antara manusia yang tak suka shopping kat mall tu sebab tak suka dengan suasana crowded.
Dipendekkan cerita, musim-musim nak raya ni kita akan survey nak beli baju raya kan? Haa… samalah aku pun. Godek sana, godek sini, tanya sana tanya sini.
Aku pun online seller juga. Walaupun tak sepenuh masa, tapi aku tahu adab sebagai penjual.
Kisahnya, aku berkenan nak beli satu design baju raya yang simple. Aku surveylah daripada dua penjual yang berbeza. Kiranya, kedai lain-lain la.
Soalan aku selalunya, aku akan tanya jenis kain apa, harga, saiz dan warna yang available.
Penjual A — pada awalnya nak layan juga pertanyaan aku. Tapi sebab aku ni sering tersalah beli saiz pakaian sebelum-sebelum ni, aku mintalah pandangannya untuk berat sekian-sekian dan tinggi sekian-sekian, rasanya saiz apa sesuai?
Aku tak expect dia bagi jawapan tip top kat aku. Tapi tulah, kita dapat rasa semangat tak semangat nak layan customer tu.
Balas lambat-lambat tak apa lagi, (walau aku berprinsip, bila kau menjual kau kenalah secepatnya attend potential customer kau, sebab aku ajar diri aku begitu.) Ini tak.
Kadang rasa macam nak cari gaduh pun ada cara balas pertanyaan kita ni ha. Aha, ya… ukuran untuk pakaian tu ada. Cumanya aku tak ada alat nak mengukur segala cm tu. Sebab tu minta pandangannya.
Penjual B– respon yang sangat pantas, pandai meraikan customer. Aku minta pandangan yang sama, dan dia beri pandangannya. Dia ada memberitahu yang ketinggian dan berat aku lebih kurangnya sahaja.
Maka pada ketika itu, aku memohon ihsan kepadanya jika dia boleh menyarung pakaian tersebut untuk aku lihat labuh mana, besar mana dan sekian². Tapi aku tak paksa.
Aku kata, kalau bolehlah. Dan dia memang sangatlah meraikan. Disarungnya pakaian tersebut dan hantar gambar kat aku.
Pada ketika tu, memang saiz yang dicadangkannya itu agak besar untuk badannya juga. Jadi sah-sahlah aku pun tak muat.
Dia tak segan memberi pesan, pakaian yang disarungnya ini mungkin akan lagi labuh untuk aku. Kalau aku tak kisah, untuk modify sendiri bolehlah beli katanya.
Ikutkan hati, nak sangat beli dari penjual yang baik hati dan beradab ni. Tapi tulah, aku tak banyak masa pula nak modify bagai. Jadi apa aku buat?
Aku ucapkan terima kasih, puji kesabaran dan kesantunan dia melayan aku sebagai potential customer. Entah, aku bahagia sebab rasa dia orang yang baik sangat. Memudahkan urusan orang.
Aku meminta maaf tak beli pakaian tersebut dan dia juga memhami. Dia akan buat hal yang sama kalau dia juga di tempat aku katanya. Itu hak aku, katanya.
Apa aku nak kongsi kat sini, kerjalah sebagai apa pun, belajar hormatkan orang dan beradab.
Kalaupun orang tersebut tidak kelihatan berada, masuk ke kedai gah yang selayaknya golongan kayangan saja, tetaplah hormatkannya sebagai titipan Tuhan yang membawa rezeki kepada kita.
Jangan menghina orang dengan pandangan tajam hujung mata, senyuman sinis atas cebikan masam mencuka.
Setiap kita boleh mengundang pahala dengan meniatkan untuk berbuat kebaikan kepada orang lain. Usahalah memudahkan urusan orang. Insya-Allah, tak rugi apa.
Sekian, terima kasih sudi baca. Tiada niat nak kecam sesiapa.
– Hannah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit