BETULKAN YG BIASA, BIASAKAN YG BETUL

Salam. Aku just nk konfes sbb musim2 raya ni byk yg org kita dh biasa buat tapi xtau pun benda tu salah. Aku takdela warak kan tapi aku nk tegor ni supaya kalo ada yg tak tahu, korang perlu tahu ok! Baca ni. Aku baru berkahwin, n balik kampung suami. Suami aku 20an dan byk sepupu 30an. Dh cam akak2 la kan. Bila aku balik sana aku tabik la sepupu dia ni jenis tutup aurat pakai armsocks stokin semua sejak balik dari umrah.

Nk dijadikan cerita, lepas kitorg jumpa sepupu dia ni kt rumah makcik dia yg lg satu, kitorang gi la rumah dia. Sampai je depan pintu aku cam terkejut lah yg sepupu perempuan laki aku ni tak bertudung n pakai cam biasa pakai kt rumah. So aku pn ckp la yg laki aku ada tu tgh angkat beg. Aku pelik dorang x berganjak pun dari pintu tu nk ambik tudung ke apa kan. Bila laki aku sampai je kt pintu tu, dorang bersalaman, laga2 pipi!! Itu bukan anak sedara ko kak! Tu sepupu ko!! Bukan sorg k, tapi 3!! Pastu dgn slumber dek je dorang ni tak bertudung pun dlm rumah.

Aku sebagai isteri dh tegor laki aku dan dia kata dorg dh terbiasa dari kecik camtu. Aku tak kesah lah, kecik2 tido pun sebantal! Ni dh besar harapnya belajar lah sikit psl hukum weh. So laki aku pun kata dia xkan ulang dah. Alhamdulillah!!

Second case. Ni kejadian yg aku plak. Korang tau kan tak semua pakcik korang tu mahram!! Yg kawen dgn makcik ko adik beradik mak/ayah.. Tu dh masuk bukan mahram. Sila cek balik! Rasanya ramai dh makin tahu psl ni. Golongan pakcik ni yg kdg2 buat2 x tahu or mmg x tahu. Sila baca ni pakcik!

Kt belah laki aku, pakcik laki aku yg bukan mahram, komfem lah semua bkn mahram kecuali bapak mentua den, dia sembang lah ngn aku, so aku x kisah la psl sembang2 tu.

Alkisah, sebelum balik tu, tetiba plak pakcik nih pgg bahu aku ckp aku ni mcm anak menakan dia blah3, aku mengelak lah apa lg. sekali lg tangan dia hinggap atas bahu. Aku cm terkesima je rasa nak jerit! Hello pakcik!! Jgn suke2 ati je pgg bahu org walaupun berlapik ok! Ak pun elak lagi. Sumpah seranah la aku dlm hati sbb ak mmg pantang laki yg suka pgg2 suka2 hati mak bpk ko je! Sama la mcm yg suka cuit pompuan suke2 hati. Klo rasa nk makan lempNg, silakan gurau dgn aku camtu. Ok sori ter emo plak. Dlm kete, aku cite la kt laki aku. N aku cakap kat dia, BETULKAN YG BIASA, BIASAKAN YG BETUL!! Sekian terima kasih..
Harap yg baca ni pakcik makcik anak dara teruna semua amik iktibar di bulan syawal yg mulia ni.. Jgn amalan kita d bln ramadhan mjadi sia2..Yg dh terkena, sbr jelah, tegur yg mana patut, kekalkan adab.. Mungkin mereka ni x tahu!!

– Bajet2 alim

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *