Aku yang gemuk dan tak cantik

Aku yang gemuk dan tak cantik.

Assalamualaikum dan selamat hari raya. Dalam masa beraya ni aku jadi sedih sgt. scroll down fb dan insta semua gambar Cantik-cantik je. slim, putih, dan cantik.

Ohh actually aku dah kahwin dan ada anak 2. Umur dalam 29. tinggi dalam 155cm dan berat 63kg cmtu. sepanjang hidup aku tak pernah gemuk macam ni kecuali masa mengandung dulu. Mentua pun tegur aku gemuk. Raya ni aku rasa sedih dan low confident sangat.

Sebab aku dh gemuk. Muka makin chubby, kusam, jerawat dan berkulit gelap. Macam-macam dah produk muka dan supplmnt aku pakai. Still sama ja. Langsung tak ada perubahan. Kadang ada yang sampai lagi teruk pn ada. Dah tu bila gemuk muka pula makin tembam sampai double chin dan mata pun nampak kecil je.huhuhu.

Aku langsung tak ada semangat nak upload gambar raya sebab kulit aku yg kusam, jerawat, double chin dan badan aku yang dah gemuk. Sedih wei.

Lepas tu aku try nak diet atkins fasa 1. Tak boleh makan carbo esp nasi kan. Aku penin macam nak pitam sebab aku jenis kena makan nasi. Terus suami aku marah dan dia suruh makan nasi juga. Dia cakap dia langsung tak kisah aku gemuk or apa-apa janji aku sihat. Dan memang dia tak pernah complain pasal muka or badan aku.

Aku terus nangis sebab aku nak cantik untuk dia juga. Dia pujuk aku. Aku kesian dia dapat wife yang dah tak lawa. Kawan-kawan dia wife dia orang cantik ja. Aku tak nak dia malu. Sebab kalau jumpa kawan-kawan kan bila tangkap gambar, aku la yang paling tak elok. Gelap dan gemuk. Sedih wei. Aku rasa aku merosakkan gambar orang. Sebab aku boleh rasa dia orang pn tak suka sebab boleh cakap nanti kita edit bagi nampak muka aku ok. Aku memang terasa gila.

Sekarang aku tak tahu macam mana lagi nak buat untuk kurus dan kulit tak kusam lagi. Aku bukan nak lawa dan kurus macam Che Ta tu. Aku cuma nak kembalikan keyakinan aku nak berhadapan dengan orang dan untuk suami. Ohh suami aku memang bagi ja duit untuk aku beli segala menda alah nak bagi kulit elok tapi semua tak ada yang serasi pun even skII.

– Si kusam gemuk

– Si kusam yang gemuk

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

63 Comments

  1. Jaga makan cukup.

    Nasik amek gak cuma kecilkan portion. Kalau sebelum ni 3senduk, kurangkan ke 2senduk dlu..biar badan boleh selesa dlu ngn fasa perubahan tu. Xley terus x amek, mmg pengsan la.

    Sampai last sekali dapat 1 senduk utk sekali hidang. Lebihkan sayur, lebihkan protein.

    Ais buang terus. Ais akan buncit perut. Banyakkan air masak / ksong. Guna apps Aqualert dalam playstore utk monitor air kita.

    Makan makanan yang sihat. Junk food semua sabar sat, x payah sentuh. Malam jangan makan, last makan before 6@7. Breakfast kena jaga, tido pun kena jaga.

    Insyaallah dalam 3months, ada perubahan. Kalau nak lagi cepat, buat exercise sikit. Indoor punya exercise, insyaallah berjaya (:

  2. Xyh mkn produk2 utk kurus ni..cara plg mujarab,BERSENAM..mmg dh kawin ni,rs mls nk wt..nk jaga ank lg..optionnye,brsenam kt umh je..pastu diet dr segi kurangkn kuantiti mknn..nasi suku pggn je..bykkn sayur..tp jgn smpai x mkn nasi lgsg..diet atkins risikonya leh wt buah pinggang rosak..jgn expect utk trun berat mndadak..bia trun slow2..bdn pn x jem nnt..smngt n sabar kna kuat tau..

  3. Cuba exercise yang mudah, saya jenis makan banyak tapi dalam masa yang sama exercise pun kena banyak. Setiap minggu saya kayuh basikal 30-35 km. (Sehari 6km). Kena ikut kemampuan hang jugakla.

  4. Saya rasa sis tak gemuk manapun. Sebab saya tinggi 1 cm je dr sis, tapi saya lagi berat dari sis. Cemnilah. Sis jangan buat diet atkins.. tapi makan biar seimbang dan terjaga timingnya. Lebihkan sayur, ada protein, ada nasi segenggam tangan kita. minum air masak make sure cukup (ada apps yg leh kira berapa liter air masak yg kita perlukan based on tinggi n berat) sis perlukan dlm around 2L la kot sehari.. sebab lebih kurang saya je kan.. pastu rehat n tidur make sure cukup… Pasal kulit berjerawat, kalau sis belum try lagi, apa kata cuba makan lucimax dan pakai sabun muka golden herbs (sendayu tinggi).. saya dulu jerawat teruk last2 sabun ni je yang sesuai dengan kulit saya. Oh ya, kulit saya jenis berminyak dan sensitif. In case kulit sis sama ngan saya la. Pastu kulit kusam tu.. hmmm.. mungkin pemakanan juga kot.. elakkan terlampau banyak kafein/teh kalau suka minum so that tona kulit jadi sekata. Maybe sebab sis stress sangat selalu tgok ppuan cantik dia affect skin condition juga, maybe.. penting sis utk trima dan sayangi diri juga. Suami sis pun ok je dengan condition sis. Yang paling penting, sihat sis.. macam yang suami sis katakan. Bolehlah buat senaman sikit2 juga.. planking 30 saat setiap hari ke.. kalau rajin, tambah lagi 30 lunges ke kan, ikutlah masa yg sis ada.. Mostly perempuan memang mudah insecure dngan perempuan cantik kan.. tapi sis sayangi lah apa yang ada.. saya tak tahu la pulak tips untuk insecurities ni, tapi saya boleh doakan sis gembira dengan diri sendiri. InshaAllah.. moga cantik dalam dan naik seri ke wajah sis. :*

  5. Ha ah.. Atkins tbaik
    Pmulaan ja akn mcm tu..
    Lps tu akn ok..
    Hati kena kental ye..
    Argh nk share pict before n after xlh plak..
    Lps buat Atkins kulit kau akn cerah..
    Percayalah..

  6. Sis.. xyah la buat diet Atkins.. kalau awk xmkn nasi.. tp awk pergi mkn ayam daging burger. Hotdog.. ikut Kevin zahri.. small portion of rice.. enjoy ur diet bukan sekse ur body.. ur body need all.. karbohidrat protein sugar. But with small portion… seriously I xstuju dgn diet Atkins..

    • Atkins diet actually bukan diet yang menyihat kan.. Ia diet memudarat kan.. Berkesan tapi banyak juga side effects.. Cthnya, kurang gula dalam darah, tak cukup energy, rosakkan buah pinggang.. Kita nak kurus sihat.. Kita makan semua benda tapi dalam keadaan terkawal..:) hehe.. Setuju u punya pendapat..:)

  7. Point yg aku nampak, husband kau terima je seadanya. Tak kisah pun kau kusam ke, lebam ke, tembam ke.

    Jgn terbawa2 sikap negatif mcm tu dgn suami. Kesian dia. Aku ni, kalau berdiri sebelah kau, mesti kau rasa bersyukur sgt sbb sempurna tubuh badan. Why? Sbb kaki aku satu je. Tu pun laki aku tak pernah malu bawa aku jumpa kengkawan dia.

    Yakin dgn diri sendiri. Cantik tu dari dlm, bukan kat kulit luar je. Bykkan senyum, ambik VitC tiap2 hari, bsenam bila ada peluang (try download apps JEFIT kat GooglePlay.

  8. Pagi: minum susu blend dengan anggur/ berries. Pastu boleh breakfast oats..then pergi brisk walk elok pagi
    Tengahari: nasi segenggam.. Sayur + protein mesti ade
    Malam: salad

    Pagi: pergi brisk walk 10-20 mints cukup
    Air putih + keratan lemon 2 liter okeh
    Lepas breakfast makan supplement vitamin c 1000+ surbex + calcium

    Muka jerawat: tenyeh dengan lemon in shaa Allah ok.. Atau boleh google skin home made remedies..

    Kalau nak cantik, perlukan sedikit investment + pengorbanan..

    Tapi, tak perlu lah inject vitamin c yang sampai ribu riban kalau tak mampu.. Hehe.. Just 2 cent thought sbb alhamdulillah, saya boleh deal dgn these regime n it works on me! Good luck sis!

    Anyway, jangan rasa down.. Hormonal changes tu hanya temporary.. Bersyukur apa yang Allah beri.. Saya pun selalu kena hina.. Tp takpe, jom kita sama2 upgrade diri.. Hehe.. External beauty, kulit cerah, badan kurus tu propaganda je.. Utk kita jadi lalau jadi manusia.. Tetapi kena ingat, Islam juga suruh kita jaga kesihatan..:) salam lebaran..

  9. Xtau nk nachat ape utk tenangkan sis..sbb sy xpenah diet pom..yg pntg cik suami xkisah..dia kata kalo sy jd mak gajah..dia akan jd bapak gajah..nikmati hidup ini.yg pntg chat dan bahagia..pedulikan pndgn org lain atas muka bumi ni.yg pntg pandangan Allah..

  10. Tak kisah la gemuk ke kurus yang penting SIHAT!! Belajar bersyukur.. Ad org lain bukan setakat gemuk dan tak cantik malah tak berduit, berpenyakit, takde anak, takde laki.. Awak alhamdulillah dah laku dah ad suami dan zuriat. Masalah sis tu pn ada byk penyelesaian so jgn nk moral down sgt k.. Stay confident dan jalani cara hidup yg sihat ikut sunnah Rasulullah SAW. Sy rasa elok sis try cuci darah (kt clinic) or buang darah kotor n toksin dlm badan (berbekam) dahulu baru amek supplement. Detox bdn tu dlu baru amek supplement etc.

  11. Kalau takleh buat atkins. Try buat diet kevin zahri. Segenggam nasi, protein, sayur. Buah pun boleh makan. Cuma elak air manis, makanan berminyak. Petang jogging, lepas kemas rumah(if u’re a housewife) zumba. Best. Drink lots of plain water. All the best.

  12. 1st, ko keno terima hakikat yg bile dh ade anak 2..mmg berat ko akn naik. 2nd, kalu ko betul2 nk lakukan perubahan fizikal, ko kena detox dlu badan ko supaya bdn ko blh serap segala supplimen yg ko mkn..detox plg mudah n murah adalah banyakkn minum air putih. Bg masa 1 bulan utk bdn ko betul2 bebas chemicals. Mkn nasi blh, tp try mkn dlm kuantiti yg cket. Mkn segenggam nasi ckup la. Tp kena remind jgn minum air berkaffein atau bergula. Kalu ko rajin, blh buat air detox buh lemon ke ape bende tu sume. Tp at first, just try dgn air putih kosong je dlu. Aku gemuk. Tp kullit aku xkusam sbb amalkn mnum banyak air putih. bile aku nk diet je laki aku xkasi so aku repair keadaan kulit supaya xnmpak kusam n penat. Cara aku buat terapi air mineral. Bangun pagi, mnum 1liter air mineral. Ni sebelum subuh. Lepas subuh minum lg at least 3 gelas air. Sblm pkul 12 tghari, make sure ko dh minum sekurang2nya 2.5 liter air. Mmg akn kerap ke tandas tp mmg tu jgk tujuannya. Nk buang toxin dlm bdn kan. Mnum air smpai kencing ko dh jd jernih and menten jernih selama sebulan. Lpas tu ko tgk perubahan keadaan kulit ko. InsyaAllah. Xperlu guna produk mahal2 pn nk cantikkn kulit.

  13. Rasa xgemuk mana tu..ok dh tu..jaga makan je..maintain..tang muka saya amal vit c ngan vit e je..xyh nk produk mahal2..p farmasi..tanya pharmacist apa yg sesuai..(saya jenis percaya pharmacist sbb dia study bab ubatan..berbanding ejen jualan langsung yg kompom akan menangkan produk dia..hoho)

  14. syukurlah kak oi dpt laki mcmtu.. mana mau cr laa?? takpe ikhtiar shbis baik kak.. byk ja produk kecantikan skrg cuma pstikan halal hrmnya akak jgn low! kuatkan smgt!! nak brubah ni kena kuat kak!! okk??! go akak goo hahaha ttbaa

  15. sis bersyukur,sya 160 berat dkt 100 tpi org tak caya sbb sya xnmpk besar .start blan poasa diet joging tgah malam,n jgn mnum air gas/manis, skarang sluar jeans terus x leh pakai jatoh ..!! bju dr xl ke m dh muat.nk putih try follow ika mat bakir,mmg owesome,muka sy cerah xpa produk .

  16. sama berat dgn sy nie 63kg.. cuma tinggi sy sikit 2inci. kita seusia juga..xpela xde la gemuk sgt. sabarla nnt bila kita kurus org pun terkejut tnya eh kenapa kurus skrg nie sakit ke? org lain lepas kawin gemuk ko kurus pula. hurm kalau gemuk plak sihat nya kau sekarang… besar nya kau skrg makan ape gemuk. hahahahaha.. lantakla org nak kata ape. buat pekak sudah kalo layan sakit hati.

  17. Amik wuduk memgadap cermin. Ya allah jadikan aku hamba yg bersyukur. Moga wuduk ni cerahkan wajah aku di padang masyar dan juga lembutkan hati suami.

    Klu awk yakin wuduk boleh serikan diri awk. Awk akan rasa Allah tu maha memgetahui kenapa dia buat kita rupa mcm ni dan awk akan rasa nikmatnya wuduk . Ajak la suami awk sama2 berwuduk. Ajak dia doa sama2. Baru dia tahu erti kasih syg kpd manusia dan sayangkan allah.

    Bimbang kita ckp cmnj tanda tak besyukur.

  18. sis sy ms mengandung last timbang 80kg. skrg 63kg. sy xdiet sgt pun cuma byk minum air kosong. 2.5liter sehari. sediakan botol besar n habiskan dr pg smapai malam pun xpe..ais xminum. air manis kurang. mkn je nasi cuma segemgam. bkn hari2 diet. duk rumah rajinkan diri mop lantai. kalo exercise lg cepat turun berat badan.

  19. Kepada confessor ni , sila la berjumpa saya. Bukan nak suruh beli apa2 barang jualan langsung ke apa pun.
    Tapi kalau kita berjumpa, saya rasa insyaallah confidence level awak akan naik balik.
    Ada caranya utk kita yg gemok ni utk tidak berperasaan mcm apa y awak rasa ni.

  20. Sy dl berat 60kg tinggi 155cm.sy kurangkan makn.nasi mkn segenggam je.mule2 dl minum air detox.bile berat dh start turun dlm 6kg sy stop minum air detox.now sy minum jus delima gulsan and jage mkn.exercise jgn tinggal.try jogging 30 minit 4 kali seminggu.kalau mls sgt buat je exercise yg bnyk org share kt fb tu.minum air at least 2L sehari.sekarang berat 46kg.nk dekt setahun sy amalkn untuk dpt result mcm ni.sbb mls jugk nk exercise tp mkn memg jaga.utk muke tu sy pun ade mslh sama mcm sis.sy minum Susu Kambing Umaima.nk cantik kene invest sikit.tp nk ambik vit c n vit e pun ok jugak.good luck sis.semoga kuat semangat utk kurus

  21. Gemuk okey je sis..cuma kita jaga penampilan biar kemas bersih x selekeh..kulit kusim sis boleh lah belajar make up ke..touch up sikit confirm cantik pakai bedak lipstik sikit naiklah seri..bangun pagi selalu sebut saya cantik..hahahah lama2 cantik lah..

  22. Mungkin sbb dulu sis xprnh mcm ni jd rasa gemuk n kurang konfiden. Bila dh mcm tu rs insecure pn dtg walaupun suami xksh dan boleh terima seadanya. Tp ada keinginan nak buat yg terbaik utk suami yg baik. Apa kata sis pergi london management? Kesan dulu apa mslh sis. Xdek la buang masa n duit kt produk yg sia2.

  23. pergi dpt nasihat pakar pemakanan di klinik kesihatan brdekatan…free je..lpastu boleh pergi buat treatment or facial dkt myclinic..dermatologist sndiri yg buat facial :)

  24. At least kau ade kesedaran utk diri sndiri, tp bab kurus utk cantik, aku xstuju.. aku percaya pada konsep kurus utk sihat, Insyaallah kau pegi jauh

  25. Dulu sy berat naik mendadak..mcm2 cara buat..bkn x turun tp pyh turun..tp start keje x peduli pun psl nak diet..turun ngan sendiri.tp sy perati dan analisis ape perbezaan dulu ngan sekarang sy buat sampai sy boleh lost 10kg tnpa xcersice..jgn minum ice.minum byk air kosong.tido secukupnya.tu je..boleh bak merasa sekali sekala kalo dah terliur sgt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *