Anak Yang Serba Kekurangan

Hello, assalammualaikum untuk para pembaca.

Short introduction about me, nama saya Bunga, berusia awal 20 an, seorang pelajar kejuruteraan. Anak kedua. Saya minta maaf penggunaan bahasa saya adalah bercampur.

Saya telah di sahkan mengalami high functioning of depression, overstress and anxiety in 2021.

Untuk pengetahuan pembaca, saya telah mengalami depression daripada saya berusia 16 tahun. It keeps on coming back and forth.

Adakala saya berasa sihat, adakala nya saya mula menyalurkan depression saya kearah physical abuse towards myself.

Sewaktu disahkan depression, saya tidak tahu bagaimana saya ingin menceritakan kepada kedua orang tua saya oleh kerana saya tahu mereka tidak akan memandang serius akan perkara tersebut.

Kerana takut di marahi, saya menyuruh kawan lelaki saya datang ke rumah untuk mewakilkan saya memberitahu kedua orang tua saya.

Ibu ayah saya tidak memberi reaksi apa apa, tidak kelihatan bersedih bahkan ingin membantu saya jauh sekali.

Mereka menyuruh saya menaiki grab ke klinik apabila saya mempunyai appointment walhal ayah saya sentiasa mempunyai masa lapang.

Ibu saya pula, menyalahkan kawan lelaki saya terhadap kakak saya, katanya “janganlah bercinta kalau tidak mahu depression”. Padahal sewajarnya saya depression adalah kerana mereka.

Saya sering di maki, di caci oleh mereka. Ayah mengatakan saya adalah pembawa s*al bilamana saya hanya merosakkan charger phonenya.

Ayah pernah mengatakan saya ini bukanlah anak harapannya bahkan dia tidak mengharapkan saya untuk menjadi “manusia” di masa hadapan.

Sewaktu mendapat keputusan UPU ayah juga pernah mengatakan, “belajar jauh jauh, belum tentu kau akan ingat orang tua.

Belajar jauh jauh pun belum tentu bagus”. Semasa di sekolah menengah, saya merupakan bright student. Sentiasa menerima hadiah, bahkan di kenali oleh para guru.

Apabila saya menceritakan kepada ayah, ayah bereaksi dengan mengatakan “Cikgu kenal kau, sebab kakak kau. Kau dapat nama hanya dari ehsan kakak kau, budak pandai. Kalau tidak, siapa ja yang akan kenal kau ni”.

Manakala ibu pula, pernah mengatakan saya hanyalah anak yang sentiasa menyusahkan hidupnya oleh kerana satu hal yang kecil sahaja.

Ibu saya kurang bercakap dengan saya. Bahkan apabila saya ingin bercerita mengenai kawan saya, sekolah saya, belajar saya. Dia hanya angguk dan mendiamkan diri sahaja.

Berbeza sekali dengan layanan terhadap kakak, berbual di telefon sehingga berjam jam. Ibu mengenali semua kawan kakak, tetapi tidak kawan saya.

Ibu tidak pernah menasihati saya untuk jaga solat, baca Al-Quran selalu tetapi sentiasa menasihati kakak saya sedemikian sehingga kakak saya berasa malas untuk mendengar.

(I really wish my mom would do the same for me, nikmat yang saya tidak pernah dapat). Ibu juga sering membandingkan saya dengan kakak saya, betapa kurangnya saya, betapa tidak pandainya saya seperti dia.

Ibu mengatakan saya sering menghabiskan duit semasa belajar di matriks walhal, satu bulan hanya RM250 sahaja.

Apabila saya berada di universiti, orang tua saya tidak pernah bertanya adakah makan minum saya cukup, adakah saya sihat, adakah wang saku saya mencukupi. Hanya kerana alasan saya pandai berdikari.

Apabila saya menceritakan keadaan kewangan saya, ibu saya tidak mahu mendengar akan saya.

Kakak pula sudah bekerja tetapi masih di tanya adakah duit mencukupi ataupun tidak.

Wang saku 300-400 sebulan termasuklah untuk perbelanjaan Internet (75 sebulan, perbelanjaan asas seperti makanan, barangan mencuci pakaian).

Untuk menampung perbelanjaan saya, saya bekerja di cafe dengan upah 4 ringgit satu jam (berkerja max 4 jam dan kadang kadang hanya berkerja 2 jam) dan membuat services ambilkan parcel student dan hantar ke bilik (1-5 parcel satu hari).

Wang ini saya gunakan, untuk keluar sesekali sekala bersama kawan di bandar. Ibu sering bershopping di shopee tapi apabila saya meminta wang, ibu kelihatan amat berat sekali untuk memberikan kepada saya.

Short story, pada beberapa minggu lepas saya menyatakan hasrat ingin membawa kereta ke universiti untuk semester depan memandangkan saya akan tinggal di kawasan luar,

Dan semua tanggungan untuk membawa kereta dari borneo ke semenanjung adalah di atas diri saya sendiri.

Tetapi ibu saya membangkang habisan, kakak saya tidak support saya walhal dia yang menyatakan bahawa ayah telah memberitahu kepadanya kereta itu adalah untuk urusan belajar.

Tetapi saya tidak dibenarkan untuk menggunakannya atas sebab saya belajar jauh. Bagi saya, ia tidak adil.

Kalau kakak saya boleh menggunakan kereta tersebut semasa study kenapa tidak saya? Logically thinking, tidak mungkin saya mampu menanggung perbelanjaan grab harian untuk ke universiti.

Saya juga berfikir, dengan adanya kereta tersebut. Ia akan memudahkan urusan saya bekerja part time di bandar. Ibu saya berterusan membangkang kehendak saya. Saya berasa kecil hati tetapi hanya mendiamkan diri sahaja.

Saya jarang menghubungi mereka kerana saya sangat sangat terasa hati (salah saya juga). Sehinggalah semalam, saya ingin meminta wang saku kerana wang saya telah digunakan untuk mengganti kipas yang rosak.

Tetapi ayah saya mengatakan “Bila nak duit, tunjuk muka. Bila taknak duit, ada duit, kau taknak pula tunjuk muka”.

Saya buntu sebenarnya. Apa yang harus saya lakukan? Saya ingin berterus terang kepada orang tua saya akan semua yang saya diamkan selama ini. Namun, saya takut di katakan sebagai anak derhaka.

Di atas semua yang saya rasa selama ini, tidak pernah sekalipun saya bersuara. Tetapi di mata mereka saya hanyalah anak yang tidak berguna.

Hanya menghabiskan wang. Saya hanya ingin difahami. Adakah permintaan saya sangat berat? Kenapa kakak yang sentiasa dilebihkan? Di mana kurangnya saya sebagai anak?

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *