Saya baru je bercinta dengan seorang lelaki iaitu Z. Sebelum ni saya sangat susah nak terima mana mana lelaki. Saya jaga diri saya memang orang cakap kalau nak nampak saya sentuh lelaki pegang saja saja memang takda. Bukan nak cakap diri ni alim tapi saya seorang perempuan yang biasa biasa sahaja. Tapi pergaulan antara lelaki memang saya jaga. Sebelum ni ramai yang nakkan saya tapi saya tolak sebab saya memang dah tawar hati nak involve dengan mana mana percintaan.
Sampai la one day tu saya jumpa Z. Cara Z yang bersungguh dan sangat gentle buat saya terima dia. Kami pun dah berjumpa dengan parents masing masing. Even kami bercinta baru je.
Dipendekkan cerita paling sedih bila satu hari tu saya tahu yang Z dah pernah terlanjur dengan bekas kekasih dia. Allah.. Lemah sangat rasa masa tu. Bila jumpa Z saya rasa macam sakit sangat dada ni bila ingat apa yang dia sendiri mengaku dekat saya. Bukankah jodoh itu cerminan kita? Saya sangat jaga diri sayang dengan lelaki tapi kekasih saya/bakal suami saya pernah terlanjur dengan perempuan lain.
Sekarang bila saya jumpa Z saya jadi kurang suka dengan dia. Tapi kejam la saya jika saya hukum dia sebab masa silam dia. Saya dah terima dia baru saya tahu benda ni. Kalau family saya tahu pun mesti dia tak terima Z. Tapi Z memang betul betul sayangkan saya. Dia yang terlebih dahulu kenalkan saya dengan family dia. Apa yang harus saya lakukan? Adakah masih sempat jika saya nak patah balik..
– Alisha
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Hmmm….dilema kalau kat tmpat sis
Baik istikharah jer
Ad jawapan yg trbaik
Sis dh ad jwapan tp sis ragu lg so baik minta doa dr Allah
kalau dah tawar hati blah je. belum kawin kan
kdg org klu dh buat sekali akan jadi ketagih
Itu nafsu.
X pyh la dpt sisa je. Cuba ko test dia ko ckp ko dh xde dara. Tgok cmne. Pndai la dia nk cr isteri cari yg fresh. Maaf ye dik klu kasar bahasa. Dgn laki nii sblm jadikn somi mmg kena test mcm2.
Btl jgk tu.. try ngaku mcm tu kan.. tgk pe riaksi llk tu
Thats rite. Kene setepek atas muka
Tp mgkn dia akn ok sbb dia sndrik da prnh melakukan kesilapan yg sama. Lain la kalo dia masih suci. Huhuhu
laki tue pon tgah test agaknya.
Amende la nk test2 hal dosa2 besar pulak? Pelik2 la budak2 sekarang.
Kang dok test2 tetibe jd perbuatan menyebabkan dye tkda dara tak ke nayaaa tu. Ahaha
Tak bahaya ke test2 ni? Huhu. Kang tak pasal2 melunturkan perasaan yg asalnya murni
wuish nak mengaku xde dara, rendahkan maruah sendiri, padahal diri masih dara, padahal punya kita jaga diri lepastu senang2 nk mengaku xde dara kt org.. kalau org tu percaya, dia tgglkan je xapa, tp kalau sampai dia cerita kat org lain, memang maruah kita di tapak kaki laa.. lelaki klu xde teruna pon org masih pandang tinggi, tapi kalau perempuan, sampai tahu ke pengetahuan keluarga, memang kena halau kena pulau kawkaw lah
Idea lgsg xmasuk akai..jgn d buat main dlm hal2 cmni..yg laki pn satu..sptutnya kisah2 silam dh xperlu d kluarkan smula..let it go..start new..
Bila perempuan terlanjur boleh pula suruh maafkan. Masa silam bagai. Coi.
