Menganggur

Assalamualaikum . Terimakasih approve confess sye . hehe . btw selamat hari raya maaf zahir dan batin .
Kat sini aku nak confess pasal hidup aku lepas habis study . aku fresh graduate diploma civil engineering . aku tak minat pun kos ni and totally aku kosong knowledge tentang civil . tak suka and aku rasa diri aku tak sesuai nak kerja macam ni . tapi aku usaha cari kerja kos aku ni , semua takde rezeki lagi . aku ada mintak dekat jobstreet , mau kerja and semua jawatan kosong . semua tak dapat . bukan jawatan kosong civil je aku mohon , sebagai clerk pun aku mohon semua takde respon apa apa . apa masalah sebenarnya aku taktahu . aku rasa nak je kerja sebagai pembantu jualan kat mana mana kedai , tapi aku rasa sedikit malu dengan kawan kawan aku . kawan kawan aku semua dah kerja , dah ada pengalaman kerja kos aku . aku masih terkebil kebil . Jiran aku nak recommend aku masuk kat syarikat dia , tapi entah . dia diam pulak tak cakap apa apa pun . aku dah cuba pergi iv mana mana , semua diam . nak cakap resume aku tak lengkap , okay je lengkap macam org lain . nak cakap pointer aku tak okay , 3.0+ lebih okay dari kawan aku (haha berlagak jap) . tapi aku susah dpt kerja drpd kawan kawan aku .
aku taknak mengganggur lama lama , kesian mak ayah aku . aku nak tanggung diorang . aku confess ni pun , nak tahu macam ni ke hidup seorang pengganggur ? dah nak masuk 4 bulan tak kerja and duduk rumah je . dah naik biru muka ni haa hahaha . Tu je yg aku mampu kongsi kan . Nak mintak pendapat korang , korang lepas study hidup macam mana ? susah tak dpt kerja ? Terimakasih semua :))

– Mata biru

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Waalaikumussalam.

    1. Rilek. Aku dulu pun sama je. Dah ada degree, apply jobstreet sampai 90 pekerjaan… berapa je panggil interview. Pastu semuanya gagal haha.

    2. Tak memilih keje. Semua aku mintak. Ada yang terima, ada yang tak.

    3. Jaga solat, jaga hubungan dengan mak ayah. Kadang2 sangkut kat mana2 dua ni… rezeki susah nak masuk beb

    4. Tolong cek balik resume ko. Cuba google resume terbaik macam mana. Kalo ko rasa resume ko bagus, ada tak sama bagus dengan contoh resume terbaik?

    5. Kalo ko keje f n b pun takpe (fast food ker, restoran ke… takper). Cari
    pengalaman dan cari duit.

    6. Baiki bahasa inggeris ko. Simpan duit (lepas dah keje tu..), ambik kursis bahasa inggeris.

    Orait. All the best.

  2. pernah keja management trainee kat 7e, asst manager kat speedmart, english department head kat popular, keja utk beli keta jer hehe pastu baru la apply hr officer kat kilang kat pj.. pokok pangkal keja jgn memilih.. keja setahun dua pastu tukar ( masa tu umo muda agi haha) wp ada master tp bila mintak keja guna degree jer sbb nak cr pengalaman dan suka cari pasal hahaha

  3. Jgn memilih keje,kalau asik pikir pandangan orang mmg bkulat la kat umah. Semua org yang berjaya bermula dari bawah,semua penah jadi kuli batak. Dan satu lagi, jangan menunggu,tapi mencari. Kalau dah apply tu,rajin2 la follow up,jangan tggu diorg call.

  4. Pengalaman… Kau tiada pengalaman menyebabkan kesukaran menambat hati majikan. Pengalaman yang paling baik ialah pengalaman yang berkaitan dengan kerja yang kau pohon itu. Tapi jika tidak ada, cari pengalaman dalam bidang yang lebih kurang, dan kalau tak dapat juga carilah pengalaman dalam bidang sales, marketing atau apa sahaja bidang yang berinteraksi dengan ramai orang. (Sales and marketing ni jarang orang nak minta kerja ni sebab kau kena keluar cari customer/klien) bidang ini akan membantu kau dalam interview dan cara berkomunikasi dengan betul. Paling optimum, cari 3-5 tahun pengalaman.

    Pegang kata aku ni, bangla dengan nepal takde SPM, melayu dengan english ke laut pun boleh hidup, inikan pula kau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *