Mana satu harus ku pilih?

Assalamualaikum, terima kasih kepada admin jika admin siarkan luahan saya yang dah lama saya pendamkan ini. Saya skrg berumur 23 tahun.

Zaman persekolahan, tingkatan 4, Saya ada kenal seorang lelaki bernama Z. Dia satu kelas dengan saya. Pada akhir akhir nak spm kami jadi semakin rapat sebab dia bijak dalam addmath. Jadi dia mmg byk membantu sy dalam pelajaran. Alhamdullilah dalam spm saya berjaya dapat A- sedangkan saya selalu gagal addmath dlm exam.

Lepas je spm kami dah pandai keluar dating. Tengok wayang, tak jaga batas. Pegang tangan. Kami dah 4 tahun berkawan, mcm mcm dah kami buat. Saya boleh katakan dia mmg kurang dalam bab agama, sbb yela kan. Dia pun tk reti jaga batas bila dgn saya. Tapi sekali pandang dia mmg nampak mcm budak baik dan bijak sbb bercermin mata. Tapi hakikatnya, saya sahaja yg tahu.

Sejujurnya, saya dan dia telah pun berniat utk berkahwin bila dia dah habis degree. Yela kan, byk dah dosa yg kami buat. Kami pernah terlanjur, sekali. Tapi tidak sampai memecahkan virgin saya. Ini semua kerana ajakan dia. Dia yg paksa saya melakukan hubungan terlarang padahal sy tak nak pun buat. Saya takut dan tidak bersedia. Sebab saya tahu benda tu sakit. Tapi setiap kali kami jumpa mesti dia nak pegang badan saya. Lagi lagi kalau dia naik kereta. Lama lama saya jadi serba salah.

Lupa nak ceritakan, saya pernah sekolah agama dan saya tahu benda tu berdosa besar dan saya seboleh boleh nak lari dari ajakan dia. Setiap kali kami melakukan perkara terlarang saya akan terus solat dan meminta keampunan dari Allah. Smuanya sia sia. Tp dia sangat memaksa saya dengan keras dan sy kena akur dgn kemahuan kejam dia. Sudah 3 tahun perkara ni berlarutan, akhirnya saya ambil keputusan utk jauhkan diri dari dia. Kerana saya dapat merasakan dia bukanlah suami yg baik utk saya nanti.

Sudah setahun berlalu saya amat jarang bertemu Z kerana saya memberi tahu dia, saya sudah penat utk melakukan perkara terlarang dan saya rasa sgt berdosa. Saya tk mampu nak menjadi bahan kepuasan Z lagi. Tapi Z amat mencintai saya dan dia mmg nk jadikan aku isteri. Dia mcm tk kan lepaskan saya lagi. Walaupun sy minta putus. Tapi tak semestinya dia boleh buat saya sesuka hati. Yela, nk kawen duit tak ada lagi dan masing masing masih belajar. Bila saya ajak nikah tanpa majlis, dia byk alasan seperti mak nya tk beri keizinan utk dia bernikah sbb dia masih belajar. Duit tak ada lagi la. Saya minta halalkan pernikahan je, saya tk minta majlis pun. Nanti lepas habis degree, buat lah majlis kan..

Tapi di universiti tmpt saya belajar, tiba tiba saya ada terjumpa lelaki bernama J yang agak alim dan boleh saya katakan dia seorang yang baik dan dia ni mmg belajar dalam aliran agama. Tak perlu saya ulaskan latar belakang lelaki ini tapi bagi saya dia mmg seorang yg baik. Saya dan dia tak pernah keluar ke mall sebagaimana saya buat dengan Z. Saya juga tk pernah terungkap nak buat perkara yg terlarang dgn J mcm mana sy buat dgn Z.

Setelah beberapa tahun saya dengan J berkawan, dia telah menyuarakan hasrat dia utk menjadikan saya isteri. Kami mmg tk pernah keluar bersama seperti dating. Cuma kami berhubung dalam hp dan selalu membincangkan perkara yg baik.

Adakah dia tahu selama ni saya bukanlah wanita yang suci seperti yg dia fikirkan? Adakah aku berdosa ttg segala penipuan yg aku lakukan pada J? Sebab J ingat aku ni wanita yg suci. Sebab J mmg tk pernah tanya ttg kisah silam aku dan J seolah olah redha siapa pun aku. Dia ttp ikhlas nk menjadikan aku isteri.

Pendek kan cerita, aku berusaha utk menyuruh Z lupakan aku tapi dia masih mengejar aku. J pulak ikhlas nak jadikan aku isteri dan dia seorang yg baik dan alim.

Bila waktu nya tiba, aku takut untuk menyuarakan hal sebenar kerana aku tahu ia adalah aib yg amat besar. Adakah aku perlu meneruskan perjalanan hidup aku dengan Z yg memandang aku bersulamkan nafsu atau J yg menyukai aku kerana agama ku?

Aku boleh katakan aku tahu tentang hal agama, tapi tentang kejadian aku dgn Z semua nya adalah paksaan dr Z. Bukan atas kerelaan aku sendiri. Ya Allah betapa byk nya dosa aku.

Jika kalian di tempat aku? Apakah kalian merasa keliru utk memilih yg mana satu? Adakah aku perlu berkahwin dgn Z kerana aku perlu menyucikan dosa maksiat yg telah kami lakukan? Atau pun terus berkahwin dgn J dimana aku yakin dia boleh membimbing aku ke jalan syurga.

Tolong saya. Mana satu harusku pilih?
Saya teramat sedih dan bila mengingatkan perkara ni, saya akan menitiskan air mata. Mungkin air mata keringat dosa. Semoga kalian dpt beri pendapat ikhlas yang mana satu harusku pilih.

:'(

-Hagia Sofia-

– Hagia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

36 Comments

  1. Kalau aku pempuan la kan.

    Aku pilih J. Pasal kisah silam, senyap buat kelam cukup. Tak perlu bukak aib diri sendiri, Allah da sembunyi elok da so watpa nak bukak lak kan?

    Kalau Z, aku tengok dia lebih menjurus kepada benda tak elok dan nampak x bersungguh pun. Alasan banyak, merapu lak tu.

    J tu bagus. So pick la J. Cuma pasal silam, tak payah bukak cerita. Benda lama, benda aib lak tu. Senyap ja, biar Allah ja tau.

    Ni pandangan aku kalau aku ni pempuan tapi apapun, benda ni kena istikharah. Mohon bantuan paling agung, Allah tu.

    Insyaallah benda baik kawen ni. Moga dipermudahkan (:

  2. Carilah pasangan yg mendekatkan kau dgn Allah, itu salah satu tanda hubungan yg diredhai… Apa pun buatlah solat istikharah, bukan sekali tp byk kali sehingga bulat dah hati kau dalam mmbuat pilihan… Tanya pada Allah , minta pada Allah… Allah knows better ! Smg bertemu jodoh yg diberkati & diredhai Allah dunia akhirat

  3. Lawak la dik. Diorg br ckp nk jadikn kamu isteri lom lg meminang kamu pun. Sapa yg pinang kamu dulu itulah yg kamu pilih SBB mmg tbukti dia pilih kamu.

  4. Pertamanya, awak kena pilih satu sahaja kata ganti nama diri pertama. Samada nak menggunakan ‘aku’ atau ‘saya’, tetapi tidak boleh kedua2nya .

    Ok, berbalik kepada kemelut yg melanda jiwa Sofia, akak suggest..kahwin dgn org yg boleh menjaga maruah kamu sebagai wanita dan isteri. Kalau kamu kawin dgn Z, tak bermakna life after marriage nnti bahagia. Kamu nk suci dosa, taubat je la. Jgn dekati org yg mengajar kamu erti zina. Plus, nak ke jadi kan Z bapa kepada zuriat kamu nnti?

    Life is short. Choose wisely.

  5. Adik… Tglkan kan Z… Ambik J… Pasal bnde dh lepas tue.. Xperlu bgtaw J pun… Sbb Allah jaga aib kita… Jadi xperlu pun nk bgtaw.. Biar adik n Allah je taw… Tapi kalo nk bgtaw jugak… Tue hak awk… Tapi awk kne sedia trima ape pun J akan ckp… Biase dlm bercinta syaitan akan suka menghasut.. Sbb bnde yg haram nie laaa dia suka… Jadi dkt kn diri dgn Allah.. Halalkan cpt perhubungan… Akhir kata.. Disebalik sesuatu ada sesuatu redha sangka baik… Doa doa doa dan trus berdoa

  6. Sebenarnya sis dh buat pilihan. Pilihan sis adalah Mr J. Tapi sbb dosa sis dulu menyebabkan sis keliru and sis fikir perlu berkahwin dgn Z. Sis, Allah sudah berikan sis peluang kedua, jgn sia2 kan. Berkahwin bukan erti THE END. Ia adalah permulaan hidup. Bg sy, sy vote Mr J

  7. keep calm…finish your study…start working….get a house on your own…stop being a child and a sexual object for them….start become independent….bila parents dh bising suruh kawin….baru kawin….jodoh x kemana……..

  8. taubat taubat taubat nasuha..jauhi mereka yang membuatkan dirimu dkt dgn maksiat..jodoh telah trtulis.namun pilihlah yg trbaik dan plihlah yg beragama nescya akn bahagia.lupakan kisah silam.mulakan hidup baru dgn ketaatan kpd Allah n rasulNya..

  9. Kisah silam tu x prlu crite pun..dan J prlu rasa die berkwn dgn malaikt..

    Nk plih mne tu…mntk la petnjuk..cume bgi sy…Z bukn suami yg elok…klau laki ni dh ajk ke arh bnde tu…bimbg prkahwinan ni ats dasr nafsu semata bila x ckup..cri yg lain…tntg J..sy meliht awk trlalu mengagumi die shgga rse diri x layak…sdgkn awk sndri x tau siapa die yg sebenarnya…dlm mse skrg ni..rsenya x prlu kwin lagi kot…nmpk awk x brsedia

  10. Pada aku tak perlu cerita aib dahulu. Cari la y lebih soleh Sbb kau wanita ( perlu dibimbing). Kalau kau laki mungkin aku tak setuju sbb calon wanita y soleh lagi layak utk lelaki y soleh.

  11. mcm mana kalau kau kahwin dgn J, pastu tetiba di hari pkahwinan kau, Z tetiba muncul dan aibkan kau? Tapi apa2 pun, eloklah ambik J tu, Tuhan nk selamatkan kau dari terus rosak dgn orang yang fasik… tapi kau kena lah makesure lepas nikah dgn J tu,kau betul2 jadi isteri solehah, yelah,kesian J tak tau kisah silam kau,si J tu pun baik takde nak judge kau,k?

  12. Npk sgt awak dlm proses mgaku tdk bsalah pd semua dosa lalu n meletak dosa awak pd org lain, lbih2 lg bila jumpa org baru yg kononnya sesuai dg kebaikan awak. Tak pyh pk psl siapa yg pling baik sekrg, lbih baik blajar kenal diri sdiri n btaubat. Jgn salahkn org lain atas dosa awak. Setiap seorg ada bahagian msg2. Hya allah yg lbih tau siapa yg baik utk awak, entah2 org ke3 yg tiba2 meminang anda n cinta sehati bmula lps kwin. Jd bsujudlah n btaubatlah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *