Aku introvert

Assalamualaikum semua.

Aku memang minat baca confessions kat page ni. And bagi aku, page ni sangat berguna and bermanfaat untuk orang macam aku, orang yang jenis introvert, yang tak suka or tak pandai share masalah and perasaan dengan orang lain, including family members and close friends. Dan aku harap melalui confession aku ni, aku dapat nasihat dan kata-kata semangat dari readers sekalian.

Mcm yang aku cakap kat atas, aku seorang introvert. Aku lebih suka duduk sorang2, and tak suka pergi gathering or birthday party etc. Sebab aku tak pandai bergaul. Since sekolah, aku tak bercakap dengan lelaki. Bukan tak nak, tapi aku tak tahu nak cakap apa. Bagi aku, kalau benda tak penting, buat apa nak berbual kan. Niat nak jaga ikhtilat. Sampai ke zaman universiti ni, aku still tak tau mcm mana nak berkomunikasi dgn lelaki. Plus adik beradik aku semua perempuan, so aku tak pandai nak cakap dgn lelaki, takut kalau aku cakap something, diorang terasa or apa. Tapi jauh di sudut hati, aku nak jugak boleh berbual dgn opposite gender. Ye lah, pemikiran lelaki dgn perempuan tak sama, so dgn berbual/ berkomunikasi dgn opposite gender, aku harap dpt brtukar2 fikiran and idea something like that.

Tu satu hal. Then, bila masuk u ni, ada lah kawan baru. Housemates, roomates. Ada je yang nak kawan rapat dengan aku, tapi setiap kali diorang cuba nak rapat, aku akan jarakkan diri dari diorang. Sebab aku takut diorang rasa bosan kawan dgn aku. Ye lah, aku ni bukan pandai berbual sangat, nanti diorang boring pulak dgn aku. So, aku cuba tak rapat sangat dgn diorang, tak nak diorang label aku membosankan. As a result, now I dont really have that bff yang boleh share stories, problem etc buat perkara yg fun sama2. Sebab aku takut diorang boring dgn aku. Aku kawan je dengan semua orang, tapi takde yg betul2 rapat.

Satu lagi masalah, aku ni bukan jenis yang pandai explain something. Selalu kita baca tips study berkesan, is to share with others what u understand regarding something u had learned. Masalahnya, aku bukan taknak share, bukan kedekut ilmu, tapi kalau aku explain, tak ramai yang akan faham. Aku tak tau knp. Nak cakap cara pemikiran or cara aku faham something tu berbeza dgn org lain, tak jugak. Aku rasa sama je. Sebab tu aku lebih prefer belajar sendiri, bukan dlm study group. Sebab orang tak faham kalau aku explain something. Sobs sobs.

Setakat ni, tu lah antara masalah yg aku hadapi. So, besides my own effort utk perbaiki diri sendiri, I will be glad to hear from u guys, maybe ada nasihat or tips for people like me. Thank u for reading. Assalamualaikum.

– I

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

19 Comments

  1. yo
    kita sama. aku pun introvert.
    aku tak suka bersosial, aku tak suka keluar tempat ramai2. kalau pergi kenduri tu – balik tu mesti aku penat. open house pun macam tu. duduk tempat ramai orang buat ‘bateri’ aku cepat habis weh. hahah.

    aku tak pasti nak tolong kau camna, sebab aku tak kisah sorang2, aku tak kisah tak ada orang nak dengar masalah aku ke tak. aku solve je la sendiri. rasa tak dapat solve aku tanya pendapat mak dengan adik beradik aku (tu dah tahap parah la tu.) eheh.

    kalau kau takut orang label kau sombong – kau senyum! bila buat eye contact kau senyum je. tapi jangan senyum lama2 sambil tenung dia creepy weh creepy haha. just a curt nod, a quick smile. kau perempuan kan? duduk rumah takkan diorang tak layan marathon movie korea ke hapa ke. pergi je join duduk dengan diorang. aku dulu walaupun tak minat korea tapi sebab nak jugak try rapatkan hubungan duduk je la dengan diorang sesambil hulur jajan, sesambil2 bising kenapa pelakon dia semua nampak samaa (sampai buat diorang annoying but lel they love me anyways.)

    cuba dulu sis… kita introvert kena berani sebab boleh dikatakan urusan hidup kita, 85% kita kena buat sendiri. try beranikan diri join diorang. introverts unite! in our separate homes. ahahaha

  2. Yeah, introverts unite.

    Sy pun jenis tak pandai berbual dan explain sesuatu especially kat org x kenal. Berat betul mulut nak cakap. But sometimes keadaan memaksa, so sampuk sikit2 je but most of the times, silence and smile. However, i have quite many of good friends and will be very different when im with them.

    Takde tips nak bagi… mmg kena struggle sikit nak masuk or cakap dgn org.

