Saya nak ceritakan 1 kisah benar.
Kira-kira 2 tahun lepas, keluarga si perogol merayu supaya keluarga si mangsa tak report polis demi masa depan anak mereka. Mereka berjanji yang anak mereka akan bertanggungjawab di atas perbuatannya. Tapi mereka minta tempoh sehingga si perogol habis belajar dulu demi masa depan mereka berdua.
Keluarga mangsa bersetuju atas sebab rasa kasihan dan bertimbang rasa terhadap si perogol yang dah mengaku salah di hadapan mereka. Lagipun dia masih muda dan demi maruah bersama, tak mahu panjangkan cerita, keluarga mangsa pegang pada janji keluarga perogol tu dan beritahu mereka akan tuntut janji tu apabila tiba masanya kelak.
Tapi lama-kelamaan dalam tempoh yang diberi tu, keluarga si perogol seolah-olah nak mungkiri janji yang dah dibuat tu. Mereka seperti berniat untuk membiarkan anak mereka lepas tangan dan lari daripada bertanggungjawab pada mangsa.
Kalau anda di tempat mangsa dan keluarganya, apa yang akan anda buat?
– Cik Gula Hati
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
report polis
Sory kalau aku salah. Tp dah jelas lagi nyata, lelaki tu & keluarganya bukanlah dr org baik2. Kalau kahwin dgn family cengitu, takut timbul masalah lain di masa depan. Better mangsa tu setle by law.
Report polis dan nyatakan kenapa repot dibuat lewat. Tapi minta maaf cakap, kes dah x kuat. Cuma boleh la buat laki tu takut.
apa gilakah ini nak kahwinkan anak dengan perogol
Saman je kasi pengajaran
Xsemestinya perlu kahwinkan perogol dgn mangsa rogol.
Report polis je..tapi xsemestinya kna kawen nga perogol tu konon nk suh btgjwb..takot nnt lps kawen lbh teraniaya plak mangsa tu..
mmmm kalo kawen ngan si perogol tu jamin bahagia ke? buatnya dia dera sepanjang tempoh kawen cam ner
Buat report polis laa ….yang bodohnya tak buat report tu kenapa?
Kenapa nak kawin kan anak dgn perogol? Why?? Nk dikatakan keluar mulut rimau, masuk lagi mulut rimau. Ketahian apa kah ini?
Patutnya dulu reportkan je. Realiti hidup bukan mcm citer Aaron Azizyg apentah tu.
Kan..sakit hati dgn kepelikan ini!
Kan.
Setuju. Apa pasal nak bagi anak nikah dengan perogol tu. Sah2 mmg jahat, masih nak buat menantu? Sanggup nak serah anak kepada org mcm ni?
Kegilaan apakah ini? Kesian pada mangsa. ingat perogol tuh buat spontan ke? pada saya itu jenayah yang dirancang. Dia dah perhatikan mangsa, dah memang aim…pelik betul cara mak bapak/ keluarga sayang anak.
Agree..! Rasanya mangsa rogol tentu trauma. Ni kan pula nak dinikahkan n duduk serumah. Allah.. Nak jaga maruah family? Bagaimana dengan maruah anak yang dirogol?~
Cite tu bertajuk Ombak Rindu
Ombak rindu
Haha ombak rindu
Berangan Ombak rindu!
Adakah kemungkinan dia maksudkan istilah rogol yg mengikut undang2? I mean suka sama suka tp since perempuan tu bawah umur so dikira rogol? Kalau bukan ini mmg kepelikann
Hahaha ombak rindu ???
Klu lmbat report polis kmungkinn besar bukti2 telah lupus. Rugi la kamu x bg pngjarn pd org jahat tu. Sian kt mangsa
Nm lg perogol,xkan nk hdp dgn perogol?
What with the decision.Like this is not drama ok nak bagi anak hangpa kahwin dengan perogol pa dia,Report je la polis.Eh jap,I guess benda yang dah bertahun polis nak layan ke?
parangkan sahaja
Dah la si gadis dizalimi perogol. Dizalimi pula oleh keluarga dgn plan mengahwinkan dgn lelaki yang jelas tidak baik iaitu perogol. Lainlah kes sama2 suka dan berzina mmg la layak sesama mrk kawen. Huh! Sian betul gadis tu. Report polis pls!!!
Mereka keluarga yang baik, selesai kan dengan undang-undang
Macam sengaja masuk mulut buaya..
Saman je, nak lawyer syariah tak? Saya ada kenal sorang
kesiannya lahai mangsa perogol tu .. apelah family die tu boleh pulak biakan mcm tu . tahlah . xtwu nak cakap ape .
Klu rogol pon dy brni buat..ni kan tabur janji.. report polis ajela..
kan.. klu aku jd mgsa, aku rela x kawen dr dikawenkan dgn si perogol x guna tu..
Yelaaa…bia kena sebat..baru berakal
dah buat silap awal awal ni, patutnya report terus. Negara kita bukannya takda law.
parents nowaday lebih pentingkan maruah sendiri dari nak pertahankan maruah anak yang dah hancur tu ..
itulah..perogol kot
nak ke anak hidup bersama dengan penjenayah?
or else mmg suka sama suka tu lain cerita la
Pengaruh novel dan tv, kononnya sweet kahwin dengan perogol???.
Kes rogol ke kes suke sama suke ni?
keluarga mangsa kesian dengan masa depan perogol? si perogol tu ada ke belas kesian kat mangsa tu? kenapa perlu tambah lagi trauma mangsa dengan suruh dia kahwin dengan si perogol? kalau ada perjanjian hitam putih dengan keluarga perogol, buat laporan polis. kepada mangsa, jangan sesekali kahwin dengan perogol tu. realiti hidup tak sama macam cerita khayalan Ombak Rindu ye. adakah perkahwinan boleh menyembuhkan penyakit mental perogol? takut bila kahwin nanti lagilah syok si perogol dan keluarga perogol seksa mangsa. kahwin dengan perogol bukan penyelesai masalah.
Buatlah laporan polis..x pyh bermenantukn perogol..berani buat berani tanggunglh..
Pergi report polis. Ckp dkt fmly laki tu, kita dh tau dh dia akn buat perangai cmni. Jd dh siapkan bukti siap2 dh. So dorg x la anggap mcm kes dh berlalu cmtu je. Apa pun jgn biarkan laki tu lepas cmtu je. Kurg2 kne byr juta2 lemon dkt prmpn tu
Family perempuan x patut nak kahwinkan anak die dgn lelaki keji iteww. X trauma ke ank die nnt weii..maruah perempuan itu mcm mana, xde konflik dgn keluarga lelaki lahanat tu ke nnt? Skang boleh la ckp terima seadanya.. Lelama nnt x shiapa yg tahu.. Ke aku negetip thinking sgt eh ?
Boleh je buat report tp hasrat utk kahwin kan tu xpayahla
Alhamdulilah.. terjauhkan lelaki tu dari anda. Dia tidak mahu bertanggungjwb pd peringkat ini, yg ke depan bgaimana sikap dia yg anda kenali, anda lebih tahu. Semoga berjumpa yg lebih sesuai. Hanya anda latih diri jadi yg terbaik.
Ada manusia jika sudah sampai kesedaran, boleh berubah dalamannya “360darjah”. Kdg2 geram yg ada dlm diri kita mnjadikan kita lebih dasyat setanding seperti perogol itu pula.
Suka @ tidak & tabah @ tidak, saya & semua manusia melalui proses yg menyakitkan sebelum bertemukan kebahagian. Jika kita mahu rela menerima proses menyakitkan lama kelamaan menjadikan kita manusia yg mampu berlapang dada, insyaallah atas ihsan pencipta. Moga anda tidak kecil hati kata2 saya. Saya juga tidak terlepas dari dugaan dari kejahatan diri saya sendiri..
#kdg_org_tak_suka_kita_juga_satu_rahmat_cuma_bergantung_pd_diri_yg_menerima_sebab_anda_yg_kenal_diri_sendiri.
Nasi dah jdi bubur, tak boleh buat apa2 dah. Nak kawinkan anak dgn perogol tu tempah nahas namanya. Klau dia brtanggungjwb tak kan dia nak merogol. Skrg nak report polis bukti dah pupus. Melepas le jwbnya…
Perogol & Keluarga = Bijaksana
Mangsa & Keluarga = Bodoh
Kalau jdi kat adik ceq, sumpah ceq cari smpai lubang cacing.
Lebih baik kahwin pastu cerai jadi janda. Daripada jadi janda x bertanda
ini bkn Ombak Rindu kan?
Nifaq akbar. MUNAFIQ! (drama melayu).
1. Jangan teruskan niat nak tuntut janji kawen ngan laki jahanam tu.
2. Report polis. Kasi ajar si x guna tu.
Berani kerana benar. Jangan takut! Btw jgn gtaw dy tindakan awak nak report polis nanti x pasal2 dy ugut atau buat jahat yg lain pula. Huhu
X fhm tul ngn family mangsa tu..ade ke nk kawinkn ank diorg dgn perogol ank diorg..
Ni nk tnya, apa janjinya? Nk bertanggungjawab mcm mana?
Apa rasional ‘janji ghaib takde hitam putih’ ni?
Nasik dh jadi bubur. Doa byk2 semoga Allah bg pengadilanNya diakhirat kelak. Dkt dunia ni cik dah takleh nak buat apa dah.
Nanti nak kawen, cari lelaki baik-baik.
Ramai je lagi lelaki baik yg sanggup kawen dengan cik yang jd mangsa rogol tu.
Anda dicabuli, tapi anda masih bermaruah. Jgn anggap diri anda dah kotor hina sampai sanggup kawen dgn perogol terkutuk tu. NO !
Aku rase laa, maksud bertanggungjawab tu bukan kawen. Tp kalau bukan kawen bnde ape ye? Huhu
Tu yg aku tanya tu. Apa janji dia eh? Apa confessor maksudkn dgn bertanggungjwb . selain kawen apa lg, ke byr duit? ?
Agaknya family dia main ckp je. Ntah2 diorang pon x tau nak bertanggungjawab mcm mana.
Hmm. Tu yg kesian dkt prmpuan tu.
Dah tentu2 perogol..takkan nak ada keturunan dengan perogol..bila Allah elakkn tu ada laa sebabnye..
viralkan perogol dan family
Fak u raper
Ketahian apakah ini?mengahwinkan mangsa rogol dgn perogol plus keluarga perogol yg tidak bertanggungjawab..please move on,bina hidup baru,jgn jadikan diri mangsa lagi..
Memang tahi sungguh . Boleh pulak main bagi tempoh bagai . Pelik aku mak bapak perempuan setuju .
Benggong nye lahai keluarga mangsa rogol
Jgn kawen dgn perogol….lebih2 lg perogol tu xinsaf…di takuti kahwin akan jd pengalamn ngeri .
Fuh nasibaik tak kawin lagi. Maybe mak ayah duk fikir nak tutup aib dan takde sape nak kawin dgn mangsa tapi pikir logik.kenapa nak dikawinkan dengan org jahat. Tak ke merana nanti. Diorg tu akan terima balasan. Mangsa patut bersyukur dijauhkan dgn orang cmni.
baru nak cakap.. . ” fuh.. nyaris tak kawin lagi”.. Allah dah bagi nampak peribadi sebenar keluarga dan kelakuan lelaki..
Ombak rindu sangat
Bodoh sgt..geramnyerr..sekian
Jangan pernah kasihan terhadap perogol
Adoila…ni mesti nk ikut drama Nora Elena la ni…huhuhu
Pndpt sy tngglkan lah…x prlu kejar..akn ad org yg snggup ambk cik gula hati sbgai istri..jgn risau….knp nk kwin dgn org yg x brtnggjwb?.sdgkn keslahan yg besr die x boleh brtnggjwb mcm mne dgn prkra2 kecil…dn mcm mana pula rumhtngga yg tnpa tnggjwb?
Teks sms atau wassap kat dia dan famili dia. Biaq sampai gaduh2 dlm wassap. Then pi repot polis ada gangguan dan takut sampai cedera fizikal atau berulang rogol. Bukti baru dok dlm wassap. Kona kot mana pun kena kat dia jugak. Ttg kawin toksah lah. Keluarga celaru tu.
Report polis sepatutnya dari awal. Kenapa nak satukan anak dengan perogol? Sepatutnya jauhkan lagi. X mustahil dia akan merogol org lain pula.
Kena rogol dah satu balak
Nak kena kawen dgn perogol lg satu balak
Perogol mungkir janji, tu tandanya dia tak pernah insaf pon
Masih nak buat menantu ke?
Apa yg patut family mangsa lakukan? Buat knduri kesyukuran sbb tak jadi kawen
Jangan kahwinkan mangsa dgn perogol. Kesian mangsa trauma dgn kehadiran perogol dalam kehidupannya.
Keluarga sepatutnya fikiran maruah dan masa depan mangsa bukan perogol.