Awk…doa doa doa dan trus berdoa… Sedangkan Nabi ampun kan umat… Allah maha mengampun.. Nie kan kita… Xsalah kita nk beri dia peluang kedua..andai dia benar2 berubah… Dia xsntuh adik.. Maksud dia dh berubah n dia sayang adik… Fikir laaa baik2… Doa n solat sunat… In syaa Allah
Blah je…
Putuskan aja. Masih ramai lelaki baik dan belum ternoda.. u deserve better
Hm, jangan berganjak lagii. Just stay with him, itu mungkin dia yg dlu. Semua org ad msa yg gelap, semua org berhak berubah. Kita pulak xde hak nak hukum org. At least kite support dia. Just go on with him kalau dia dah berubah. Mungkin semasa diuji, dia kecundang. Siapa tahu dia sekarang seribu kali lebih baik dr kita, kan?
Pernah dgr tak tentang tangisan pendosa lebih Allah cintai dari tangisan para wali.
Orang y buat jahat bertaubat lebih baik daripada orang baik rasa die buat baik banyak….
Yap, absolutely agree w you.
go on ja..tapi pastikan bakal suami tu solat..
Kalo x blh accept blah jew la
lihat dan perhatikan betul2 pada dirinya yg skrg. pd agamanya. bykkn brdoa, isktikharah agar dberi petunjuk oleh Allah. smoga Allah tunjukkan jalan..
Azwa DiGiovanni takutttt
Dia patut test pakwe dia tu, tipu cakap dh penah terlanjur and tengok respons pakwe dia..
Byk laki mcm ni kan
Mintak dijauhkan la
Amin. Nauzubillah.
” Apakah yang harus saya lakukan? Apakah masih sempat jika saya nak patah balik.. ” – sepertinye sis sudah mmbuat keputusan cuma belum melaksanakan nya lg..huhuhu..dlm perhubungan perlu ada rasa hormat antara satu sama lain..jika sis mmg xblh terima or bertolak ansur dgn masa silamnya better sis bertegas..jgn disebabkan perkara ni kelak akan jd ungkitan.. wallahu’alam~~
yup..setuju…kalau na putus better sekarang jgn smpai da ade ikatan tali kekeluargaan nanti lebih complicated n lg stress..skarang yg involve hanya 2 hati..akn dtg bile da tunang or kahwin lg byk hati yg perlu djg…lelaki tue biala dye carik perempuan yg mcm dia jugak..lebih baik kalau dye pg btanggungjwb kt org yg dye da rosakkn tue…tebus smule silap dia
bagi saya, klu benar2 dia sdh bertaubat, dan betul2 hormat awak sbg wanita, bolehlah teruskan mengenali. dan minta petunjuk juga dgn Allah
Habis tu dia xkejam dgn ko? Eh mmg xslh la aku ckp pompuan mcm ko ni bodo. Laki 2nd bekas2 org tu yg ko nk. Jgn dgr komen lelaki2 yg nk ko stay. Dorg mmg suka pompuan mcm ko ni. Hidop dorg pon sng. Yela dh barai xteruna tp pompuan msh bodo nk jagk. So lps ni dorg pon xksh nk bzina. Ah xde mkna “mgkin dia dh x mcm dlu” drama je lebih. Mbohong je semua tu. Org klo dh taubat nsuha, nk dkt dgn pompuan pon dh xbrani. Ini semua kesal taik kucing.
Marah sangat kau ni, dia minta pendapat tu, kau jawab jelah baik2. Yang nak naik angin cakap orang bodoh kenapa. Over.
Aku mmg mrh dgn pompuan cm gini. Ckp baik xguna. Utk masa dpn dia bia dia pk. Aku nk komen mcm mn cara aku punya hal. Dia nk ckp aku over ke ape, dia pye hal. Ko apehal bising? Aku xckp dgn ko. Boleh blah.
Jarang lelaki nak back up perempuan. Ini rare. Haha
Tibe2 nk offer pandangan tanpa dipinta.. Sy perhatikan.. Kadang2 berguna tau ckp kasar2 ni.. Sbb tu ramai org troll si maryam lee tu sebab org2 esp laki2 diorg tau apa yg plg berkesan esp kalau pendengarnye jenis keras kepala. Salah ke pendapat sy bahawa menasihati tu x semestinya perlu ckp dgn gaya baik2 saja walaupun itu yg disaran2 org? Bukannya ckp ngn budak2.. Penerima nasiHat x boleh handle kah? Tibe2 komen bende xde kene mengena dgn confession maaf cik confessor^_^
“Hati kau keras Roy…”…hehehehe…teringat plak citer giler2 remaja…
Dalam perkahwinan nnt mcm2 boleh jadi antaranya akan mengungkit kisah silam tu especially bila dan bergaduh…dalam kepala akan ingat benda yg dia da terlanjur tu jer…so fikir la baik2…?
yup setuju…org yg confess nie tlgla syg diri sndiri dlu sblm meroyan syg lelaki ta tentu pasal…susah payah jg for what?!
Jangan biarkan awak pulak yang jadi mangsa. Mohon clash
Knape mohon clash? Org tu brsguh suka dia ? huhu
Pasti ke orang tu bersungguh-sungguh suka dia..
If laki tu masuk mintak beliau. Brsguh2 lah tu. Lgipun. Kita rasa kita baik. Sdgkan amalan ssorg y penah buat silap pun mgkin jauh lbh baik dr kita ?
Confessor lebih kenal laki tu, kalau beliau yang yakin laki tu dah berubah, keputusan terpulang pada beliau
Kalau betul dia dah berubah,minta dia bertanggungjawab dengan perempuan yang dia rosakkan dulu. Tengok ape alasan dia. Kat situ ko boleh nilai sendiri.
Dok jumpa selalu pn bhy jg.. Sebelum terjadi apa2 baik jauhkan diri..ayat lelaki ni mcm2.. Tkt terjTuh jg..Tp jgn lupa doa dia berubah..
Putus la dengan si Z tu . Kalau Z tu dah betul2 bertaubat, dia cari balik ex dia dan kawin dengan perempuan yang dia dah rosakkan tu untul tebus kesalahan dia. Awak cari laki lain je la. X semestinya si Z tu jodoh awak. Move on
Masa kapel pandai rosakkan anak orang. Nak kawin, pandai plak cari yang dara. Fikir2 lah. Peace
Ni aku paling sokong. Lain la klu perenpuan tu yg tinggalkan dia.
sokong…suh dia btanggungjwb kt girl yg dye da rosakkn tue
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Tapi kalau dpt sebaliknya tu ujian awk.. bawa la dia ke jalan benar. Tunggu kesungguhan dia dalam bertaubat. Suruh dia istiqarah kalau dia syg awk.. InshaAllah Good luck
Apbl dia sdh bertaubat, dia termasuk dlm golongan org2 baik jgk.. x g2.??
Ye… tapi kena sungguh2 brtaubat dan nyesali, berjanji tak akan ulangi dosa yang lepas. InshaAllah Allah Maha Pengampun.. dan teruskan istiqomah dan melakukan kebaikan selepas brtaubat.. InshaAllah Allah akan hdirkan org yang baik2 utk kita. Perancangan dia hebat.?
Bawa jmpa family belum tentu dia serius gan kita..ntah2 pmpuan len pon dia bawa jmpa fmly..sbb ada fmly laki jenis xkisah anak laki dia bawa pmpuan..sbb anak dia laki…
move on!
Aku rasa, kau dah ada jawapan untuk soalan kau sendiri.
kalau awak xsanggup nk hadapi msalah pda masa akn dtg, tinggal je dia. sbb kalau awk kahwin jgk ngan dia, kmungkinan bsar, awk akn mengungkit2 kesalahan (terlanjur) dia yg dulu. tkut hati xkuat je
Klau rse x boleh trime tingglkan lah….akan ad org yg benar2 mampu hrgai die yg trime die….bnyk dh confession mcm ni..cri la dn bce komen2 dlm tu…
kalau rase one day akan mngungkit elok tggl jela. perempuan ni kan kalau mrh semua keluar.
Betul tu.. Perempuan mmg suka mcm tu
Jangan paksa diri kalau rasa x suka, rasa x ikhlas, atau rasa x rela
NurShahidatul Shahira Zakaria
??? hurmm..
Apa lurus ye laki g cite..huhu..
Kalau sampai masuk confess dlm fb ni kira tak dpt terima la. Tinggalkan je lah.
Kalau boleh terima mesti tak tanya pandangan sapa2 dah.
Btul tu, confess kt fb tu sbnarnya nk kuatkan sbab utk tnggalkan je. Dah rosakkan anak dara org pndai plak nk cari yg fresh utk jdikan istri. Alasan dah taubat dah slalu dgr. Last2 da kawen mcm2 masalah timbul, ungkit, curang. Mcm2 crta dah dlm page ni.
suruh z bertanggungjawab dengan apa yg dia dah lakukan dengan ex dia….
Give him a second chance
Tinggallkan je la sis…tak berbaloi. Not worth ur time at all. Cuba sis buat mcm apa Puan Sizuka Minami ni sarankan. Kalau dia okay…sis mungkin boleh consider. Kalau tak, better angkat kaki. Sisa orang tak berbaloi kita nak kutip…pergi mampus dengan penyesalan semua tu.. itu semua sandiwara…
mmg lah psgn kita adalah cerminan diri kita. tp tak semestinya sblm kahwin dh mencerminkan diri kita. sape tau slps kahwin dia akan jd suami yg soleh. bukan ke ni semua dugaan. kalau kte sabar dan redha pasti Allah bg lebih lg. kalau dia sungguh2 berubah, terima lah. setiap org ada jahil mereka sendiri. mgkn awk turning point atau punca utk dia berubah. siapa tahu kan ;) semoga Allah beri yg terbaik.
tinggal kan je jantan tu.. buang karen lama2 dgn dia buat apa..silap2 dgn kau pon dia bedal..
kenapa lurus sgt si lelaki tu mengaku…kisah silam x perlu bangkit lg
Tak cerita salah, berterus-terang pun susah. Sesiapa pun, lelaki atau perempuan, mmg tak suka perkara mcm ni terjadi pada pasangan. Tapi manusia boleh berubah dan belajar dari kesilapan lalu, tapi kalau lah benda tu menjadi duri dlm daging antara adik berdua, hingga adik x ignore bila dah kawin nanti, so berbaloi ke meneruskan hubungan? Jawapan ada di tangan adik sendiri.
Bekas org pun ko selera ke?
Haha.. kak xkena, kak xrasa.. 2 jea blh bgtau..
Jangan menghukum orang atas kesalahan yang lepas..
Dosa besar kita pn belum tentu kita perasan sama ada yang kita sengaja buat atau x..
Masa dia kenal ko pun, bukan dia tau ko ada dara ke x..
Orang yg jahat/nakal belum pasti ke neraka, orang yg baik belum pasti ke syurga..
Hmm dunia2, makin menyeramkan Farhana An-Nur
Aku nasihatkan aib atau kisah silam tu simpan sorang2. Xperlu bgtau sape2 smpai bila2. Bialah allah dan kau sahaja tau.
Allah dh tutup aib ko, ko pegi cite kt orang lain buat apa. Simpan aib tu baik2 dan tobat sungguh2. Cukup smpai situ.
Walaupun die bole trima aib ko tu, akan dtg mane tau, bila gaduh, sume aib terkeluar nnti. Xpasal2 lg ramai yg tau. Time suka bole la simpan, time gaduh besar, abih adik bradik, mak pak mentua, anak-anak, pak sedare, kawan baik sume tau. Yela time cmtu sibuk carik penasihat, abih dicerita segala aib. Nampak x? Ape kesan die.
Siapa yg aib ni? Nasihat ini patut dituju pd pakwe dia.
I
If perempuan tak boleh terima lelaki yang dah tak teruna… Then how can lelaki nak terima perempuan yang tak ada dara..?? Kalau perempuan or lelaki tu dah benar2 menyesal n berubah.. Berusaha menunjukkan mereka cuba berubah.. Why can’t we give then second chance..?? Tak ada sesiapa yang sempurnakan…?? Tak ada sesiapa yang tak melakukan kesilapankan…?? N semua orang layak untuk dapat peluang, ruang n sokongan dari kitakan..?? So why not try to give him 2nd chance.. Tengok usaha dia.. Tengok cara dia… Tengok diri dia yang sekarang bukan yang dulu…
Jangan kecam saya yaa.. Cuma menyatakan pendapat saya…
Bab maruah diri tu nk bertolak ansur lg? Hmmm kelakar kalar betul. Klau kena atas batang hidung sndri bru tahu. Lain la sesama rosak. Ops!! Sorry
Sye xde niat nak gaduh pon awk… Msing2 ad pendapatkan… Jadi xperlu asenya nak gunakan ayt2 mcm tu… Lau awk ase pndapat awk tu btol sye hormat… Xde sape btol.. Xde sape yg slah.. Ni hnya pendapat sye smata2… Nak trima trima… Xnk trima… Xperlu laa smpai nk guna ayt mcm cri gaduh kan…
nape mase buat x pikir…pastu nk suruh semua org terima??? opsss
Da nme pon pendapat… Nk trima.. Terima.. Xnak terima xpelaa… Pelik sgt kekdg tu owg xbole nk trima sesuatu pndapat tu.. Nk try bash or mcm cri gaduh… Siap nk “opss” sgt… Like i said it just an opinion.. Lau pendapat sye tu salah… Sye mnta maaf… Cume mgkin pde akal fikiran sye smua owg layak diberi pluang sbb nobody perfect n xde sape yg xpnh buat silap… Trpulanglaa pd individu tu nak terima or x.. Sye komen bkn nk cri gduh.. Sye komen sbb hati sye trgerak nak menyatakan pndpt sye… ????
Tak semua orang berjumpa dengan orang yang betul2 sayangkan dia. Kalau awak rasa dia boleh jadi suami yang baik, jadi terima dia seadanya.
silapnya kau tersilap tafsir. Z mengaku bukan sebab terlalu jujur hingga mejarah maruah sendiri depan kau. kau fikir la sendiri, lelaki ni penuh rayuan gombal tipu helah dan kaki lipat. haha tp z tu bukan aku. aku z lain. by the way alisha boleh cuba z yg ni pulak. z yg ni bak teratai mekar di tasik putrajaya.
Sy pon ada Z jugak.. Hehe
Hahahahaha ayat kemain lak yang ni ?
sempat jual minyak ya… terbaek
In shaa Allah! semoga Allah temukan jodoh. Lbh baik sama2 xde experience. Klu dh pernah, takut dia buat perbandingan dr segi layanan.
pikap line dia. ???
Hahahhahahahhahahahhaha xberagak kihkihkih
Z , aku memerhati ni Z. Hahahah
hahaha kacau daun laaa ☝?️?
Putri Alisha confess mnde ni ke ? Serious laa
Demi Allah bukan saya ?
Putri Alisha ermm ok . Awk bdk UM ?
Btw, ni IIUM. International Islamic University Malaysia.
Bukan UM= Universiti Malaya.
Berbeza jauh tu
Iye . Beza yg ketara sgt . IIUM ni kre UIA laa sng ???
Sje je nk nyakat awk smpena rye ni ?
Amboi, byk la menyakat hahahahaha. Sy pun pelik, sbb saya rasa, saya je manusia nama “Alisha” dalam malaysia ni ?
Hahahahahaha . Nme alisha sdap what even xleh dimakan ???
Setiap org ad “kisah silam dn hitam”.allah hadirkan seseorg utk kita samada untuk mgubah kita atau kita mgubah dia.bdoa dn minta petunjuk dr allah.sesuatu yg blku ad asbabny.jika dia btl² dh btaubat knp perlu ptikaikn ms lampau dia.mngkn ramai lelaki kat luar sana yg dh terlanjur tp tidak seberani dia untuk bterus terang.allah lbh mengetahui.byk² bdoa
Penting mintak petunjuk kat Allah , all the best <3
Harap2 ada ramai lg yg btul2 suci utk org yg suci. Apa barang dpt manusia yg tak pandai jaga maruah. Kau buat la keputusan yg terbaik utk diri kau tu. Kau layak dpt yg lebih baik.
Ahmad ShauQy
Tuhan pun bagi peluang berjuta untuk hambanya untuk taubat. Ini kan kita yg hina ni pejadah bajet tak nak bagi peluang kedua dan nak menghukum.
dia bukan nak menghukum lelaki tue…tp ni melibatkn soal ms depan dia jugak..dia berhak untk tentukn ms depan dia…kalau dia tak dpt terima lelaki tue bknla bmakna dye menghukum lelaki tue tp sbb dia mncari imam yg terbaik untk keluarga dia…tak salah kan kalau kite usahakn yg terbaik untk diri n keturunan?
Jadi dicadangkan tinggalkan la lelaki itu untuk mencari imam yang terbaik untuk dia. Itu lebih bagus gamaknya.