  3. Saya ada kawan, dia mmg introvert.. sampaikan masa dia kecil, ibu dia igtkan dia bisu tak boleh bercakap.. dia kurang bercakap dgn org.. tapi dia suka bercerita di fb tntg apa dia buat.. boleh cuba cara tu.. mungkin akan dpt ramai kawan..

  4. I am glad to read your story my dear..
    Sebenarnya aku macam kau juga.. rasa susah sangat nk komunikasi..senyum boleh..tapi bila ada orang try communicate dengan aku. Aku tak la digelar sombong. Tapi they call me pemalu dan pendiam .. you know when you find 1 or w best friend then its must be really close till you can fight and argue.but still keep in touch. Masa aku belajar dulu, aku pemalu sangat2.. nak cakap dengan orang pon aku rasa xlarat .. tapi aku kenal dengan member aku dua orang ni.. aku nak rehat pon aku xkan rehat sebab ramai orang dan rasa sesak sangat jantung aku.. tapi dorang forces aku.. i mean. Ada kat sebelah aku sebab dorang tau aku akan lari kalau aku jalan sorang2 or tertinggal kt belakang. Tapi sekarang aku alami zaman pekerjaan..kerja sementara. Serious, kalau dah kerja lagi kau rse tercekik..lagi2 dengan environment yg ramai orang yg kene communicate.. aku harap aku dapat kawan aku time belajar dulu. Ni nk makan kt food court pon pemalu ngat..

  5. Isi pelajaran tak sampai tu.. kena praktis selalu sis..try duduk n fikir macam mana nak sampaikan ilmu dalam bahasa yg lebih mudah.. boleh bagi analogi ke… jangan guna terms yg scientific aje bila nak eksplen tu. Haha.. saya ni introvert juga.. tapi saya jenis yg unrestrained dan tak kisah sorang2. Tapi saya takdelah tak bergaul dgn org langsung sbb takut org fikir saya ni membosankan ke apa.. saya kadang2 lagi suka duduk dlm kelompok yg agak ramai supaya saya leh dengar and senyum je dgr cerita diorang, saya tak payah nak buka mulut pun. Haha. Dari,situ juga kita dapat belajar cemana org communicate.. bahasa diorang.. penyampaian diorang.. karakter org.. Cubalah bergaul ngan org yg becok, sis cuma perlu dengar je cerita dia n senyum atau ketawa kalau kelakar cerita tu. Haha.

  6. Dear confessor, saya juga seorang introvert. Jadi introvert ni for me agak susah especially mse kt universiti bila subjects yang kita belajar mesti akan ada group presentations. So nak tak nak, memang xboleh lari dari presentations. So, I took one step further dan keluar dari zon selesa. Contohnya, cuba participate dlm kelas, join event campus dan sebagainya. Being an introvert membuatkn sy selalu takut untuk give it a try. Tapi sy yakinkan diri sy sbb kalau sy xcuba untuk ubah sikit2 dari sekarang… sy akan mengalami masalah untuk mendapatkan kerja pada masa akan datang. I believe you can change. Introvert tuu mmg da naturalnya begitu. Sometimes, we tend to get tired easily just by talking. Introverts can be good presenters too. Practice makes perfect. Good luck!

  7. introvert are expensive
    introvert is awesome
    introvert persons is very intelligent(bukannya orang tak faham cuma mereka punya fikiran tak sampai macam kita fikir) explain slow2
    introvert is me… hahhahahah..

  8. Find an extrovert bestie…dia akan tolong luaskan kau punya network…if ur battery flat out put yourself in time out, after totally recharge go out from your comfort zone, train yourself to be immune surrounded by people…n from my experience, ignorance is bliss..

  9. for ur information, the world population consists of 70% of extroverts and 30% of intorverts.

    Suffice to say, introverts are special and freakin’ awesome. some of the introverts are Bill Gates, Abraham Lincoln, Eleanor Roosevelt, Albert Einstein and Mark Zuckerberg.

    our thinking is on the next level and we are the definition of cool and amazing people. being an introvert myself, I have considered extroverts just a bunch of people who just made up the population of the world. like, they are just here to make the world merrier. but the one who truly run the world is us introverts

    Extroverts got nothin’ on introverts

  10. Aku pun sma. Aku try join xtvt mcm prgrm ank angkt dkt uni spya aku bole communicate dgn org. Alhamdulillah ada pkembangan. Tp da cuti lm dkt rmh ni bla nk blik kmpus smla rs mcm jd introvert balik. Huhuhu. Ssh jgk nk ubah jd talkative n friendly. selalu rasa sesak dlm suasana gathering. Aku suka simpan satu space n msa utk aku sorang2.

  11. I am an introvert too. tsk tsk. Rela buat report dari present. Tapi mana boleh, semua pun kena present tak terkecuali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *