Cita citaku andartu

Salammm alaikummmm…
Aku pompuan.Sekarang, alhamdulillah dah kerja.Umur aku pun nak dekat 30.Ya, mmg benar sistur nie cita citanye nak jadi andartu.
Trauma..

Aku dari kecik aku experience bende2 yg teruk psl marriage.Mak aku kene pukul teruk, makcik aku cerai, sepupu aku kene tinggal, aku kene maki hamun kalau malas, mak aku ugut kalau perangai cam ni, kawin nanti kene tendang dgn lakii. Aku jadi dendam. Aku rase cam marriage tu mcm menghumbankan diri ke neraka.
Serious.Ni yg aku rasa.Aku takdapat cerna bende positif psl kahwin.Lagi2 pasal ketuanan laki melayu tuu. Kdg2, aku sampai terpikir, kahwin tu neraka, tapi, sbb fitrah, org kahwin gak.

Ye..dan sbb fitrah inilah aku terseksa.Kdg2, aku rasa tuhan perangkap aku.Tapi, cpt aku istighfar..

Ceritanya..aku muslimah yg menjaga.Aku tak dipandang sebab aku x cantik mane.Dan aku x memandang..sbb aku x heran ngan laki.Tapi, kuasa tuhan, kerna aku manusia, Aku jatuh cinta. cinta tu aku pendamnsekian lama.Cinta aku x membara.Tapi, entahla…dia ade dlm hati aku.

Aku dah confess kat mak aku yg aku x nak kawiin.Mak aku ckp hidup kau lantak kaulaa.Settle.

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya salji di tengah hari.Lelaki tu pulak confess, Allahu akhbar,Peritnya saat ni.Kalu aku x terime die aku takut aku menyesal.Kalu tak terime pun,aku takut aku menyesal.die lelaki yg baik, lembut pada wanita, kasih pada ibu die, tapi, aku masih takuttakut.Aku istikharah.Tapi masih x nampaknjalan.

Jadi..tujuan aku confess ni adalah bermusyawarah..
Mana tahu, tuhan turunkan pertolongannya di sini..

Tolong aku guys,
Jazakumullah.

– Nainaa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Terima la sis.. Allah dh hntr someone for you.. cuba la elakkan dari perkara2 yg boleh membawa kpd masalah rumah tangga.. takde siapa yg tahu apa akn jd kpd mereka di masa hadapan..

  2. Risik dulu latar blakang dia.. Xsemua llki jahat,perkahwinan tu lubuk pahala…in shaa Allah kalau niat kita saling mnyayangi kerana Allah,Allah akan permudahkan…

  3. istikharah. doa. ALLAH akan bagi apa yang kita nak. in syaa ALLAH. tak semestinya kahwin tu neraka. saya pun ada banyak pengalaman pahit. kalau cter, sakit, malu. tp at the same time, jangan tolak jodoh. ALLAH dah tetapkan awal2.. kte sape nak tolak ketentuan DIA?? so, akak istikharah. jdn pessimist sgt. akak nmpk yg xbahagia je, mcm mana yg bahagia tu?? semua kerja ALLAH,kak. be strong. doa ALLAH lapangkan dada, tenangkan hati. in syaa ALLAH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *